Hari ini hari istimewa. Kalau bukan untuk kamu. Sekurang2nya untuk aku. Juga untuk Raja Muda Perak. Yang melangsungkan perkahwinannya hari ini. Dan mereka yang turut menemui kebahgiaan di hari ini. Mereka yang punya alasan untuk tersenyum hari ini. Mereka yang tak pernah berputus asa untuk mencari keceriaan dalam kehidupan seharian.
Hari ini hari istimewa. Aku rasa seperti orang baru. Punyai tekad baru. Azam baru. Impian dan harapan mungkin masih sama. Seperti yang dulu2. Cuma semangatnya telah diperbaharui. Semakin jitu dan padu.
Hari ini hari istimewa. Dan terasa ingin berkongsi rasa istimewa ini bersama kamu. Kamu pembaca2 istimewa di blog liepan ini. Kamu yang menjadikan aku lebih istimewa. Dengan kehadiran dan sokongan kamu di kanvas hitam ini.
Hari ini hari istimewa. Dan aku ingin berkongsi keistimewaan itu dengan kamu. Dulu 28. Kini kurang setahun akan bertukar ke angka 30an.
Hari ini hari istimewa. Kawan2. Hari ini kamu baca Kemat dengan Kisahnya Seekor Liepan. Suatu hari. Nanti. Ia tidak ingin bersendirian lagi.
Hari ini hari istimewa. Siti dan Datuk K umumkan di hotel mewah. Raja Muda Nazrin khabarkan pada rakyat menerusi media. Aku cuma punyai blog liepan ini. Dan ingin turut berkongsi kegembiraan ini pada pengunjung di sini.
Hari ini hari istimewa. Kawan2. Tanggal 03.06.07 di rumah mak ayahku ada acara makan2. Jemputlah datang. Bawa family, sedara, orang kampung jua rakan2.
36 ulasan:
saya pengomen pertama mengucapkan selamat hari lahir dan tahniah di hari istimewa ini... panjang umur murah rezeki... semoga berbahagia... :)
salam kemat,
tahniah daripada saya, semoga berbahagia menjadi raja sehari .. dan sentosa selama-lamanya :)
kamu pilih hari yg istimewa utk berkongsi cerita yg cukup istimewa :)
selamat hari
ulang tahun kelahiran
selamat melayari
dunia baru kehidupan...
wish luck to you liepantino :D
selamat ulangtahun kelahiran..moga ditetapkan iman, sihat tubuh badan..rezeki seadanya.....sejahtera dunia dan akhirat
oooppp..sebelum terlupa..tahniah!
moga tambatan janji izin berwali, ijap bersaksi antara dua jiwa satu hati ini berkekalan sepanjang hayat...selamat menempuh projek paling panjang dalam hidup.
tahniah.. tahniah.. tahniah.. die nikah sempena cuti sekolah ek? :D
saya pengomen ke lapan mengucapkan selamat hari lahir dan tahniah di hari istimewa ini... panjang umur murah rezeki... semoga berbahagia... :)
p/s: dude, lenkali kalau nak letak gambar, biar la yang buleh jadik besar. gambar kecik macam tu... aku letak mata depan monitor pun tak nampak gak...
selamat hari lahir, dude. Dan tahniah, moga sentiasa dalam redha Allah.
Saja nak bagitau, tanggal 03.06.07 nanti...hari ulangtahun ke-2 kami diijabkabul.
:)
Tahniah..
semoga berbahagia selamanya.. abadikan hari istimewa ini selamanya..
Tahniah sekali lagi..
Tahniah Kemat,
Tahniah dan tahniah lagi. Syoknya perasaan org nak kawin ni. Dah cat dan kemas rumah lom.
Satu petua dari orang yang dah 8 thn kawin. Apa yang buruk atau masalah pasal pasangan jgn report kat mak bapak. Kalau boleh settle sendiri. Kalau tak tanya kawan kawan yg arif dulu.
Okeh Kemat, selamat pengantin baru pada kamu dan Cik Nabdiya ya yang akan jadi Puan Nabdiya juga.
-ummi ammar
tahniah
moga semua urusan akan berjalan dengan lancar ..
amin
Selamat Pengantin Baru Untuk En. Kemat & Bakal wife..Semoga Berbahagia Menempuh Alam Rumahtangga yg sememangnya 'Best'..:D New Life & New Xperience.:D..from Damya a.k.a LilyZ..
Kemat, walaupun aku tak pernah post comment, tp rasanya aku tak mau ketinggln nk wish u Selamat Hari Jadi dan Selamat Pengantin Baru.
" Hawa tercipta di dunia untuk temani Sang Adam,"
"Nahdiya tercipta di dunia untuk temani Sang Kemat."
Kemat,
Selamat Hari Jadi.. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
Selamat Pengantin Baru... Moga bahagia ke akhor hayat...
wah2 tok mudin dan en kemat akan berkongsi tarikh istimewa.. :)
~ achik ~
SELAMAT HARI LAHIR KEMAT!
TAHNIAH!
Abg sy pon kawin hari yg sama.. :)
wah.. gembiranya hati..:)
renjis-renjis dipilis,
ditepungilah tawar..
semoga bahagia selalu bersama kalian.
SELAMAT PENGANTIN BARU KEMAT DAN CIK NABDIYA!
Tahniah.
moga jodoh berpanjangan ke syurga.
maka hari ditunggu dengan rindu sudah hampir kunjung. tahniah. :)
kamu pilih untuk berumahtangga ketika perjalanan muktamar berada dikemuncaknya.
TAHNIAH HATIM DAN NADBIYA!
Maaf tidak dapat menghadirkan diri. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Siramlah cinta rumahtangga kamu setiap hari. Jika kamu lalai, pasti kelayuan dan akhirnya mungkin mati.
Selamat menempuh alam rumahtangga. Salam pada bakal isterimu.
:)
Tahniah encik kemat.
Selamat Hari Lahir en Kemat!
-semalam aku dah wish kan. kat cni je lmbt nk comment
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru!
-thanx atas jemputan tu ekk..
Wooo..bau nasi minyak semerbak. :))
Selamat Hari Lahir dan Selamat Mr & Mrs Liepan to-be. Tahniah, tahniah!
Jangan lupa nanti boh gambar kat sini tau.
Terima kasih atas undangan, tak dapat hadir, saya dok jauh. :D
wa, tahniah kemat. byk2 doa mintak selamat duni akhirat weh, nnt masa akad nikah byk kan rilek ah
salam,
selamat hari lahir
selamat pengantin baru
kemat... betul cakap pa'chik. aku letak mata kat skrin pun tak nampak la... hehe.
all the best dude ;)
Tahniah di atas hari bersejarah kamu itu. Kira perayaan berkembar la ni ekk. Tambah bersejarahlah lagi...
Tahniah...!!!!!!!
wah kemat tahniah!
tahniah! Selamat Pengantin Baru pada tarikh tu.
alamak. En.Kemat dah nk kawin. Sape nk join aku geng org bujang ni? Huhuhu.
Ape2 pon, tahniah.
Tak sempat aku nk balik.
salam,
hehehehe.. aku dah kembali..
ya.. aku pengomen seterusnya.. mengucapkan selamat hari lahir dan selamat naik pelamin.. jangan sampai runtuh pelamin sudah..
(",)
tahniah..selamat, selamat..
psst..3/06,roadtax kereta sy mati..haha
baru hari ni aku tahu yang hari tu hari istimewa Kemat.
Tahniah dan semoga hari hari lain juga nanti akan seistimewa hari itu.
TERIMA KASIH SEMUA. SAYA SEKALI LAGI MENJEMPUT SAUDARA/I KE MAJLIS KENDURI SAYA PADA 03.06.07 DI LOT 348, JALAN SEKOLAH, KG SG PLONG, SG BULOH. SILA EMAILKAN ADD JIKA PERLUKAN KAD VERSI CETAK ATAU VERSI DIGITAL.
- HATIM & NAHDIYA
ingin dimaklumkan, terdapat kesilapan pada kad cover version itu..tapi itulah satu2nya kad versi digital yg aku ada. Nama penuh pengantin perempuan sepatutnya dieja seperti berikut
NAHDIYA BINTI SABIRIN.
Harap maklum
Salam,
Terharu.
Tahniah Kemat. Selamat Hari Lahir.
Selamat Pengantin Baru.
Doa saya moga berbahagia, rukun damai sepanjang masa.
TAHNIAH!
kecik gila gambar... alamat pun x nmpk, cane nk perabihkan nasi minyak nih...
apepun, tahniah!
Catat Ulasan