Sejak jadi orang kaya. Berlagak betul dia sekarang. Sombong. Kalau setakat yang guna motosikal (kecuali yang berkuasa tinggi), dia tak pandang pun. Bukan setakat motosikal, kereta pun dia 'pilih bulu'. Nak yang kereta buatan luar negeri. Tayar besar. Paling kurang 1.8cc.
Dulu, kami berkawan baik. Sekarang jurangnya makin jauh. Dia enggang aku pipit. Tambahan pula akhir-akhir ini saham harga dirinya melambung lagi. Dia selalu bermegah mendabik dada. Kononnya dia berdiri atas tapak kaki sendiri. Tak macam kawan-kawan kamu yang bergantung pada simpati subsidi.
Apapun, kami tak bersedih. Kami gembira sebenarnya walaupun kami tak kaya, kami masih boleh berbakti pada yang memerlukan. Sumbangan kami lebih besar jika diukur dari kuantiti.
Ah, Ron 97. Jangan cepat lupa diri. Sebelum 'dilenyapkan' Ron 92, kamu dahulu seperti kami juga sebenarnya.
Dari kawan kamu
- Ron 95 & Diesel -
4 ulasan:
:)
ron97 naik harga lagi kan. huhu.
gaji gomen nak naik..minyak pun naik..kan?
*entri baru Muka legend, hati pun Legend
*j0m teng0k Clearance Sale & New Pyjamas Coming Soon
minyak naik harga lagi???
puterikure2:
:(
tintakibod:
:(
shasha:
:(
Catat Ulasan