Rabu, Mei 04, 2011

Semangat Baru.........(yang hilang)

Abu tanamkan azam. Sempena 1 Mei Hari Pekerja. Dia ingin menjadi pekerja yang berdisplin. Pekerja yang patuhi pada masa kerja. Hadir awal ke pejabat mudah bahasanya.

Abu bertekad. Tidak mahu ada warna merah pada kad perakam waktu bekerjanya. Itulah semangat yang diperolehi tatkala mendengar perutusan Sambutan Hari Pekerja. Dia yakin, tekadnya kali ini kuat penuh semangat.

Abu senyum sendirian. Keretanya sudah melepasi simpang utama dan bergerak menuju ke booth tol terdekat. Jam belum pukul 7 pagi lagi. Dia sudah berada suku perjalanan ke tempat kerja. Kebiasaannya, pada waktu begitu dia masih terkial-kial memandu anaknya ke tempah asuhan. 

"Anak!!!" Abu kaget dan diam. Mengintai dari cermin padang belakang. Abu rasa tak puas. Ditolehnya kebelakang mengesahkan kegusaran.

"Aiseh". Abu tepuk dahi lagi. Dalam keghairahan ingin hadir awal dan cepat ke tempat kerja, Abu lupa dia ada tugasan yang penting pagi itu seperti pagi-pagi terdahulu. Abu lupa nak hantar anaknya ke pusat asuhan. Abu terpaksa berpatah semula untuk menghantar anaknya. 

Abu tahu dia akan lambat lagi hari ini. Macam selalu.Abu terbayang kad perakam waktunya yang berwarna merah. Dan wajah bosnya yang marah.

2 ulasan:

shasha berkata...

Ayoh!!!!anak pun bole lupa ke?

Kemat berkata...

shasha:
tepuk dahi