“Issh… aku tak nak laa… kasi kat orang lain la…” kata Atan. Masa kawan2 sekelasnya berpakat nak undi dia jadi ketua tingkatan 5 Nilam. Dia sedar, sekalipun cuma ketua tingkatan, banyak tanggungjawab yang perlu dijelaskan. Dia takut gagal dalam melaksanakan apa jua tugasan yang diberikan. Seboleh-bolehnya dia menolak jawatan itu. Sebelum ni pun, bila ada ura-ura namanya nak dicalonkan sebagai pengawas sekolah tahun lepas, dia sengaja cetuskan perangai memberontak. Langgar peraturan sekolah. Taktiknya berjaya. Dengar khabar namanya dibangkang keras oleh para warden walau dia cukup disenangi oleh guru-guru lain.
Kali ini. Namanya disebut-sebut lagi. Bukan orang lain. Tapi kawan-kawan rapatnya juga. Benar dia ada ketokohan. Untuk memimpin. Tapi dia lebih gemar berada di belakang memberi sokongan dan bantuan yang diperlukan. Namun kehendak kawan-kawan menyebabkan dia menerima jawatan ketua tingkatan juga. Setelah dia menang tanpa bertanding. Dalam pemilihan yang paling telus dan adil dalam sejarah demokrasi.
Itu kisah dulu. Masa Atan belum cukup umur pun untuk mengundi. Malah tak pernah dihiraukan langsung percakapan politik yang sering jadi topik perbualan utama di kedai kopi, balai raya dan masjid di kampungnya.
Sekarang. Atan dah cukup dewasa. Untuk mengenal erti kuasa. Kalau dahulu dia menolak, kali ini dia tercari-cari segala peluang yang ada. Dia sedar, untuk hidup senang, dia perlu berada di atas. Di bawah tak menjanjikan kesenangan. Di atas sudah tersedia limpahan kemewahan.
Tapi bukan senang nak ke atas. Dia perlu berebut dan bersaing dengan rakan-rakan yang suatu ketika dulu pun tak pernah mahukan sebarang jawatan. Akalnya harus panjang. Langkahnya perlu cepat. Kalau lambat, mungkin tak dapat.
Sejarah berulang kembali. Namanya disebut lagi. Sebagai calon pilihan pemimpin atasan. Sekarang yang diperlukan cuma sokongan. Dari mereka yang telah dijanjikannya segala bantuan. Pada mereka, ditaburkan harapan.
Hari ini. Atan menang. Wajahnya ceria. Hatinya girang. Katanya ini baru permulaan. Ada cita-cita besar yang masih tersimpan. Bukan sekadar jadi wakil kawasan. Tapi ingin juga pegang jawatan.
Untuk Atan. Hati-hati melangkah. Kelak tersadung jatuh tersembam. Kami tak kisah kamu punya impian. Hidup perlu punyai wawasan. Tapi jangan dilupa amanah yang perlu dipikul. Janji yang dilontarkan. Semasa kecil, kau takut dipersoalkan jika tanggungjawab tak dilunaskan. Bila dewasa, moga kau tak lupa semuanya. Jawatan bukan satu kebanggan. Tapi amanah yang perlu kamu tunaikan.

7 ulasan:
sape atan neh? dah jadi menteri dalam kabinet ke?
menuju puncak ke menara gading atau wisma putra?
"sekian untuk kelas hari ini" Kata guru pendidikan moral itu. Semua pelajar menepuk tangan.
Kelas itu diadakan untuk barisan pemimpin yang didenda kerana tidak melaksanakan tugas dengan baik. Daripada bagi penyapu, baik bagi kelas motivasi dan pendidikan moral.
Wahahahaha, atan semakin matang... hummm, moga2 atan tak apa2...
Moga Atan terus kekal menjadi orang yang bermoral..
Insya-Allah.
oh.. ingatkan cite menuju puncak lagu tema budak2 af.. hehe.. ;p
kalau dah jadi ketua darjah, kena ada penolong ketua darjah, penolong mestilah perempuan baru best hehe
Catat Ulasan