Khamis, Mei 26, 2011

Andai Esok Masih Ada, Apa Pintamu Sayang

Datin Khalisha menangis. Teresak-esak. Tanpa henti. Dia kesat air mata dengan hujung lengan bajunya.

"Saya tak sangguplah abang untuk hidup berseorangan. Abang tak boleh tinggalkan saya. Saya tiada dahan tempat bergantung lagi"

Dato' Karim diam. Hanya diam. Sejak pulang dari hospital tadi Dato' Karim hanya mendiamkan diri. Dan Datin Khalisha terus sambung menangis. Sayu dan sebu hati Dato' Karim melihat keadaan isterinya. Mengikut kata doktor, Dato' Karim menghidap kanser ulu hati. Susah nak diubati. Cakap kasar, dah sampai masa untuk dia pergi. Pergi mati.

Dato' Karim tak takut mati. Dia tahu semua orang pasti mati. Cuma dia kasihankan isterinya, Datin Khalisha yang akan tinggal keseorangan selepas kematiannya. Mereka dah dua puluh tahun berumah tangga tapi tidak punyai zuriat cahaya mata.

"Abang. Jika benarlah usia perkenalan kita di dunia ini sudah sampai ke penghujungnya. Berilah peluang untuk saya berbakti untuk tahun-tahun terakhir ini. Penuhi impian abang. Apa sahaja. Katakan. Akan saya rela. Akan saya usahakan sampai dapat" ujar Datin Khalisha dalam sendu dan syahdu.

Dato' Karim diam. Masih berdiam lagi. Lama sebelum dia bersuara.
"Abang nak kahwin satu lagi"

Kali ini esakan Datin Khalisha makin kuat kedengaran. 

6 ulasan:

cik fatihah berkata...

buleh lagi ke??hahahah!!

. berkata...

satu je?

shasha berkata...

Cett!! Sampai ati ek...

zonaku berkata...

idea menarik... supaya datin ada kawan bersembang lepas datuk dah x ada........

:|: TinTa Kibod :|: berkata...

mintak anak angkat kan bgus..
merasa jugak ada anak...dan..
ada gak yg doakan dia bla dh mati nt..huhhh!

*entri baru SETAHUN dia pergi..

Kemat berkata...

cik fatihah:
sekiranya masa juga tak turut cemburu

nizamsani:
1 dulu

shasha:
hajat hati yang tertangguh

zonaku:
iya..itu harapannya

tintakibod:
Dato' nak zuriaat sendiri