Pagi itu
Aku jumpa dia
Berseorangan tidak berteman
Wajah murung hati kosong
Cuma yang masih tersisa
Linangan air mata
Sedu berombak di dada
Menceritakan kisah pilu di jiwa
Siapa kamu gadis muda
Mengapa wajah penuh hiba
Tidakkah tahun baru ini
Menjanjikan sinar baru buat kita
Katanya,
Dia cinta yang ditinggalkan
Setelah maruah diri menjadi korban
Lambang kebebasan hidup keterbukaan
Generasi baru tanpa rasa malu
Gadis muda,
Kamu mungkin sudah dewasa
Namun belum cukup matang untuk mendabik dada
Menentukan haluan hidup sendirian
Tanpa bicara yang tua
Bersendikan adat berpaksikan agama
Gadis muda,
Kau bukan cinta yang ditinggalkan
Kau nafsu buas yang tak pernah puas
Kerna cinta sentiasa bersama
Dan nafsu serakah kawan ketawa sahaja
Gadis muda,
Di teduhan ini
Adalah perhentian
Yang akan dilewati pelbagai kenderaan
Dari pelbagai arah
Menuju ke pelbagai destinasi
Ia bukan stesen terakhir
Penamat kepada perjalanan kamu
Gadis muda,
Berhentilah menangis
Berfikir penuh ketenangan
Disulami keinsafan mengharapkan keampunan
Kau masih punya pilihan
Masih ada kesempatan untuk memperbetulkan kesilapan
Menukar arah haluan jalan
Yang mampu memberikan kamu kebahgiaan
4 ulasan:
semoga gadis Muda belajar sesuatu.
kisah benar di malam tahun baru?
wahh..kita mulakan tahun baru dgn hobi baru abg kemat...berpuisi...yeah!
acik:
seharusnya. dia masih perlu melangkah. harap tak terjatuh kali kedua di jalan yang sama
kehelan:
dan berulang saban tahun
shasha:
heheh
Catat Ulasan