Lepas Subuh pagi Ahad, aku keluar jogging ngan housemate kat Bkt Dumbar, x jauh dari flat kami. Tapi, x delah awal sgt. Subuh aku Ahad lepas pun dah nak smpi ku hujung, tapi msih dalam julat waktu yg dibenarkan. Kira belum syuruk lagi. Ya, aku akui. Aku perlu memperbaiki ketepatan waktu dalam solat ini.
Aku dapat rasakan kamu x percaya aku kluar jogging di Ahad pagi. Aku x tipu kali ini. Mungkin aku pernah tipu/goreng 2-3 kali dlm blog ini... err mungkin juga lebih, tapi pg Ahad kami benar2 berlari2 anak mengelilingi Bkt Dumbar.
Dah lama kami simpan azam nak berjogging di pagi hari. Tp kami cukup sayang nak meninggalkan hobi tido di hari minggu. Pagi Ahad itu, kami korbankan segalanya dgn harapan mampu menyegarkan mata tika jogging bersama2 anak2 gadis Penang. Angan2 kami x kesampaian. Hanya bbrp kelibat ank dara yg kelihatan. Itu yg membuatkan semangat utk terus berjogging sedikit luntur. Kamu juga sukar melihat mereka yg berkulit sawo matang. Banyaknya bangsa Cina yg sememangnya terkenal dgn keprihatinan mereka menjaga kesihatan.
Bkt Dumbar x lah hebat sngt sbg tpt jogging. Udaranya x sedingin Cameron. Tamannya x sehijau Tasik Perdana. Namun Bkt Dumbar mampu membuatkan kamu berpeluh & mengeluh keletihan. Ada 2 track jogging yg diselangseli dgn pit stop aktiviti regangan. Jua tpt batu timbul untuk urut kaki secara reflekskologi(camner eja nie, cam salah jer).
Seronoknya Bkt Dumbar ada sekumpulan pengamal senaman Tai Chi dan kamu boleh turut menyertai tanpa sebarang yuran keahlian mahupun pakaian seragam. Dgn gerakan perlahan & aturan pernafasan yg tepat, kamu akan terasa seolah2 mata2 urat itu terbuka. Wah, cam belajo kungfu plak. Ada gerakan yg dinamakan membelah awan, menangkis hujan, menolak taufan.. Kamu semua jgn memain ngan aku, dah banyak hikmat aku pelajari kini.
Balik jogging, kami singgah sarapan pagi. Aku makan macam santapan t/hari. Nasi lemak lauk ayam, roti bakar sapu mentega dan kacang serta telur separuh masak. Balik umah, kami terlena hingga jam 2 petang kerna keletihan.
11 ulasan:
senaman mulut ngan perut last tu yang bestkan...?? :)
dalam sekelip mata jer segala kalori yang dibakar itu diperolehi semula hahaha
Itu la dia kelebihan berjogging ni sebenarnya, selera makan meningkat dan tidur pun lena.
"i have a big watermelon. i cut it. one for u, one for u" tu je taichi yg sempat aku blaja... :P
ermmm...dah lama tak bersenam.. Sejak pitam kat tasik permaisuri.. ahksss..kurang oksigen agaknyer..ekeke..
nizie pn hjg mgg selalu gak ajak mmber p joging p selalu jgk xjd cz terlajak tdr smpai t/ari hahahaha..tQ kemat cz sudi jengah rmh nizie w/pn sbnrnya tersalah rumah hehee..wei sini xde msjbox erk?? nk tinggalkan tapak kaki pn xleh ..
dah lama x jogging, ingat nak join larian utusan n larian pengguna, tp xde geng.. huhuhu..bina badan jek laa nampak gayanya.. hahaha
jogging tu dalam bahasa melayu..
apa yer?
sikenit comel aminbakish:
itlah bahagian yg plg saya tunggu
lan rambai:
patah tumbuh hilang berganti..hehe
mazudi:
nampaknya aku perlu terus berjooging la memandangkan kelebihannya amat menguntungkan
cikin:
yang nie pun ader di ajr itu ari
maniq kayangan:
jom kita mulakan balik amalan berjogging ini
nizie:
msj box?? dah penah ader sekejap tapi ditarik balik semula penyiarannya
neeziee:
jogging dlm bahasa melayu ialah berlari2 anak. tapi tidaklah semestinya sambil berlari kne bawa anak.
wanie:
jom kita join maner2 larian kat KL cam MalayMail Big Walk ker (x termasuk lari di kjear anjing la)..amacam ader brani..
That's a great story. Waiting for more. » »
Catat Ulasan