Leman menyelak langsir bilik hotelnya. Cantik sungguh. Pemandangan yang mengadap Piramid Giza menggamit memori manisnya tika mula-mula mengenal cinta dahulu. Di situlah berputiknya. Pasir-pasir halus jadi saksi.
Leman capai telefon bimbit. Dia mendail nombor sama yang sering dipanggilnya 10 tahun ini.
"Sayang dah sampai ke" ucap satu suara di hujung corong. Bunyinya penuh kerinduan. Berjauhan ditinggalkan sementara.
"Aha. Baru daftar masuk hotel. Err.. apa kata kunci nak buka beg abang ni. Lupa la" balas Leman.
"Senang jer. Saya letak tarikh lahir saya" balas suara di hujung corong. Kali ini ada gaya manja.
"Errr.. tarikh lahir awak 24 ker 28 hb yer. Saya lupa la" ucap Leman teragak-agak.
Talian terus terputus. Leman garu kepala.
5 ulasan:
Pengajaran...sila ingat tarikh birthday wife anda..hihihi
kata lelaki ada 9 akal..
apesal tak guna...
:p
hehehe...popaun mmg cengiitu...leh jadi perang sebab lupa tarikh...hahhaha
Leman. Leman. Haha.
shasha:
penyelesaian , sila simpan kad kahwin yang ada iC isteri dalam dompet..hahha
tintakibod:
geh..geh
jedi:
itu belum tarikh kali pertama makan cendol, kali pertama tengok wayang
akirasuri:
Leman cuma terlupa
Catat Ulasan