Hmm.. lepas solat Asar tadi aku bergegas ke tpt kje. Tak, aku tak bekerja ari nie. Cuma ada 3 urusan yg aku kira lebih sesuai dan selesa aku laksanakan di tempat keje.
Pertama
Menyemak arah kiblat. Aku berpendapat di umah flat aku tinggal, surau dah jadi petunjuk terbaik arah kiblat aku. Dan pasti ada juga insan lain yg akan menyemak ketepatannya hari ini. Di tempat aku kje, kerap kali berlaku pertukaran arah kiblat. Jgn salah faham yek. Arah kiblat tak pernah berubah. Semuanya merujuk kepada arah kaabah yang satu. Tapi di tempat aku kje, diawal2 kami mula memasuki tanah lapang ini, sering berlaku salah tafsiran pada bacaan kompas itu. Maka ptg ini, tepat jam 5.28 ptg ikut time jam henset aku, kami pacakkan kayu di antara kawasan lapang berhampiran bilik2 kecil tpt kami jadikan ruang solat. Lagak sang ahli falak, kami mengesahkan akan ketepatannya sesambil berkongsi ilmu kaedah lain menentukan kiblat jika kamu tersesat dalam hutan, di tengah lautan dan pada malam yg kelam, atau ketika kamu berpusing2 dalam kapal terbang buatan omputeh itu.
Kedua
Aku kira hari Ahad adalah saat terbaik untuk menambah koleksi entri memandangkan aku tidak terikat dengan tugasan kerja sebenar. Dari Sabtu pagi aku dah pasang niat nak hebahkan citer perlawanan bowling ramah mesra antara rakan2 kerja di Penang ini. Tapi sebab aku gagal memenangi hadiah tempat pertama hingga ketiga jua hadiah lucky draw, maka aku rumuskan saja di sini perlawanan itu berlangsung dlm suasana riang ria, mesra penuh semangat kesukanan. Rugi juga sebab aku bercadang interframe dlm blog sndri bersama trofi, tapi disebab'n aku lebih suka membaling ke dalam longkang dari cuba menjatuhkan pin2 yg tegak berdiri itu, tak dapatlah kamu melihat En K.... yg comot itu. Untuk team Gol & Gincu, kita cuba lagi tahun depan (sumpah bukan aku yg cadangkan nama nie untuk team kami).
Ketiga
Aku nak selesaikan sedikit urusan kerja ofis. Aku kira untuk seminggu hadapan aku banyak dok di luar di tengah panas dari dlm bilik kecil berhawa dingin ini. Maka kesempatan hari ini adalah untuk aku menaip seberapa banyak perkara berkaitan Urusan Seri Paduka Baginda itu. Jgn risau, tetap akan ada entri untuk minggu hadapan. Aku harus menjaga hati pembaca tegar blog ini seperti Cik Siti Nur...... . Juga pembaca yg lain. Terima kasih semua.
11 ulasan:
minggu lps juga sy ada pertandingan bowling dgn rakan sekerja.hampir separuh game sy berjaya mencuci longkang dgn jayanya..bayangkan hampir 2 thn berenti main..huhu
bowling? aiyark... xretila nk main.. bleh jadi ratu longkang jela kalu main pon...hehehhe..
* pembaca tegar blo tu samer cam perahsia tegar ekk?? :p
sudah sampai sini... :D
terima kasih menziarahi hujung rimba...
Salam....x sangka cilok kat sungai chua tetiba kuar kat umah En Liepan...hehehe...bang goodiee pack utk i mana? pastikan pinky k...kekeke...
niat riak membawa padah hahahaha.
graviti longkang lebih kuat menarik bola ko. heheh
huhu... longkang..?? tu kira ok lagi apa. Satu masa dulu member aku baling bola tu pegi ke belakang sib baik tak kena member2 lagi haru..
cik siti nurrohsia ke??
DAH LAMA TIADA ENTRI BARU. FRUST DENGAR PENGUMUMAN PASAL SITI KE EN.K...
zwitt:
mari kita same2 aplly kje jadi tukang cuci kat tpt bowling nak..haha
cikin:
harap2nya sama tp tidak..
elaira:
sama2 kasih
paqlee:
kamu buat ape kat sg chua tu.. intai anak dara mandi ker.. ishh x elok tu..udah ler tak ajak aku skali
easis:
lain kali tak nak riak lagi..low profile je lah
benggong:
ya..aku tahu mber kamu itu
neeziee:
aku tak knal cik siti nurrohsia..
jan-sparrow:
maner ader klapa bali..limau bali ader la..atau ko maksudkan kelapa yg ko amik kat Bali, Indon
Anonymous:
Ketiadaan entri terbaru tiada kaitan dgn pengumunan Ct & Datuk K.. Ia hanyalah bersifat sementara kerana kesibukan Encik K
Huhuhu, ala-ala Mawi main boling sehhh. Bola longkang. Ok lah tu, dari tak main langsung kan. Tima kasih melawat blog yang buruk tuh. Anyway, salam perkenalan dan Jalan2 Cari Blog.
azhar ahmad:
err.. tak penah la tgk mawi main bowling
Catat Ulasan