Rabu, Julai 05, 2006

Kepulangan Yang Dinanti

Hari ni ajer dah 4 kali mama talipon. "Jangan lupa yer. Nanti amik rias pisang kat kampung. Kalau ader umbut tepuh bawak skali. Kalau sempat, pi jenguk kebun kat belakang kubur tu. Ader rezeki leh makan 3-4 biji durian. Sekarang tengah musim nie” pesan mama. Kejap adik lak sms, bertanyakan jeruk dan buah pala.

Hmm, baru minggu lepas aku balik KL. Nampaknya hujung minggu nie kne balik lagi. Tapi kepulangan kali ini lebih penting. Dan aku tak keseorangan. Mak Teh, Pak Teh, Mak Nah, Mak Mah di kampung turut ingin serta dalam perjalanan pulang kali ini. Seperti biasa, kete aku akan dipenuhi segala macam buah tangan dari kampung. Segala jenis daun ulam dan umbut aku kaut. Ada rezeki, buah2an dikebun leh aku bawa balik. Kurang2 kelapa tua mesti ada 3-4 biji. Pendek kata segala macam hasil tanaman kat Baling tu aku angkut. Oh ya.. jangan lupa rempah masak hitam kat Pekan Kupang dan belacan.

Mak Teh dah aku bagitau malam tadi. Kami nak bertolak lepas Maghrib malam Jumaat. Mak Teh beria2 benar nak ikut aku ke KL. Bukan Mak Teh tak pernah ke KL. Awal tahun lalu Mak Teh dah ke KL tengok anak menantunya. Tapi kedatangan Mak Teh ke KL kali ini amat penting. Lebih penting dari rombongan Mak Cik Kiah ke Sukan Komanwel dulu. Mama yang minta aku jemput Mak Teh ke KL.

Aku??? Awal2 lagi aku dah mntak cuti. Biarpun satu hari. Cukuplah. Aku cuma nak berada di KL sehari lebih awal. Sehari sudah cukup untuk kamu menguruskan segala keperluan. Kerana kami punyai Mak Teh. Mak Teh pakar dalam masakan. Mak Teh kreatif dalam membuat hiasan. Mak Teh cekap mengatur segala perancangan.

Di kota besar yang penuh dengan golongan cendiakawan, kamu masih perlukan orang2 seperti Mak Teh. Tak perlu kamu canang satu taman. Tak perlu kamu kumpulkan satu kariah masjid. Mak Teh, Pak Teh, Mak Nah, Mak Mah mampu menyediakan segala keperluan dalam satu malam.

Aku cuma berharap segalanya selamat. Perjalanan kami pergi dan pulang. Urusan yang kami rancangkan. Moga2 semuanya mendapat keberkatan-Nya. Aku sendiri dah tak sabar untuk pulang. Kepulangan kami kali ini amat dinanti.


9 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Akan datang mungkin kau kena sewa lori sekali.... banyak boleh isi...hehehe

Lan Rambai berkata...

Urusan apakah yang tersangat penting ini ya?

Unknown berkata...

ada kenduri kawen ke???huhuhu

Unknown berkata...

ha..nk gtahu..pameran hantu tu..start 10 pagi smpai 12 malam..pegi..jgn tak pegi..huhu..kata nak amek feel..hihi

Tanpa Nama berkata...

erk... cam dah terbau nasik minyak je nih?? heheh...
congratz dude!
(isk..isk.. alahai.. melepas aku!)

Tanpa Nama berkata...

Huh... yeke.. jangan lupa jemput member2 nnt

Tanpa Nama berkata...

wah2..kenduri ker? pos la kat sini sikit rempah masak itam tuh..

Azhar Ahmad berkata...

Selamat datang dan pulang. Berjalan keliling geju. Salam perkenalan!

Kemat berkata...

Blackpurple:
ader knal maner2 tokei lori nk kasi sewa murah tak?

Lan Rambai:
Aku jawab soklan nie dlm entri akan dtg leh tak..

Adledash:
Isshh.. awal sgt tu. Jom pi skali tgk hantu.

Cikin:
Mungkin kamu terbau nasi minyak yg kamu masak..hehe

Benggong:
Jika sampai masanya..jemputlah datang yer

Ise:
rempah masak itam tu best bangat..cam rempah adabi..masuk gaul jer..

x.a.y.u. & azhar ahmad:
salam perkenaalan. terima kasih atas kunjungan