Satu malam. Permulaan malam. Malam yang panjang. Aku terima satu sms. Dari kawan sekerja di kota berlumpur. Khabarnya berita gembira. Tentang keluarganya. Yang kini bertambah satu lagi. Ramadhan mereka bertiga. Syawal ini mereka berempat pula. Biar smsnya tiada suara, aku boleh rasa emosi cerianya. Aku boleh nampak senyum dibibirnya. Hati aku seakan turut mahu tertawa bersama. Mendengar berita kelahiran puterinya.
Satu malam. Malam yang sama. Beberapa tika dari sms pertama. Aku terima satu sms lagi. Dari kawan tempat keje lama. Khabarnya kisah duka. Ex –bos aku telah kembali menghadap Ilahi. Kemalangan jalan raya meragut nyawa. Seorang ayah dari anak2nya. Seorang bos dari pekerja2nya. Dari sms bisu, aku mula terbayang suasana pilu. Aku boleh nampak air mata di wajah2 keluarganya. Hati ini turut sayu. Biar arwah bukan lagi bos aku. Perkenalan kami cuma seketika. Aku hormatinya. Dari dulu dan selamanya.
Satu malam. Malam yang sama. Malam permulaan dan pengakhiran. Perjalanan hidup insan di bumi Tuhan. Aku tadah tangan mohon kebaikan dan keberkatan. Pada satu kelahiran. Juga memohon rahmat-Mu terus berkekalan. Pada mereka yang telah pergi mengucapkan salam. Pada kehidupan dunia yg sementara.
Satu malam. Malam yang sama. Malam penuh keinsafan.Ada kejadian ada hikmah. Ada peristiwa ada pengajaran.
Satu malam. Malam yang sama. Aku lafazkan penuh keihklasan. Ucapan tahniah atas kelahiran puterimu, saudara ZR. Ucapan takziah buat keluarga ex-bos, En Rosli.
15 ulasan:
Salam tahniah dan salam takziah buat kedua2 keluarga,,
yg hidup meneruskan perjuangan kehidupan..selamat hari raya en Liepan.. nk duit raya salam salam
tunggu giliran..
tunggu giliran..
nombor dah diberikan..
masa dah ditetapkan..
tunggu giliran..
tunggu giliran..
siapa dahulu..
siapa kemudian..
salam incet kemat..
selamat hari raya..yea yea nak duit raya :p
oh oh takziah buat keluarga arwah dan tahniah buat sahabat incet kemat..Al-Fatihah buat arwah...
weh.. nak duit raya..
salam tahniah dan takziah..
masa yang telah ditetapkan..
Yang Hidup pasti akan mati....
tahniah pada yg baru datang.. takziah pada yang baru pergi.. Esok giliran siapa...????
Giliran kita bila pula ek?
permulaan dan pengakhiran...hadirnya tidak kira siang atau malam...
tahniah & takziah untuk kawan brader kemat....
salam tahniah , salah takziah bertukar ganti .
Jika dah dijanjikan masanya , tetap tiba dan pergi pada masanya .
Riang menyambut dan redha melepaskan ..
tu lah aturan hidup kita kan dik ?
kelahiran & kematian = permulaan & kesudahan.
takziah kepada yg kehilangan, tahniah kepada yg menerima.
DaripadaNya kita datang..
KepadaNya kita kembali...
Itulah. Datang dan perginya kita di dunia ini sesaat tak lewat, sedetik tak cepat.
Saat ini kita ada, sekejap lagi tak tau lagi....
Macam Hikayat Seribu Satu Malam...
aku bukan bidadari:
yang hidup perlu meneruskan perjuangan yg belum selesai
neeziee:
tunggu giliran
tapi dah bersediakah kita bila nombor kita dipanggil
akirasuri:
:)
orochi:
:)
zwitt:
segalanay telah diaturkan
benggong:
benar..tapi kenapa kita masih takut
maniq kayangan:
persoalan yg kita pun tak tahu jawapannya
13may:
tima kasih
lan rambai:
menunggu dan menunngu sambil mempersiapkan diri
kak juan:
persediaannya bermula sekarang
arriana aridzal:
hmm..
cikin:
:)
balackpurple:
bersedia setiap masa, tika dan waktu
azhar ahmad:
seperti hikayat satu malam, ader sediah ader gembira
Catat Ulasan