Rabu, Mei 18, 2011

Jatuh Dari Langit

Dia tunduk malu. Sambil mengesat kesan air ludah di muka. Busuk. Jijik. Tapi itu bukan rasa yang paling utama. Yang nombor satu, dia rasa malu. Amat malu.

Dia sering mendabik dada. Dialah yang utama. Nombor wahid. Semuanya dia. Bukan kamu atau mereka. Dia nak masyarakat sekeliling pandang tinggi. Biar sampai mendongak. Dia ingin namanya jadi sebutan. Biar sampai berzaman.

Dia tak salahkan sesiapa. Dia tak marahkan sesiapa juga. Dialah yang asyik cakap besar, berlagak sombong. Takbur. Leka dengan nikmat. Lupa dengan hakikat. 

Dia terlupa pesan yang lebih berusia.  Meludah ke langit kelak terkena pada diri sendiri jua.

3 ulasan:

shasha berkata...

Errr...citer pasal org keliling??Atau politik?

Tanpa Nama berkata...

maksudnye?

Kemat berkata...

shasha:
sesiapa sahaja, mereka aatau kita sahaja..boleh terkena pada batang hidung sendiri sebenarnya

tanpa nama:
moral: hati-hati ketika meludah..hehe