Jumaat, Julai 28, 2006

Akademi Al-Quran

Pernah dulu sewaktu hangatnya demam rancangan realiti tv ini, terdengar suara2 mencadangkan agar konsep ini diterapkan pada pemilihan tilawah Al-Quran. Agaknya masyarakat ketika ini begitu menghayati penerbitan yg dikatakan realiti.
Akademi Al-Quran lahir di tengah kekalutan rancangan realiti yang lain dan cuba menerapkan pendekatan realiti yang lebih sopan, berilmu dan bercorak keagamaan. Dengan tema "Ke Arah Melahirkan Generasi Al-Quran", rancangan ini mendapat perhatian ramai walaupun promosinya tidaklah sehebat program realiti tv yg lain.
Aku sndri hanya menyedari kewujudan rancangan ini tanpa disengajakan. Mulanya, aku tertarik pada gaya Farah Deeba menjadi penyampai dan pengantara untuk AQ. Namun bila kamu mula melihat emosi dan kesungguhan peserta2 ini untuk mendapat tempat di AQ, kamu pasti terharu. Kamu dapat melihat ada yg menangis gagal menempatkan diri sebagai peserta di akademi yg bakal membantu mereka mendalami ilmu Al-Quran ini. Aku ingatkan kat rancangan realiti nyanyian sahaja ada ibubapa marah2 dan sedih atas kegagalan anaknya jadi penyanyi.
Setiap minggu 4 peserta dari 12 peserta AQ akan memperdengarkan bacaan dengan diadili oleh 3 orang hakim yang menyemak ketepatan tajwid, fasahah, qiraat serta menilai kemerduan suara dan lenggok lagu. Aku cukup kagum dengan kemampuan para peserta menghayati qiraat yang pelbagai itu seperti Bayati, Nahwand, Rast, Hijaz, Sikah dan Soba. Aku sememangnya tidak mengetahui kaedah bacaan seperti itu.
Malam tadi, adalah final untuk AQ. Kamu pasti dah tahu pemenangnya adalah Abdullah Fahmi walau pada awalnya aku menjangkakan imam masjid Kelana Jaya, Syukri akan mengungguli saingan.
Moga AQ akan diteruskan. Moga minat itu terus berkembang. Moga jiwa ini sentiasa subur dan penuh cinta pada kalam Tuhan.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kadangkala manusia nihhh lupa. jadi perlu ada cara untuk mengingatkannya kembali. Cuba bayangkan pada tahun 90an, ramain sungguh org pakai suar kotak2 yang famous tahun 60an. Dan ia jadi ikutan.

Harapnya AQ akan menjadi sebegitu. Yang takutnya, era 80an (pakai bikini, dsb) timbul kembali!

blackpurple @ jowopinter berkata...

AAQ itu satu langkah permulaan yang bagus.. Mungkin musim akan datang elok Media Prima siarkan diTV3 biar semua lapisan masyarakat / semua tempat dapat tengok...

wasabe berkata...

Sayapun tak pasti sangat, tapi bukan ke Bayati, Nahwand, Rast, Hijaz, Sikah ini adalah contoh taranum. Betulkan saya kalau saya salah.

Tanpa Nama berkata...

yaa.. betul tu. tu namer taranum.
erk, final AQ aritu sempat tgk 2 org je sharifah dgn ?? xingatla...
pastu layan explorace.

Kemat berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Kemat berkata...

azhar ahmad:
aku suka baca ayat "Yang takutnya, era 80an (pakai bikini, dsb) timbul kembali! "..diulang aku suka baca saje

Blackpurple:
Betul tu, TV9 saper ader ASTRO xleh tgk, rugi

wasabe&cikin:
saya kira kamu berdua betul. Maafkan saya. Terima kasih atas pembetulan anda.

Tanpa Nama berkata...

Enjoyed a lot! »

Tanpa Nama berkata...

Cool blog, interesting information... Keep it UP Pc game secert service Grubbs infiniti Infiniti g35 coupe used parts Vitamin e supplementation Drum plotter 29manufacturer of imitrex 5 x 8 area rugs Tattoo removal salabrasion att cellular phone plans wireless family plans in southwest va. Ice making snow cone machines Converting 401k pc hentai rending plans sprint wireless $29 cell phone plans Hydroxycut hardcore and danger