Tpt jam 12 mlm kete aku melintasi jambatan Pulau Pinang. Kalu akhir thn dah leh selebret epi new year.. tak pun smbut merdeka atas jambatan. Pergghh..lamer gak..6 lebih aku tolak dr KL..kul 12 bru smpi. Apa idaknyer dekat 7 perhentian aku masuk pit stop.. berenti solat.. tido.. pi tandas... mnum Tongkat Ali. Aku tak makan. Sudah jadi kebiasaan. Dah sampai Penang trus cari nasi kandar 12 malam.
Slalunya kalu drive sorang2 memang banyak kali aku berenti rehat. Biar lambat asal selamat. Lagipun drive sorang2 jarak jauh nie banyak dugaan. Jalan highway yg lurus kengkadang nampak bengkok. Kamu mudah mengantuk.
Masa perjalanan balik KL ituari aku terserempak ngan kete lamer kaler hijau nie. Kalu tak silap model Morris..(ader ker model nie, cam namer pensel 2B laks). Mase tu siang ari jam 3. Slalu kalu tgh ari makan berat mesti ngantuk giler punye. Tapi, biarpun tgh ari itu aku cuma alas perut ngan roti sekaya..rase ngantuk tetap ader.
Dalam pemaduan sedikit khayal, tiba2 aku dikejutkan ngan kehadiran kete hijau model lamer nie yg datang dari arah bertentangan. Adala dlm 30 meter jarak kami dipisahkan. Tindakan refleks aku bertukar dari lorong laju ke lorong sebelah kiri mengelakkan pertembungan. Aku sedikit cuak dan mengucap panjang. Mata sepet terus membulat segar. Kete hijau itu aku lihat berlalu tanpa sebarang rasa bersalah atau cuba mengelakkan pertembungan.
Setelah 10 minit berlalu, aku mula terfikir. Knapa lak tiba2 kete tu leh muncul kat depan. Kat highway nie jalannya sehala. Dan knapa pula aku tak dengar kete2 lain kasi hon beri amaran pada kete kaler hijau yg datang arah bertentangan. Aku sndri kaku x sempat beri hon apatah lagi high beam tanda amaran. Mulala datang citer2 karut dalam fikiran. Betul ker apa yg aku tempuhi tadi atau sekadar mainan perasaan di kala fikiran di awang2an. Inikah citer yg aku dgr dari pemandu2 bas ekspress tentang kete yg pernah eksiden di highway kembali menghantui di jalanan. Gambaran dari cerita2 itu bermain2 dalam kotak fikiran.
Kekacauan fikiran dan racauan jiwa membuatkan aku berenti di R&R Sg Perak. Tenangkan fikiran. Tunaikan kewajipan. Pemanduan seterusnya aku sambung dengan penuh berhemah. Kete hijau itu terus hilang dari ingatan. Hilang bersama rasa geruh dan seram.
Keesokan harinya, aku terbaca kat paper. Kisah kete hijau memandu dalam arah bertentangan di highway. Giler tul la pemandu nie. Entah camner dia tersalah masuk laluan. Udahler memandu kat lorong paling laju. Nasib baik x der kemalangan. Perghh..hilang segala kemusykilan. Akan kehadiran kete hijau model lamer di arah bertentangan.
Seketika, aku terfikir dan berfikir. Kenapa mudah benar hati ini terusik dengan segala cerita yg menakutkan tatkala didesak keadaan sedemikian. Kenapa mudah benar kepercayaan itu datang. Kenapa kebenarannya tidak dipersoalkan. Apakah ini tanda lemahnya pegangan. Iman seperti lalang. Nipis bak kulit bawang. Persoalan yang aku tahu jawapan tapi malu untuk diungkapkan.
8 ulasan:
relaks ler brader....hang in there ok.
tu la pasal, aku ada baca kat paper kata sorang apek mandu keta arah bertentangan. Bahya betul, patutnya JPJ gantung je lesen apek tu biar dia naik bas je..
hehe..normal la..lagipun..benda2 tu mg wujud..dan juga kesan dr penceritan org..ape pun..berbalik kepadaNya..
erk, pensel 2B tu noris steadler laa... bkn morris..
relaks ler brader..hanger sebandel baper ar?
moning cik kemat..
just nk mintak tlg sendkan lagu dygta tu kt sy ble x?my email shekin12@yahoo..mekaseh!
aku tak baca la biter psl keta ijau tu...
paqlee:
bukan setakat relax..gua dah tido pun..
benggong:
aku sokong kamu
adledash:
yg tak normalnya apabila manusia lebih takut kepada benda2 itu berbanding-Nya
cikin:
ya. kamu memang pandai.
neeziee:
kalu du Mydin selonggok singgit..kat d curve rumah kamu itu mahal ler ckit
anonymus:
nanti sy tunaikan
dong:
mgkin lain kali citer nie patut kluar front page..
Catat Ulasan