Isnin, April 30, 2012

Rahsia Pil


Dia dah semakin kurus berbanding setahun yang lalu. Kata ahli keluarga yang lain, dah hampir setahun dia tidak menjamah nasi. Dia banyak menghabiskan masanya dalam bilik bawah tanah itu. Seorang diri sehingga lewat malam. Kadang-kadang sampai ke pagi. Wajah cengkungnya menampakkan tulang pipi kiri dan kanan. Tapi dia masih mampu tersenyum. Sekurang-kurangnya untuk hari itu.


"Yeaahhh. Akhirnya aku berjaya. Temui formula untuk pil diet. Setahun tak perlu makan. Pil diet ini cukup untuk menahan lapar kamu selama setahun tanpa menjejaskan kesihatan kamu"

Rabu, April 25, 2012

Cerita Makan Aiskrim Berdua


Nella Kuruppiah geram sampai sekarang. "Saya masih ingat lagi peristiwa itu", ujar Nella membuka cerita.

Hari itu cuaca panas terik. Tiada tanda hari mahu hujan. Angin pun seakan merajuk berhenti tidak mahu bertiup. Peluh mula membasahi baju mereka bertiga. Cheh. Entah bagaimana Nella boleh terlupa untuk pakai deodaran hari itu. Jadi tatkala penjual aiskrim bertanya siapa mahukan asikrim percuma, Nella seorang sahaja tidak mengangkat tangan. Biar tekak dan hati berteriak mahukan aiskrim tetapi ego perlu dijaga.

Tidak pula dua kawan karibnya, Nuar dan Shidah. Bukan satu malah kedua-dua tangan diangkat mereka. Tanpa segan silu, segera mereka menyambar dua batang aiskrim Cornetto yang dihulurkan penjual aiskrim. Mereka terus menikmati aiskrim percuma itu tanpa mempedulikan Nella. "Malu tak bertempat" ejek Nuar.

Dari saat itu hubungan mereka bertiga makin renggang. Nella Kuruppiah jelas kecewa dipinggirkan. Bukan kata nak berkongsi, pelawa ajak-ajak ayam pun tidak. Dapat aiskrim, kawan dilupakan.

"Saya masih ingat peristiwa itu. Itu macam ker kawan"

"Err..bagaimana kiranya kamu diajak makan aaiskrim bersama tempoh hari. Apakah kamu masih berkawan" tanya seorang wartawan. Entah dari akhbar mana. Gaya berpakaian dari wartawan yang membuat liputan sukan.


"Itu macam, tajuk kasi tukar Cerita Makan Aiskrim Bertigalah..."

Rabu, April 18, 2012

Tudung

"Isshhh..awak ni. Anak kita tu kan kecil lagi. Biarkan sahajalah. Usah paksa dia. Biar dia bertudung dengan niat ikhlas. Bukan cara paksaan" betah Ida melihatkan suaminya merungut anak gadis mereka tidak suka bertudung.

"Saya bukannya memaksa. Saya cuma nak didik dia. Biasakan dia dengan bertudung sejak kecil lagi" ujar Halim. Dia teringin melihat anaknya belajar menutup aurat sejak kecil lagi. 

"Dia kan baru masuk darjah satu. Saya dulu pun kahwin dengan awak baru pakai tudung" tambah Ida.

"Sebab saya tak nak dia jadi macam awaklah saya nak didik dia awal-awal. Ini dah tua-tua, pakai tudung pun tak betul. Tutup rambut tapi tak tutup aurat" balas Halim.

"Eh, awak ni. Kita pula yang disindirnya. Eh. Bukan tugas awak ke nak mengajar saya. Lagipun si Esha tu setakat tak pakai tudung jer. Pemakaian dia yang lain ok jer. Berbaju kurung 24 jam" Ida terasa benar dengan sindiran suaminya. Iyalah, dulu ayahnya tak pernah ambil tahu pun pasal keperluan bertudung ni. Emaknya sendiri sampai sekarang tak pernah bertudung.

"Aku bilal kampung Ida. Malu kalau anak sendiri tak boleh diajar cara tutup aurat mengikut syariat". Ada nada kesal di hati Halim dengan pengakuan itu.

"Ooooo..sebab anak bilal lah dia kena bertudung litup ni. Saya dengar anak Ustaz yang mengajar sebulan sekali kat surau kita tu pun tak bertudung. Anaknya pun baru masuk darjah satu juga. Tak dipaksanya" Ida cuba mengaitkan anak ustaz di kampung itu.

"Ustaz Kemat"

"Aha. Ustaz tu la. Tak percaya abang tanya lah sendiri.

________________________________

(Suatu malam, selepas selesai sesi kuliah bulanan)

"Err..ustaz. Nak tanya sikit boleh. Benar ke anak ustaz yang darjah satu tu pergi sekolah tak pakai tudung. Bukannya apa ustaz, saya tengah nak ajar anak saya yang sorang tu bertudung ke sekolah. Tapi tak mahunya"

"Betullah tu. Anak saya yang darjah satu tu tak pakai tudung ke sekolahnya"

"Eh, boleh ker ustaz. Bukan ker dah jadi kewajipan untuk anak-anak kecil ini menutup aurat"

"Anak saya yang darjah satu tu lelaki. Memang lah tak perlu bertudung"

Halim geleng kepala. Terbayang wajah isterinya yang sering mengumpul cerita dari jiran tetangga hal rumah tangga orang kampung. Ada yang benar. Ada yang lebih sudu dari kuah. Ada yang berunsur fitnah dan dengki sahaja. Cheh. Halim terkena. Percaya tanpa usul periksa.

Jumaat, April 13, 2012

Takut

"Ishhh..awak ni. Asal malam Jumaat jer tengok cerita hantu. Ini semua karut la. Tengok cerita lain la" ujar Pak Man. Pak Man naik menyampah dengan stesen tv sekarang. Entah kenapa malam Jumaat jer tayang cerita hantu.


"Haha. Takut la tu" balas Mak Munah sinis. 


Pak Man malas nak layan sindiran Mak Munah. Memang dia takut pun. Pak Man masuk tidur sorang-sorang dulu.


Setengah jam selepas pun. Pak Man terjaga dari tidur sambil berteriak panjang. Mak Munah yang masih leka menonton tv di luar segera berlari masuk ke dalam. 


"Kenapa ni bang. Abang mimpi hantu ker. Takut semacam jer"


"Aku mimpi kena patuk ular la" ujar Pak Man sambil mengurut dada. Kali ini Mak Munah pula yang berasa takut.

Isnin, April 09, 2012

Pesanan Khidmat Masyarakat "Jangan Layan SMS Masa Memandu"

"Saya tak percaya awak sanggup kata begitu pada saya. Saya rasa malu. Dihina sebegitu rupa. Kalau dah tak suka, tak mengapa. Tak perlulah nak memburukkan saya" ujar Melisa dalam sendu. Hatinya benar-benar terhiris dengan kata-kata Usama.

"Ini semua salah faham. Saya tak bermaksud nak lukakan hati awak. Dan tak mungkin saya akan berbuat begitu" balas Usama membela diri. Dia sendiri kurang faham entah mengapa Melisa tiba-tiba melenting.

"Awak memang tak sukakan saya kan. Mentang-mentang badan saya tidak seramping artis pujaan awak. Awak panggil saya macam-macam" bentak Melisa.

"Sayang. Saya kata awak macam baby sebab saya maksudkan awak comel, kiut, gebu. Cuba tengok baby, semuanya comel-comel belaka dan disukai ramai" Usama cuba memberikan penjelasan.

"Oooo..sekarang awak cakap comel macam baby. Kat sms, awak tulis comel macam babi. Huhuhu" Melisa terus meraung.

Usama buka semula peti pesanan keluar di telefon bimbitnya. Aiseh. Usama tepuk dahi. 

Jumaat, April 06, 2012

Kasih Bumi

"Engkau tak sedar ker. Bumi kita dah makin tua. Dah tak sekuat dahulu. Sumber asli dari perutnya juga kian habis digali"

"Aku tahu.Tapi aku nak buat apa"

"Sekurang-kurangnya kau sokong lah kempen Earth Hour tu. Setakat sejam bergelap tak kan tak boleh" bentak cengkerik pada kunang-kunang yang enggan matikan 'cahaya'nya malam itu.

Rabu, April 04, 2012

Bagai Menatang Minyak Yang Penuh

"Hati-hati beb. Jangan sampai tumpah. Mahal ni. Ron 97 tu"

Selasa, April 03, 2012

AWAK IV

Hilang sudah rindu yang menggunung
Melihat awak tersenyum

Isnin, April 02, 2012

Pengantin 1 April

"Awak. 1 April ok tak . Hari Ahad tu."

"Tak nak lah. Awak selalu kenakan orang dengan jenaka April Fool. Nanti awak kenakan saya juga"

"Isshh.. itu main-main ajer. Ini perkara serius ni. Nak tunggu bila lagi"

"Baik. Tapi jangan tipu saya tau"

"Iyer... Kalau tak percaya ambil kapak belahlah dada. Dah tertulis dalam hati ini. 1 April kita kahwin"

..................

Munah dah gelisah. Berkali-kali dia dail nombor telefon bimbit Aman. Tidak berjawab. Munah tinggalkan mesej. Tapi tiada balasan. Munah mula menangis ketakutan. 

Setengah jam berlalu. Telefon bimbit berbunyi tanda ada pesanan ringkas masuk. "APRIL FOOL". Hanya itu yang tertera di skrin. Dan teriak Munah makin kuat dan berpanjangan.

Dalam getar suara kesedihan dan kemarahan, ayah Munah bersalaman dengan imam sambil memohon kemaafan. Hajat yang tidak kesampaian.
...........

Di sudut yang lain di kota yang sama, Aman sedang leka layan playsation. Sesekali dia tersenyum kenangkan mesej dari Munah. "Haha. Aku dah dapat apa yang aku nak. Buat apa nak kahwin lagi. Kalau aku boleh dapat. Orang lain apatah lagi".

Banyak kali juga Aman kenakan orang dengan jenaka April Fool. Tapi ini paling tragis. Dia sebenarnya pun tak tahu entah mana datangnya ciptaan permainan bernama April Fool ini. Tapi dia seronok sekali mempermainkan orang dengan alasan April Fool ini. 

Loceng apartment Aman berbunyi. "Cantekkk. Pizza dah sampai. Cepat juga diaorang hantar. Baru jer order". Aman berjalan laju ke arah pintu. 

"Awak Munah. Buat apa...." belum sempat Aman habiskan ayatnya, tangan kiri Munah dah menghayunkan sebilah pisau tepat ke perut Aman. Tusukan diulang bertalu-talu.

Aman tersungkur di depan pintu apartmennya. Baju pengantin Munah warna putih merah disimbahi darah. Munah pandang Aman yang mengerang kesakitan tanpa rasa kasihan lagi. "Jangan mempersendakan April lagi bila kebodohan itu datang dari awak sendiri"