Isnin, Julai 24, 2006

Siri Mat Rempit 1: Aku Yg Ada Helmet Tiada Motor

Mlm td, tgk berita NTV7, polis ada wat operasi banteras kegiatan lumba haram sekitar KL. Kagum seketika aku tgk mat2 rempit itu memecut laju melawan arus di tengah kesibukan jalan raya menyelamatkan diri dari kne tangkap. Bila tgk seorg mamat nie mase nak elak kne tangkap, motornya jatuh berlanggar dgn kete dr arah bertentangan. Lebih syahdu, awek yg digendong bersamanya turut terjelepuk menyembah bumi. Giler betul mereka ini semua. Tak sayang nyawa.

Nasib aku x jadi mat rempit. Yelah, udah awak x der motor. Takkan nak merempit naik beskal plak. Tapi penah gak join mat2 rempit sebagai pembonceng sahaja. Sememangnya aku bercita nak memiliki moto mase kat 'U'. Sekurang2nya mase thn 3, thn akhir pengajian aku. Namun faktor kewangan mematikan angan2.
Nasib aku punyai sebuah helmet. Itupun asal usul kewujudannya bukan milik aku. Aku rembat tanpa niat (err.. salah ker.. sori ler tuan punya helmet, minta mahap yer). Berbekalkan helmet yg satu, aku tumpang sesape sajer ke fakulti. Mujurlah roomateku amik subjek hampir serupa ngan aku. Senanglah nak menumpang selalu.
Namun adakalanya, kelas kami tak sama. Itulah kengkadang aku miss kelas. Nasib baiklah bukan selalu. Cuma 3 kali dalam seminggu.
Lebih malang lagi, bila final sem, aku kne wat tesis programming. Mampus. Udahler komputer xder. Kne la guna yg kat lab saje. Susahler nak cari mber yg nak lepak fakulti dari pagi smpi ptg. Ader la 2-3 org yg senasib ngan aku. x der moto jua komputer. Time tu la aku mula gunakan bas kampus. Kengkadang segan gak, sbb bas kampus nie penuh ngan aweks jer. Aku kan pemalu.
Nota kaki: Entri ini khas untuk roomate aku yg banyak berjasa En Mohd Azwan bin A. Aziz dgn moto Yamaha SSnya.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ummmm, kisah moto mengingat kisah sedih semasa di sem 3 fakulti. Kawan baik aku sendiri herdik aku pasal selalu tumpang moto dia. Pastu apa lagi. Aku tak naik dah moto dia. Kerja part time kat JUSCO siang malam masa cuti sem, dapatlah KRIS 110 yang aku guna sampai skrg. Itulah harta pertama aku!

zwitterion berkata...

sepanjang kat U, aku bejalan kaki ke fakulti,dok kat dlam kampus, so no problem..

dugongsenyum berkata...

Dulu aku minat Virago, tapi apakan daya gaji ciput. Beli Kriss 110 warna gold, yg aku guna dari bujang sampai kawin sampailah ada anak. Tapi lepas tu aku jual sebab nak bayar utang. Rasa sesal pulak jual sebab Kriss tu awek pertama aku.

P/s : Aku ada email pada kau pasal bayaran Jiwa Kacau 2.

Rie berkata...

huh tu helmet aku la yang ko rembat. apasal ko spay color lain. malu aku nak mitak smula.

Kemat berkata...

azhar ahmad:
tahniah atas usaha kamu itu.

zwitetrion:
kamu rajin exercise yek..

dugongsenyum:
aweks pertama aku kancil hijau.
email dr kamu atau basri. aku dah bayar RM200 pada 30 Jun 2006.

esis:
kira halal je la..

Tanpa Nama berkata...

aku?
jgn kan keta or motor.. helmet pon takde... aku lah penumpang bas & lrt yg setia... ;)

Tanpa Nama berkata...

aku ade beskal jer...apesal x beli jer beskal mase dulu? ke x mampu gak?