Musim mengundi datang lagi.
Ada orang janji macam-macam
Nak lebarkan jalan, bina jambatan
Satu sekolah satu taman
Satu kampong satu produk pertanian
Yang mendengar seronok bertepuk tangan.
Ada yang memaki, mengutuk pihak lawan.
Di tabur fitnah, dibongkarkan kisah silam
Yang buruk, yang salah semua diceritakan
Yang mendengar rasa marah dan geram
Suratkhabar dari muka depan sampai belakang.
Berita dari pagi sampai malam
Radio dari mula sampai tamat siaran
Alkisahnya tentang pilihanraya
Benar atau salah kamu sendiri fikirkan
Di kedai kopi masing-masing punya cerita
Tentang calon-calon pilihan raya
Tak cukup pasal kerjaya, timbul juga hal rumahtangga
Bukan setakat diri sendiri dan sedara mara
Kenalan rapat turut jadi bahan umpatan
Undi kita adalah rahsia
Maka jangan ditanya kami undi siapa
Beri gula beri kain kami terima
Nak pangkah nanti lain punya cerita
Yang pasti kami tahu nak pilih siapa
Seronoknya musim mengundi
Yang datang lima tahun sekali
Pakat-pakat balik kampong
Kita pangkah mereka yang betul
Yang betul-betul ikhlas nak menolong
Bukan yang nak mengaut untung
Gelanggang sudah dibuka
Kita tengok langkah siapa yang sempurna
Lenggok siapa yang sumbang sini sana
16 ulasan:
kita tengok borak sapa lagiiii lantang
ahah,,sonok sungguh bila musim mengundi..pak aji, tok lebai, dato'2..bukan main petah caci, maki hamun semua tak kira dah, lebai letak sebelah dulu kot..daaaa..
mengundi? dari aku undi barsan barisan nasional, lagi bermanfaat aku baca masuk barisan. tahniah. salam pena.
Kamu bila lagi mahu menjadi calon?
Selamat mengundi!:D
p/s: jgn jeles, saya dpt 50hengget, balik Kedah ngundi.. wahahah
yang jadi pelakon cctv
kali ini kenalah gigit jari
tapi kalau bertanding lagi
mungkin ramai juga yang beri undi
sane sini blog ade pantun pilihanraya
:D
QUOTES:
"Suratkhabar dari muka depan sampai belakang.
Berita dari pagi sampai malam
Radio dari mula sampai tamat siaran
Alkisahnya tentang pilihanraya
Benar atau salah kamu sendiri fikirkan"
*hanya liputan satu pihak sahaja.. ini demokrasi bagi mereka (Barang Naik)
**wani..apa sgt rm 50! jgn lupa ada kroni yang akan / dah dapat RM 50 j. undila dgn bijak!!!!
LU PIKIRRR LA SENDIRI..
Undilah Barisannnnnnnnnnnnnnnnnnn....
ALTERNATIVE!!!!!!!!
Well done Dude!
:D
naik biul kepala melihat,mendengar & membaca pasal pilihanraye..cam takde ceta lain dah..
kalau xmo mengundi bleh tak eh?
mama pon x mo ngundi,malas ar..
salam ziarah..
marilah kita lihat siapa yg kenaaa
selamat menyonteng!
maksu:
ya..ya..mari..mari...
gdiz:
hoho
amer zaman:
salam pena. baca masuk barisan baik untuk kesihatan
azhar:
tak teringin
wani:
bila pulang..pastiakn bijak dalam buat pilihan..
zizie ali:
hehhe
nanonano:
tambah kemeriahan pilihanraya
anonymous:
aku percaya kita tahu siapa yang perlu kita undi sebenarnya..bukan wang dan pemberian jadi ukuran
lan rambai:
treasure hunt amacam..
jowopinter:
waha...
risanur:
nama pun musim pilihanraya
cikin:
jangan rugikan peluang yang ada
mma ranggie:
mam kene jadi contoh..jgn macam tu
kawaii desu:
tak sabar nak tunggu keputusannya
kingbinjai:
kamu tahu ker..hhehe
Catat Ulasan