Sabtu, Oktober 14, 2006

Liepan Setahun Jagung

Kira-kira setahun yang lalu, tanggal 20 Ramadhan 1426 tahun hijrah, blog liepan ini diilhamkan kewujudannya di alam maya ini. Bermula sebagai sebuah catatan kisah perjalanan hidup, lakaran hati dan cetusan minda sang pemilik, blog liepan mula membina langkah. Dari merangkak terus bertatih dan kini masih bertatih mencari arah.

Setahun yang dilalui cukup menggembirakan hati sang pemilik blog. Lantaran sokongan dan semangat yang diberikan oleh rakan2 bloggers, pembaca, pengunjung dan pengkritik. Namun, sampai bila, sejauh mana langkah perjalanan blog ini dapat diteruskan masih tinggal persoalan. Andai masih ada yg sudi berkongsi semangat dan iltizam, perjalanan ini akan aku teruskan.

Pasti ada yang tertanya, sejauh mana kebenaran kisah yang dipaparkan. Setulus mana peristiwa dikhabarkan. Mengapa ada cerita duka lara, ada mimpi gembira, ada berita sedih dan menakutkan, ada jenaka sinis, tak kurang jenaka yg mempamerkan kebodohan dan kelemahan diri.

Teman2 sekalian.

Apa yang tercatat dalam kanvas blog ini adalah pengamatan sang pencerita dari pancainderanya, mata yg melihat, telinga yg mendengar, mulut yg berbicara, hati yg cuba menduga, jua deria rasa sakit, pedih, lembut, panas, sejuk serta akal yg cuba mentafsir makna kehidupan dari warna persekitaran. Dan jari2 ini cuba merencanakan peristiwa2 itu pada sebuah papan penceritaan.

Mungkinkah blog liepan ini mampu membuka satu demensi baru dalam perjalanan kehidupan tukang karutnya. Selama ini, dia terlalu takut untuk bersuara. Selama ini, dia terlalu malu untuk berbicara. Selama ini dia terlalu pasif untuk memulakan sebuah perkenalan. Selama ini, kisah2 itu dipendam dalam diri, disimpan dalam hati.
Kini, dia mampu berhujah biar cuma sepatah. Dia mampu berbicara biar gagap dan kadang2 hilang punca.

Tapi, dalam keghairahan dia berbicara. Dia lupa. Ada hati yang terluka. Ada jiwa yg menyimpan rasa. Kerna kata2nya. Kerna tulisannya. Kerna sindirannya. Kerna nasihatnya.

Untuk hati yang terluka, dia pohon kemaafan dari dalam. Tiada niat menjatuhkan air muka apatah lagi mencalarkan maruah berharga. Dia hanya menulis. Bukan kerna nama. Tapi kerna cita2.

Dan selama ini. Dia menulis apa yg disukainya. Apa yang boleh memanfaatkan diri sendiri. Dia lupa. Apa sebenarnya yang dicari mereka diluar sana. Apa kehendak pengunjung setia. Benarkah mereka gembira dengan segala yg diceritakan.

Teman2 sekelian.

Dalam bertatih, kadang2 kita terjatuh bila tersadung kaki tersalah langkah. Sudilah apa kiranya kalian tunjukkan jalan buat penulis muda ini. Agar dia mampu berdiri dan berlari. Menggembirakan hati2 yang berkunjung dengan gaya dan ceritanya.

Terima kasih kawan. Untuk setahun yang kalian ceriakan.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selamat hari ulangtahun pertama! patutnye tajuk entry tu lipan setahun lipan la..hehehe

Lan Rambai berkata...

hore hore hore... bukan senang nak kekalkan blog ni weii... tahniah!

zwitterion berkata...

tahniah..dok pikiaq jugak..sampai bila akan bernlog nih..

13may berkata...

selamat ulangtahun....selagi ada mood untuk mm'blog'...teruskan:)

ZaKiN berkata...

huhuhu.. selamat setahun jagung.. tapi manis jagung tue.. ramai yg menyedarinya. Teruskan usaha ber'blog'.. berkongsi idea kerana setiap cerita yg disampaikan disini adalah ilmu untuk semua..

Tanpa Nama berkata...

Tak buat kenduri doa selamat ker? Masak puding pastu letak lilin sebatang..hehehe..cayalah bro. Teruskan. Gear dua plak sekarang..;)

Tanpa Nama berkata...

waahhh kemat..
"Hepi 1st Anniversary!!"
xde nak open table ke?hehehe.. :D

Bunga Rampai berkata...

Salam,

Tahniah! Selamat Hari Ulang Tahun Pertama blog.

Setahun jagung pun tetap berisi, tidak lompang :)

Teruskan menulis, blog ini umpama rumah hatimu yang punya rasa jiwa. Ia bisa saja melerai yang terpendam, sekali gus mengilmukan orang lain. Teruskan ...

Tanpa Nama berkata...

selamat selamat

moga akan terus menulis

Tanpa Nama berkata...

selamat ulangtahun liepan...
lepas ni teruskan berkarya..

Tanpa Nama berkata...

Hepi besday to En Liepan....cuba kamu tepuk tangan sket nak tgk? maksud saya kesemua tangan2 err atau kaki kamu ler...heheheh

blackpurple @ jowopinter berkata...

Selamat aniversari..

Aku kenal kau dari Neeziee. Dulu aku ingatkan kau ni dah 40-50an... hehehe

Noushy Syah berkata...

yeh yeh..kemat dah boleh jalan jatuh dah...hepi belated besday for liepan..yehahhh...nak tuit raya, nak tak?

noorlara berkata...

Walaupun lepas setahun baru berkenal namun tak salah untuk akak ucap syabas dan terus berkarya diblog yg menyeramkan namanye tu! liepan betina ish ish takut ahhh

noorlara berkata...

pohon dilink blognye ya

Tanpa Nama berkata...

dah tue ko ghupenye....uhuk! uhuk!...

kingbinjai berkata...

selamat hari ulang tahun. teruskan menulis

kingbinjai berkata...

selamat hari ulang tahun. teruskan menulis

kingbinjai berkata...

selamat hari ulang tahun. teruskan menulis

Kemat berkata...

ms_b3rry:
liepan kalau setahun dah kira dewasa tu..

lan rambai:
terus kasi sokongan ye bro

zwitt:
mari bebrlog selagi ader yg membacanya

13may:
tima kasih

maniq kayangan:
jagung nie manis yek..ingatkan tebu jer ada gula

ise:
gua pakai auto bro..senang..tak yah main clutch..heheh

cikin:
seperti org sambut hari lahir, mereka yg lain mengurniakan hadiah..kamu nak hadiahkan aper ulangtahun blog saya nie

bungarampai:
kalau ada kelompangan, ia terisi oleh komen2 anda sejkalian yg menceriakan blog ini

faizah:
:)

benggong:
jom berkarya lagi

paqlee:
nie dah tepuk nie knapa tak tengok..cepatla dah letih nie

blackpurple:
aku masih muda lagi ..(moga2)..

noorlara:
salam perkenalan..boleh2..

noushyshay:
kalau kamu nak kasik duit raya saya menadah ejr tangan ini

sleepless in gelugoq:
makacih, raya kat maner thn nie, leh saya pi beraya kat umah tak

king binjai:
ya.ya..saya pasti terus menulis jika ada yg sudi membacanya