Ahad, Januari 23, 2011

Antik Tetapi Cantik.

Pak Abu penggemar barang antik. Dia punyai banyak koleksi barang antik. Pelbagai alatan perkasas rumah dan perabot antik menjadi koleksi Pak Abu. Dari sekecil jam tangan sehinggalah kepada koleksi kereta antik. Sesekali wartawan majalah dan akhbar akan datang menemuramah dan mengambil gambar Pak Abu untuk keluaran majalah dan akhbar mereka. Pak Abu tidak lokek untuk mempertontonkan koleksi barang antiknya. Yang dijaga penuh cermat dan baik sekali. Pak Abu jadi ikon rakan-rakan dikampungnya yang dalam usia warga emas.

Kata orang kampung, Pak Abu berjiwa 'oldies'. Selain mengumpul koleksi barang antik, Pak Abu amat meminati lagu-lagu dan filem-filem lama. Lagu R.Azmi 'Dari Kerana Mata' sering kedengan dimulutnya. Tiada apa yang menghairankan. Pak Abu sendiri sudah berusia  67 tahun. Dah kira antik juga tu. (Haha).

Cuma yang satu ini. Pak Abu ketepikan semangat 'oldies' dan kegemaran antiknya. Bini muda Pak Abu baru berusia awal 20an. (Cewah). Dan ini menguatkan kedudukan Pak Abu sebagai ikon di kampungnya. Bukan setakat warga emas, anak bujang pun cemburu weh.

2 ulasan:

shasha berkata...

aik? macam penah dgr je cerita ni..sama la situasi nih...

Kemat berkata...

shasha:
hidup penuh klise