Ahad, Julai 23, 2006

Basuh Baju Di Ahad Pagi

Ahad pagi. Seronoknya hari cuti. Hari minggu boleh buat kamu lupa diri. Kamu tido sampai matahari dah meninggi. Kecuali kamu ada temujanji. Maka, Ahad pagi itu, bilik kamu semerbak bau minyak wangi. Jenama omputeh buatan Semenyih.

Ahad pagi. Hari ini. Kami gotong royong kemas rumah. Cuci pinggan dalam sinki, cuci bilik mandi, kemas almari. Lagu dangdut jadi pilihan sesambil kami menurunkan poster bola & jadual World Cup dari dinding tamu. Juga keratan akhbar tentang Ct.
Ahad pagi. Dulu2. Cukup aku benci bila melihat baju2 kotor dalam baldi. Banyaknya tidak terperi. Cuci baju bukan hobi. Mana larat nak menyental kesemuanya. Yang putih, yang cerah terpaksalah aku sental sampai bersih. Yang berwarna gelap aku rendam semalaman bersama serbuk pencuci Daia yg wangi. Esok cuma perlu bilas dan jemur. Ya aku sental jugalah sedikit sbg syarat.
Ahad pagi. Kini. Tidak lagi. Opismate merangkap jiran blok sebelah ada washing machine. Dia ajak2 ayam pelawa aku guna wasing machine. Aku tak nak hampakan dia. Maka pagi Ahad, akhir2 ini aku sering berkunjung ke rumahnya bersama baldi dan isinya sekali.
Ahad pagi. Kini, esok dan selamanya. Selagi kami berjiran di flat ini. Aku sentiasa akan menjengahnya di pagi hari. Malah, aku semakin tegar dan taksub akan kecanggihan washing macine itu. Aku dah tak perlu mengetuk pintu di pagi hari. Aku dah tak payah nak sms kedatangan aku bersama baldi. Aku dah ada kunci. Pagi atau petang, siang atau malam, Ahad atau bila2 aku senang, aku dah boleh pergi memasuh baju di rumahnya dengan salinan kunci rumah yang diberi.
Ahad pagi. Hari ini. Aku tidak benci lagi bila lihat baju kotor dalam baldi. Malah aku lebih gembira bila terjumpa duit RM50 dalam kocek seluar jeans lusuh yang lama tidak berbasuh itu. Tak perlulah aku beratur cucuk dinding keluar duit. Cukuplah sementara menanti hari gaji.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Audsss pakcik lipan, sungguh tebal muka saya ingin membasuh baju di rumah orang. Ekekeks. Sanggup saya basuh sendirik. Apa rahsia kamu?

zwitterion berkata...

siap ada salinan kunci,wah hebatnya..hehe.
sy tidak mengumpul baju sehingga hujung minggu, terlalu penat membasuh dgn kuantiti yg banyak..
Jadi sy membasuh stp hari..ini memuaskan hati sy..

Tanpa Nama berkata...

wahh..sempoi arr bro. erk, nk tumpang sebaldi baju bleh??!!! muahahahhaa...

Tanpa Nama berkata...

ahahahha, saya tak perlu menyusahkan jiran tetangga, kerana hosmet saya hebat, punya washing machine sendiri.. ngeh ngeh ngeh..

Rie berkata...

woit.. woit... baldi tandas tu apasal ko amik. came aku nak siram bontot nih..

Tanpa Nama berkata...

Wakaka.. Tragis cerita ini..Anak sapa la nih..?? Apa2 hal pon.. salam kenal erkk..

blackpurple @ jowopinter berkata...

Cuba bayangkan dunia tanpa washing machine... hehehe

Lan Rambai berkata...

kalaulah ada mesin yang boleh melipat dan menggosok baju terus.. alangkah indahnya hidup ini...

Tanpa Nama berkata...

hallamak baru teringat sebelum gi keje tadi gi rendam semua stokin2 ngan spenda2.tak basuh lagi.esok nak pakai aper nih...

Kemat berkata...

azharahmad:
Biarlah rahsia

zwitterion:
kamu bijak menguruskan hal ehwal rumah tangga, tidak seperti saya

cikin:
boleh tapi bawak sabun basuh sendri yek

wani:
saya ingin menjayakan kempen mari mengenal jiran, tak seperti dok kat KL, jiran sebelah umah pun x kenal

esis:
nanti aku pulang.. kejap jer

zac:
salam kenal

blackpurple:
kalau dunia tiada washing macine, tentu samapai sekarang leh tgk anak dara basuh baju kat sungai

lan rambai:
impian kita serupa

neeziee:
itu semuakan di dalam sahaja..apa susah.. jgn bgtau kat mereka udah ler