Rabu, Mac 29, 2006


Beranikah anda menJEBATkan diri?

Semalam, liepan berkesempatan menyaksikan pementasan teater Jebat karya Dr. Hatta Azad Khan. Secara keseluruhan persembahannya bersahaja tapi penuh dengan sindiran dan maksud yg tersirat. Sekurang2nya malam tadi aktiviti liepan di pulau mutiara ini agak berlainan..selain dari melihat siling di rumah..atau menatap skrin laptop di pejabat..atau beriadah untuk kesihatan, liepan dah boleh bersosial minda pula.

Sebenarnya malam tadi adalah satu kebetulan. Liepan cuma m’dengar khabar angin akan kisah pementasan ini. Terjahan liepan ke tempat pementasan mengiyakan perkhabaran. Sememanya dunia teater memerlukan satu medium untuk menyampai’n pada masyarakat luar akan kewujudannya. Entah kenapa pementasannya tidak digembar-gembur’n... apakah mereka ini takut akan kehadiran mata2 yg tidak tahu menilai teater lalu melabelkan pementasan mereka sebagai karut dan membosan’n...maka mereka lebih senang pementasan ini disaksikan oleh wajah2 serupa yg tidur makan mereka diselang seli dengan bicara teater ...

Liepan kongsikan sedikit pandangan tentang pementasan JEBAT ini. Mungkin ada pembaca dr Penang yg punyai hasrat menyaksikan atau bereksperimen dengan dunia teater ini. Teater percuma ini masih boleh disaksikan mlm ini(29/03/06) di Auditorium P.Ramlee jam 8.30 malam. Liepan cuba ingin membantu memfofular’n teater ini agar semangat penggiat teater tidak pernah luntur untuk membongkarkan kepincangan masyarakat dari pandangan mereka. Kehadiran anda di pentas teater tidak melambangkan anda seorang yg sentimentalis, jiwang karat ala-ala New Boyz kalau itu yg kalian gusarkan. Teater hanya cuba mengajak minda melihat wajah masyarakat dari perspektif yg sering kita terlepas pandang dalam kesibukan tugasan seharian.

Teater Jebat mengangkat konflik penyalahgunaan kuasa, ketidakadilan dan penindasan dalam sebuah organisasi demokrasi yang hakikatnya masih feudal dan berteraskan kuku besi. Semangat penentangan terhadap penindasan masyarakat dilaungkan oleh Jebat, namun suara yang mendukung keadilan itu dianggap sebagai penderhakaan. Jebat dilabelkan sebagai pemberontak oleh organisasi. Manakala masyarakat mula diperdayakan sehingga memandang Jebat sebagai musuh kepada masyarakat. Kesucian Jebat dipaliti oleh kekotoran najis kezaliman kuasa.

Liepan beranggapan mesej yg cuba disampaikan berjaya. Jebat menampilkan sejarah lama yg dipentaskan dengan unsur kemodenan. Jebat, Tuah, Bendahara dan Sultan Melaka segak berkemeja dan kot pejabat. Klimaksnya bukan pada pertarungan Tuah dan Jebat biarpun pada babak ini ia banyak menghuraikan segala jalan cerita dan sebab penderhakaan Jebat.Adegan silat suatu kemestian bagi melahirkan kemelayuan pada teater ini. Pergerakan keluar masuk dan teknik pencahayaan sedikit mengganggu kelancarannya. Watak Tuah dan Orang Amuk digambarkan secara satira tapi watak inilah yg menceriakan pementasan. Liepan suka akan Jebat. Jebat nampak hebat. Dialognya kemas. Secara keseluruhannya teater Jebat ini berjaya dan menghiburkan tapi jika ia berhasrat untuk bertanding dalam Teater Kebangsaan sepertimana yg dinyatakan di penghujung pementasan, banyak lagi yg perlu ditingkatkan.

Kisah Jebat dan Tuah cukup sinonim dengan jiwa Melayu. Kisah Jebat dan Tuah yang kita baca dalam sejarah lakaran Tun Sri Lanang sebenarnya masih hidup dan mewarnai kehidupan kita masa kini. Siapa sangka kita adalah Tuah..kita jualah Jebat itu. Sememangnya dalam jiwa Melayu itu terpahat semangat Tuah atau Jebat. Melayu Tuah adalah melayu yg taat setianya tidak berbelah bagi. Yang diatas perlu dihormati yang dibawah menjunjung titah tanpa membantah biar jiwa merana biar hati sengsara. Kerana titah Tuah sanggup mempermainkan cinta Teja, kerana titah Jebat saudara terdekat mati ditangan Tuah. Melayu Jebat lebih kasar akan perwatakannya. Bagi Jebat yang salah biarpun diatas perlu disanggah. Tuah pandai bermain silat tapi tangannya terikat. Bagi Tuah jiwa melayu jiwa hamba. Penuh budi bahasa dan taatnya tiada berbelah bagi. Jebat jiwanya lebih merdeka. Pantang mengalah dan berani mencabar hatta pembuat titah. Jebat merungkaikan ikatan hamba yang membelunggu dalam setiap tindakan. Membesar bersama2 meniti ranjau menjadi panglima Melaka tidak menjanjikan pengakhiran mereka serupa. Tuah kian disanjung dalam sejarah melayu sedangkan Jebat hanya sekadar pelengkap cerita. Benarlah kata-kata Keris Mas “Orang perjuangan selalunya menghadapi dua kemungkinan; hilang atau terbilang

Menjadi si Tuah bukanlah salah. Tuah diperlukan dalam organisasi. Jebat juga bukan sentiasa benar. Sesekali amarah Jebat mencetuskan kekalutan dan mengusutkan keadaan. Namun kehadiran Jebat perlu untuk mengingatkan mereka agar jangan bermain dengan api. Cuma andai benar apa yg dipentaskan..durhakakah Jebat ..berikanlah jawapan...

Jebat dan Tuah sememangnya ada dalam diri anda semua. Jika ingin menjadi Tuah, jadilah Tuah yg setianya bertempat.. jiwa hamba yang menunduk tapi merdeka. Jika anda kagum dengan Jebat, hayatilah sifat Jebat yang membela. Namun dalam senario dunia politik masa kini, dimana periuk nasi dijadikan pertaruhan tatkala prinsip dan maruah bukan bahan sanjungan, masihkah anda berani menJEBATkan diri...

Isnin, Mac 27, 2006

Wanita Saudi tawar RM2j jadi suami

Kawanku tunjukkan keratan akhbar ini (aku sertakan bersama..maner tau ader yg b'minat)...tanyanya knapa aku tak mencuba..mungkin tidak..aku tak menepati 2 syarat yg ditetapkan..pertama aku comot kedua aku dah 3 thun smbut jubli perak...

JEDDAH: Seorang usahawan wanita 62 tahun Arab Saudi menawarkan $2 juta riyal (RM2 juta) kepada lelaki yang sanggup mengisi kekosongan hatinya.

Bagaimanapun, kontrak perkahwinan itu terikat syarat tertentu iaitu calon bakal suaminya harus tampan dan berusia 25 tahun. Lebih malang, ikatan perkahwinan itu bakal terbatal jika si lelaki itu curang kepadanya dengan berkahwin lain, lapor Arab News.Buat masa ini, tawaran berkenaan masih terbuka tetapi tidak dipastikan sama ada ia khusus buat kalangan lelaki Saudi saja atau warga asing. Yang pasti, ia sudah cukup memeningkan kepala pencari jodoh, Ahmad Al-Omari, 36, yang mengakui sehingga kini masih belum menemui calon layak. “Ini adalah antara tugas paling mencabar saya sebagai pencari jodoh. Malangnya, sehingga ke hari ini, tiada lelaki idaman yang muda, tampan yang tampil. Apalagi terikat dengan syarat sebagaimana ditetapkan wanita itu,” kata guru sekolah dan pencari jodoh separuh masa yang sudah mengendalikan lebih 200 perkahwinan sepanjang tugas murninya menemukan jodoh sejak tiga tahun lalu.

2 juta untuk harga sebuah cinta..aku tak kata murah..aku juga tak kata apa yg dilakukan adalah yg terbaik..juga tidak menyatakan ianya salah..aku diam sajer..korang tak dengar bebelan aku kan..sepanjang kehidupan aku lum tentu aku dapat kumpulkan 2 juta ini untuk org yg aku cintai.. mngkin ader yg kater dia takkan bahgia kerana membeli cinta.. tapi sekurang2nya dia ada sesuatu untuk ditawarkan..lupakan keihklasan dan niat sebenar pembeli itu...

mungkin wanita saudi ini lebih beruntung..belum punyai cinta tapi sudah ada wang berjuta..kerana aku belum punyai kedua2nya...kita hidup di dunia realiti..usah bermadah dan asyik ngan mimpi..siapa sanggup makan 'cinta' hari2.. cuba korang masuk minang anak dara..pastu bila bakal bapak mentua korang tanya status pekerjaan kamu..beritahulah dengan hati yang tulus kalian adalah 'penyair' cinta..maka itulah hari terakhir kalian menatap wajah bapak mentua tercinta...jangan marah dulu..korang boleh cuba jika merasakan apa yg aku khabarkan adalah dusta..

Sabtu, Mac 25, 2006

Hanya 3 Minit Cuma...(entri yg tertangguh...)

Alamak..aku ker yg kne kasi opening speech..lamer ker..5 minit..arghh..kasi 3 minit dah la kot..komen aku kat organiser..sememangnya aku tak gemar berucap di depan khalyak ramai..aku lebih suka menjadi mereka yg dibelakang tabir sahaja..sebabnya aku leh jadi kalut, gugup, gelabah kalu berdiri di depan tatkala mata2 lain memberi perhatian terhadap apa yg cuba aku sampaikan..tapi kali ini aku tiada pilihan..kerjaya aku sememangnya memerlukan aku berdepan dengan situasi ini berulang kali..suka atau tidak aku perlu berdepan dengan tugasan ini...

alah..3 minit bukannya lama sngt..tapi 3 minit itu membuat'n aku tak lena tido malam..3 minit itu membuatkan hati aku tidak keruan..angin senggugut tiba2 menyerang..cuma 3 minit aku perlu berada di rostrum itu dan memberikan sepatah dua ucapan pembukaan..tapi dah 3 jam aku berjaga malam sebelumnya namun masih tidak kutemui sebarang ilham...3 minit selepas jam 6 pagi subuh hari aku dah terjaga..dan 3 minit sebelum jam delapan aku dah terpacak kat pagar depan USM...

segala idea buah fikiran yang berlegar2 di kepala aku sepanjg perjlnan semasa memandu segera aku terjemahkan atas kertas putih itu..hasilnya 3 helai A4 diperlukan untuk mengarang ucapan sekadar 3 minit itu..

Majlis dimulakan..debaran semakin kencang..3 minit yg diperuntukkan spt 30 minit yg perlu ditempuhi rasanya..dan pabila 3 minit itu telah berlalu aku kembali tersenyum untuk 3 jam yg seterusnya..senyuman yg panjang..senyuman kebanggaan penuh kepuasan..beban 3 minit aku sudah hilang..dan kini digantikan dengan keyakinan...

Penyampaian aku itu hari tidaklah sebaik yang aku harapkan..walaupun segalanya lancar..aku masih rasa ada kekurangan..Roslan Aziz pasti setuju jika dikatakan lontaran suara aku tidak begitu jelas, falseto aku lemah..vibrator yg sdikit kedengaran menguasai ruang...

aku pernah lakukan yg lebih baik dari hari itu..sekurang2nya sewaktu sesi pengucapan awam dalam kursus yg aku sertai di sg congkak pengakhiran tahun lepas..aku jeritkan suara dgn penuh bersemangat berhujah tentang keperluan pembelajaran berterusan dlm kehidupan..keadaan dewan yg senyap meyakinkan mereka memberi perhatian ttg apa yg aku cuba sampaikan...

cukuplah..sebolehnya aku tidak ingin berucap lagi..biarpun ia cuma 3 minit..biarlah aku jd penyedia teks ucapannya kerana aku lebih senang menulis dari menyampaikan kata2..umpama meluahkan hasrat hati pada gadis idaman..kerana aku ini jenis yg lebih suka berdiam dari berhujah kecuali terpaksa..aku lebih suka mendengar dari berkata2..sbb itu aku lebih senang memilih meluahkan segalanya di blog liepan ini..

dan hari ini sekali lagi kebolehan pengucapan awam aku diuji..memberi taklimat pengenalan pada sekumpulan jurutera dr IEM (kira2 dlm 40 org)....cuma perasaan malu aku sdikit kurang..aku belasah saja.... segala speech dan talk disampaikan dlm bahasa omputih(rata2 ahli rombongan berbangsa cina) sedangkan dr kechik aku dibesarkan dikg yg tak penah tau letaknya negara British itu...entah camner pg ini aku leh bercakap dlm bahasa omputih ini untuk tempoh lebih dari 3 minit..

aku tahu 3 minit itu akan sentiasa menghantui aku..3 minit itu akan berulang lagi untukku..3 minit itu adalah dejavu..dan untuk menulis entri sebegini..aku perlukan 30 minit tapi kalian hanya memerlukan 3 minit saja untuk membacanya..

Rabu, Mac 22, 2006

KiSaH SeEkOr LiEpAn........yang hampir terkenal

Ramai yg b’tanya..tak kurang yg t’tanya2…tak dinafi’n ader jugak yg x tanya atau x nak amik kisah langsung knaper blog ini diberi’n nama liepan…siaper liepanbetina tue..liepan jantan x der ker…aper citer keluarga liepan yg lain..atuk liepan, bapak liepan…..agak2 adik beradik liepan berapa ekor atau liepan nie hanya sebatang kara…kenapa tiada artikel yg m’cerita’n ttg liepan ini…lantaran itu diliham’n kisah seekor liepan ini di bawah pohon mempelam utk bacaan ringan semua lapisan. Segala nukilan ini tiada kene mengena sama ada yg hidup atau yg mati..inilah sebahagian cebisan cerita ttg aku seekor liepan..ya..kisah seekor lipan yang hampir terkenal...

Aku seekor liepan
Berkaki sembilan
Eh…. knapa sembilan
Bukanker kaki sepatutnye b’pasang2
Kalu x seploh, mungkin gak lapan

Aku seekor liepan
Dulu mase muda2 aku penah kemalangan
Gare2 merempit, aku t’langgar pembahagi jalan
Di atas jambatan on the way to Seremban
Sbb tu kaki aku hilang sebatang
Dari seploh, kakiku tinggal sembilan

Aku seekor liepan
Ikut IC aku dilahir’n di kg siam
Mukim Changloon dekat sempadan
Itu yg wat muka aku ader iras2 kacukan
Walaupun x sehensem DiCaprio, Tom Cruise atau Kemat Hasan
Tapi setiap yg memandang pasti t’tawan
Kerna aku adalah liepan ‘poojaan’
Atau aku jer yg dok perasan

Aku seekor liepan
Kini merantau ke Negri Sembilan
Sbb kat kg ku susah nak cari makan
Lagipunn sedara2 ku smua dah ilang
Dibawa arus banjir, khabarnya hanyut smpi ke Uzbekistan

Aku seekor liepan
Ingt nak cari keje tetap kat kilang
X dpt jd jaga, kurang2 jd operator pengeluaran
Tp sbb xder sijil darjah nam
Permohonanku ditolak tanpa belas kasihan
T’paksa la aku jd buruh binaan
Kulitku putih dah tukar jd hitam
X kisahla asal ader gaji leh makan

Aku seekor liepan
Berkaki lapan
Eh… knapa lapan
Td kata ader sembilan
Ohh..lupa nak ckp..
Aku skrg nak masuk simpang
Kne la angkt sblh kaki, kasi isyarat belok kanan
Liepan pun kne ikut undang2 jalan
Kalu kne saman korang bukan nk tolong bayar’n

Aku seekor liepan
Masih bujang belum b’teman
Nk kawin lum cukup duit hantaran
Baru skrg blajo menyimpan
Harap2 leh kawin thn depan

Aku seekor liepan
Ayam, itik, kambing smua aku kawan
Tp paling rapat ngan cipan
Mse kechik2 slalu kongsi teh secawan
Makan mee kari pun share satu pinggan
Aku x suka ngan toman
Adik bongsuku t’jatuh dalam kolam
Bukannyer nak tolong selamat’n
Tp terus dia telan sbg santapan

Aku seekor liepan
Kaki lapan atau sembilan
Aku sbnarnya x tau nk bilang
Walaupun x pandai cam korang
Hidupku tetap tenang dan aman
Sentiasa ku ingt org tua2 pesan
Jgn tunjuk ‘debe’ kat tpt org
Jaga diri jaga badan jgn salah makan
Bersikap jujur, amanah dan sopan
Barulah ‘mereka’ akan sayang

Oklah kawan2
Lain kali kita b’sembang
Maaf’n segala kekasaran
Coretan ini hanyalah gurauan
Menghiburkan hati yang tak keruan
X der niat nak kutuk bangsa liepan
Kerana semuanya makhluk Tuhan
Dibumi-Nya kita m’lengkap’n kitaran
Menjalan’n tugas yg telah diamanah’n…

Isnin, Mac 20, 2006

Weekend Yg Lebih Memenatkan....
Hmmm..balik2 citer pasal aktiviti weekend aku..yelah dah blog liepan nie kepunyaan aku..mestilah tulis citer pasal aku..kengkawan aku...sedara mara aku...binatang peliharaan aku..makanan kegemaran aku..segala citer baik pasal aku..
Weekend yg memenatkan memulakan pengkisahannya di ari Jumaat mlm Sabtu...dan malam tu aku bertungkus lumus menyiapkan segala keperluan report dan tugasan mingguan..supaya naik kje ari Isnin xder la kelam kabut nak setel itu ini..dan moga weekend ini benar2 memberi ruang untuk aku mencapai erti rehat sebenarnya..
Aku dapat merasakan kekalutan yg bakal dihadapi weekend ini bermula dgn aksi kejar mengejar bas..Hujan seakan tidak menjadi halangan utk Cik Mz m'pamir'n ke"alfonso"annya di litar basah itu..kami tiba 5 mnit sblm bas dijadual'n 'take off'..dlm 5 mnit itu smpt gak balun nasi lemak m'gantikan 600 kcal(tenaga/kalori) yg dibakar sepnjg ranjau perjlnan..
Kemampuan bas2 ini mengekal'n catatan masa x lebih 4 jam bg perjlnan PNG-KL sememangnya x perlu diragu'n..cam biase..Puduraya adlh tpt plg best utk tido sementara m'nanti kokokan ayam..dan selepas menunai'n tanggungjawabku yg pertama di pg hari..segera kupanjat tangga LRT Pudu ke Pandan Indah..
Lepas sarap sepinggan dua roti canai yg makin menipis itu...aku dan A..D.. merempit ke Ampang Sport Planet...dan disinilah segalanya bermula...himpunan pemain2 berbakat yg digugur'n dr skuad kebangsaan England atas alasan gagal menguasai bahasa Inggeris dgn baik..kami smua ditemukan dlm satu perlawanan amal bg mengosong'n kocek penaja...ade goodies pack..suit putih merah lengkap berstokin..5 pasukan 11 perlawanan 1 pemenang..seperti biase pertarungan dimulakan dengan acara makan2 secara kecil2an..dan aku yg kecil makan secara besar2an...
Perlawanan antara kami memang sengit..sering berbalas serangan..kalu korang slalu ikut EPL..tgk camner Liv main vs MU, camner hebatnya Wigan mengekang asakan Chelsea, camner b'skillnya Arsenal merobek gawang Spurs..memang hebat'n..tp kami x der la main camtu..
Paling bestnya kami mnang..dan piala itu kami bawa pulang..untuk tatapan aweks2 kat opis...paling best lg sblum pulang kami dijamu di Borak-Borak..nikmatnya makan lepas berjuang keletihan umpama hisap rokok lepas seharian berpuasa..
Penatku tak berakhir disitu..aku msih perlu bertukar antra bas dan komuter sblum smpi ke rumah org tua ku..Sebaik saja mberi salam aku lena diulit intan...
Mlm itu rumah kami pnuh ngan sedara mara yg sama2 b'kumpul melahir'n kesyukuran atas kejayaan ahli2 keluarga dlm SPM..dan aku kembali dibuai mimpi sebaik menghabiskan makanan yg dihidang'n..
Mcm biase Lepat dapat m'hidu kepulangan aku..jam 12 mlm aku dikerah ke Uptown Kota Damansara bg meramaikan suasana malam..mulanya nk diheretnya aku ke Uptown Danau Kota..port baru anak2 muda tp aku dah tak larat..tak larat nak berjalan..tak larat nak tengok anak dara dan pusat yg bertindik..
Pg Ahad aku hanya melepak di rumah mengira bintang..camner ko leh kira bintang dlm rumah..siang ari plak tu..entahler..tp aku mmg nmpak bintang pg Ahad tu..
Lepas Zohor, aku, Neeziee, ZR dan wifenya ke Pusrawi Kota Damansara. Kononnya nak melawat kawan yg bru selamat melahir'n bayi perempuan..tp terjahan kami tak kne..ZZ dah kluar pun dr wad..kami berpisah disitu..ZR ke rumah mentuanya..aku dan Neeziee yg lom ader mentua m'abis'n mse kat kompleks beli belah..kami tak beli aper2..lepas 3 jam trus blah...sempat gak jumpa mber forum Neeziee smbil b'tukar buah fikiran..
Mlm itu aku gerak agak awal ke Pudu..dlm kul 9..walau bas pkul 12..sbbnya aku malas nk cross laluan gelap pejabat pos KL dr komuter tu sorang2 time mlm..aper..ingt lelaki tak perlu risau akan keselamatan dan kesucian dirinya..tpt tu dah ler sunyi sopi..golap lak tue..
port aku tentulah gerai mawar merah depan nando's tue...lyan kerang bakar smbil tgk Kota Bharu FC vs Liv..dan tentulah seperti kami..Liv pun menang mlm tue..lg 15 mnit aku dah mula grak ke Puduraya usha bas yg bakal aku naik..rasa cam agak perlahan driver mlm tue..berhemah sungguh pak cik drebar tue..lupa aku nk tanya nama dia..leh aku calonkan untuk anugerah pemandu berhemah..
smpi jer kat Penang..IKH dah tunggu..kami naik bas mini utk pulang..aku mandi..tunaikan tanggungjawab harian ku..gosok baju trus kluar sblm mentari sempat menampakkan wajahnya..ader urusan kerja kat tanah seberang..
memang weekend aku kali ini lebih memenat'n..samer penat aku nk mengerah otak memikir'n entri kali ini..penat menaip entri yg panjang tapi kosong..entri yg nyata tapi hampeh..kengkadang kebenaran itu membosankan..betulkan???

Khamis, Mac 16, 2006

Subject: Fwd: Fw: SYAITAN DAN HIDUNG
(lagi siri perkongsian ilmu sempena malam Jumaat; sumber: email yg diforward drp mak cik jiran kawan kpd kawan member opis aku)

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim).
Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak. Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit. Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak. Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata. Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.
Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.
Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa) Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur. Cara nak membersihkannya Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa. Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung. Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).
Akhir kata........ "Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pooojaan hatiku

Isnin, Mac 13, 2006

Weekend Yang Memenatkan...(Hmmm..cam penah dgr tajuk entri cenggini kan)


Alkisah tersebutlah suatu ceghita satu pakatan persatuan pemilik2 henpon Nokia yg t'diri drp Nokia 6670(bunga), 9500(kumbang),2600(juga kumbang), 1110(pun kumbang gak) beriya2 nk m'abis'n ari mnggu berkereta ke utara Tanah Melayu bg m'jayakan misi Perlis Menjerit...

Adapun keempat2 Nokians nie memiliki alat pengangkutan t'sndiri...6670 ngan CLKnyer..9500 ngan Honda 2 seaternyer..2600 ngan Black panthernyer...mrk b'sepakat travel naik Airbus BEM39** milik 1110..."alah..jgn risau 1110..kita gilir2 drive la..mula2 ko bawak..kami tido..pastu kami lak tido ko drive" 2600 m'ber'n idea perkongsian pintarnya...



Pit stop pertama dikhususkan utk merai'n hari bahgia, hari gembira pertemuan 2 jiwa, tautan kasih antara qaisy dan laila..(maaf..aku lupa namer pengantin)...untuk pasangan raja sehari ini moga kalian b'bahgia spnjg jln kehidupan yg dilalui.. Amin...
Kami memilih saat yg t'baik utk memasuki hentian pit stop..secara tiba2 kami m'jadi sebahagian keluarga kpd pengantin lelaki dgn menyertai rombongan mereka..sememangnya kita sesama Islam b'saudara..dan bunyi itu..kelepak..kelepung..kelepak.kelepung..kelepak..kelepung(udah ler...letih aku nak menaipnya)..mengiringi langlah kami..slps b'slmn dan m'persembah'n hantaran..kami terus ke acara utama 'melantak tanpa segan silunya'...bunga2 telur yg diterima menandakan kehadiran kami diraikan..korang perasan tak skrg nie bile knduri kawin..org dah jarang kasi telur..depa kasi cokelat tak pun sabun...sbnrnya p'berian telur nie ader maksudnya..ia menandakan seolah2 seluruh ahli keluarga serta tetamu mendoa'n pasangan pengantin beroleh zuriat..tp jgn ler korang percaya dgn kasi telur tu leh dapat anak..kalu tak kasi tak dapat anak...itu cuma perumpamaan org dlu2 jer tau....


Alang2 menyeluk pekasam..biar smpi ke pangkal lengan..alang2 b'jalan biar smpi ke hujung sempadan..kembara kami diterus'n ke Padang Besar dgn tujuan mengkayakan peniaga2 disana dan memiskinkan diri ini...perjalanan kami t'henti seketika bila melewati empangan timah tasoh yg mengasyikkan..masing2 mula membayang'n aksi2 romantis dr filem hindustan..bertukar2 baju smbil berlari di antara pokok dan tiang..dan berguling menuruni bukit..aku raser 6670 mmg terbayang'n citer hindustan sehingga sanggup bertukar pakaian...

Wajah kami semakin ceria bila memasuki pekan Pdg Besar..aku tercari2 padang yg besar itu tp tidak kelihatan..tak kisahlah...plet2 kete Siam mengesah'n kami kini hampir ngan sempadan..9500 sibuk menerima tempahan..panggilan masuk bertali arus..sms yg diterima berjela pnjg..ader yg nak kaler itam..ader mntak putih..ader suka warna belang..ader yg kater suka hati abang lah..U suka I pun suka....




Rata2 kami berpuas hati dengan hasil dagangannya..toto Narita..mangkuk sia'..jersi..asam(pebret aku nie)..semuanya dalam genggaman..sedih biler memikirkan En RM yg terpaksa dikorban'n sbg galang ganti barang dagangan ini..tp sekurang2nya dia selamat di tangan peniaga2 Melayu itu..sekurang2nya untuk hari ini...

Dan kami pulang dengan hati tenang..perjalanan pulang jauh tidak terasa memenatkan bg 6670, 2600 dan 9500..kerana kami tidak memandu...untuk 1110 anda memang hensem..baik..jujur dan bertanggungjawab..terima kasih daun keladi...

Jumaat, Mac 10, 2006

Yang Halus Yang Kasar

Seorg guru wanita m’ajar murid2nya suatu p’mainan. “Cikgu ada Al-Quran, cikgu akan letak’nnya di tengah karpet. Sekarang kamu semua b’diri di luar karpet. Cara permainannya adalah bagaimana utk m’ambil Al-Quran yg ada di tgh karpet tanpa memijak karpet?”

Murid2nya b’fikir. Pelbagai cara telah diguna’n namun masih buntu. Akhirnya guru mereka m’beri’n penyelesaian. Digulungnya karpet itu & m’ambil Al-Quran t’sebut.

“Murid2, begitulah umat Islam & musuh2nya. Musuh2 Islam tidak akan memijak2 kita secara terang2an kerana tentu kita akan menolaknya mentah2. Org biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Lantaran itu mereka akan m’gulung kita p’lahan2 dr tepi tanpa kita sedari.

Jika seseorg ingin m’buat rumah yg kukuh, maka dibina dahulu tapak yg kuat. Begitulah Islam jika ingin kuat, bangun’nlah akidah yg kuat. Sebaliknya, tentu sukar jika ingin meruntuh’n rumah dgn memula’n dr tapaknya dulu. Tentu saja barang2 yg ada di dlmnya akan dibuka dahulu, barulah ia diroboh’n.

Begitulah cara musuh2 Islam m’hancur’n kita. Mereka tidak akan menyerang secara terang2an, tapi p’lahan2 & m’buat kita letih. Dimulai dr perangai kita, cara hidup, pakaian & lain2 sehingga akhirnya kita akan meninggal’n ajaran Islam & m’ikut cara mereka. Itulah yg ,ereka ingin’n. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri(perang pemikiran) yg dijalan’n oleh musuh2 Islam.

”Kenapa mereka tidak berani m’lakukannya secara terang2an cikgu ?” tanya murid2nya. ”Sebenarnya dahulu mereka telah menyerang secara terang2an misalnya Perang Salib, Perang Tartar & lain2 lagi. Tetapi sekarang tdak lagi. Kalau diserang p’lahan2 kebanyakan kita tidak sedar di mana akhirnya akan hancur. Tapi kalau diserang secara terang2an, kita akan sedar & bangkit serentak.”
* Ingin aku cuba terapkan sedikit peringatan di blog liepan ini pada hari Jumaat penghulu sekelian hari...sesekali aku berceloteh hal dunia..sesekali aku mengarut dengan permainan kata2..sebolehnya aku ingin cuba mendekatkan sesiapa yg m'baca ttg tanggungjawab "sebenar" kita..sebagai org pertama menulis..aku jualah yg pertama membaca hasilnya..moga aku jualah yg pertama berusaha memanfaatkannya..bukan niat cuba berhujah tentang persoalan keimanan sedangkan diri ini sendiri sering alpa dan lalai dalam menjalankan amanah yg dipertanggungjawabkan..cuma aku percaya cara sebenarnya kita menunjukkan kecintaan pada agama bukan dengan marah apabila mereka mempersendakannya, bukan jua aku bermaksud kita tidak boleh marah mereka yg mempermainkan agama kita..tapi tanda kecintaan sebenar bagi aku adalah mengamalkannya..menghayatinya..

Selasa, Mac 07, 2006


Hati ini sudah dimiliki - Siti Nurhaliza

Rata2 surat khabar hari ini memaparkan cerita ini...baik di Utusan Tanah Melayu, Berita Hari-hari, The Bintang, Kosmo!(bace ngan nada t'gezut), Straits Time Yg Baru, Mail Melayu, Seharian Metro...malah kat Tamil Nesan...Sin Chew Jit Poh.. Kwong Wa Jit Poh ..Borneo Post pun ader diselit’n kisah ini...kecuali Harakah..itupun sbb ia adlh akhbar dwibulanan(terbit sbln 2 kali daa..itu pun x tau ker)...Kisah ini cukup sensasi..silap2 kat dalam parlimen pun Yang Berhormat itu akan berdebat kes ini...MakCik Piah yg jual nasi lemak kat simpang tiga pg2 dah kecoh ngan citer nie..dia sedikit lega namer suaminya tak dibabitkan dalam polemik ini..Aku tak nak komen panjang..aku sertakan keratan akhbar untuk kalian bacer sendri bersama ulasan ringkas aku akan pernyataannya..Entri blog aku ari nie pelik ckit..dari segi gaya, cara dan tujuannya..mungkin kerana terlalu Percayakan Siti...
Kuala Lumpur 6 Mac - Penyanyi popular, Siti Nurhaliza hari ini mengakui hatinya sudah dimiliki. ``Memang sekarang Siti berkawan dengan seseorang. Siti tidak mahu orang cakap Siti menipu atau berbohong,'' katanya. Ia adalah pengakuan pertama Siti, 26, setelah kisah percintaannya dikaitkan dengan seorang ahli korporat, Datuk Khalid Mohd. Jiwa yang juga dikenali sebagai Datuk K. aku tak suka dengar namer Datuk Khalid Mohd Jiwa nie(bacer ngan nada marah ckit..kalu korang tak raser nak marah pun wat2 marah la..tp bg laki2 bujang je..yg dah kawin tu jgn nk tensen plak dgr namer nie..bini kat sebelah tu muncung jer tengok cik abang berkerut dahi sambil menggeleng bace pengakuaan Siti ni)..kenapa Khalid itu tak digantikan sajer ngan Kemat...atau andai benar Datuk Khalid adalah orangnya..saya benarkan anda gunakan nama samaran Kemat...

Penyanyi pujaan ramai itu berkata demikian pada majlis Bersarapan Bersama Bintang-Bintang anjuran Star Movie, Astro, di Hotel Ritz Carlton di sini hari ini. Perghh..klau dah bersama Siti..tak payah sarapan pun dah leh kenyang..yelah..hati manyak senang...

Malah, kata Siti beliau berharap semua pihak memahami siapakah gerangan orang tersayang yang dimaksudkannya. Bagaimanapun, buat masa ini, Siti memberitahu, dia belum bersedia mendedahkan siapakah gerangan jejaka yang berjaya menawan hatinya itu. Oppss..statement nie kne kasi clear ckit...hang dah wat semua jejaka kat Malaya nie tertanya tanya adakah kami yg Siti maksudkan terutama mereka yg mempunyai nama bermula dengan huruf K cam En Kemat 'k' jugak, Tuan Kemat pun pangkalnya 'K', Yang Berhormat Kemat juga bermula dari 'K'..hmmm..saper lagi..ramai gak yg ader 'K' nie..haa..Lebai Kemat pun 'K' jugak..

Mengakui dirinya kini semakin matang, Siti ternyata semakin terbuka membicarakan tentang cinta. "Siti sekarang dah cukup matang dan dewasa. Jadi Siti rasa tak salah Siti memperkatakannya kerana Siti tahu peminat di luar sana ingin mengetahuinya. Manusia biasalah apabila semakin dewasa perasaan sayang menyayangi dan cinta memang ada. Itu tak dapat lari daripada kehidupan sebenar kita,'' kata Siti. Yap betul..kalu dahulu kita semua sibuk mengejar cita2..sudah tiba masanya untuk kita mengejar cinta pula..

Siti juga berkata, dia akan mengumumkan tentang perkahwinannya apabila tiba waktu kelak.
"Jangan risau Siti akan beritahu semua orang jika sampai masanya. Siti tak boleh beritahu sekarang semata-mata untuk puaskan hati semua orang. Orang nak berteka-teki atau anggap apa saja terpulang kepada mereka, tunggu sahaja kerana sampai waktunya Siti akan mengumumkan segalanya,'' katanya. Aku raser pengumuman ini amat dinantikan sebagaimana kita menantikan pengumuman tarikh hari raya walhal kita dah leh agak..alah..kalender kater lusa baru rayer..sok kne pose lagi(ayat kecewa time kecik2 dulu sbb sok tak leh balun ketupat lg di siang hari)..

Program tersebut diadakan sempena Anugerah Academy ke-78 di samping ulang tahun Astro ke-10. Aku tak nampak kaitan Anugerah Academy ngan Astro..juga antara ulang tahun ke 78 dan 10..ada persamaan ker...Tapi kalau ader pendapat yg menyatakan sesaper yg lahir thn 78 akan nampak lebih muda 10 tahun..aku percaya tanpa was-was...

Dalam pada itu, Siti turut menafikan tentang gosip perkahwinannya yang dikatakan akan diadakan dalam masa terdekat ini. "Gosip tersebut tidak benar sama sekali. Siti belum terfikir lagi akan kahwin dalam masa terdekat ini,'' kata Siti lagi. Ok la tu..sempat lagi aku kumpul duit..

Sambil menyifatkan segala gosip suka dan duka yang hadir di dalam dirinya sebagai satu cabaran hidup, Siti memberitahu perkara tersebut membuatkannya lebih tabah dan kuat. Agak2 nye la kan..kalu hari2 kne gosip mesti Siti jadi semakin kuat..lagi dan lagi kuat....stakat angkat tong gas naik tingkat 15 ikut tangga rileks jer...

Seramai 18 penghibur hadir memeriahkan majlis tersebut bersama-sama 60 pelanggan bertuah Astro, menonton Anugerah Academy secara langsung. Antara yang hadir ialah Nana AF1, Misha Omar, Azizan Nin, Ashraf Sinclair dan Zahid AF2. Aku tak pasti kenapa pelanggan astro yg dapat menonton anugerah academy dianggap bertuah..Oooh...nie mesti dpt tgk fesyen tak cukup kain nie..mmg bertuah..aku yg rugi tak menontonnya..he..he..

Sabtu, Mac 04, 2006

Warna Hatinya......

Kelmarin...
Dia buat2 tak tahu
Aku di depan umpama kayu
Dipandang tidak terus berlalu

Tapi aku tahu
Hatinya penuh amarah
Gerak gerinya penuh cerita duka
Dan kami di sini sering terluka
Lantaran caranya yang berbeza

Tapi hari ini..
Dia sapa aku
Dia tanya khabar aku
Khabar mereka yang bersama aku

Dia nampak begitu ceria
Dia nampak begitu gembira
Sememangnya dia tampak bergaya

Hari ini...
Dia benar2 bahagia
Senyumnya sampai ke telinga
Manisnya lebih dari gula

Esok...
Entah apa pula warna hatinya