Khamis, Januari 20, 2011

14 Hari Selepas Adib Ke Sekolah Baru

Adib dah masuk 7 tahun umurnya. Tahun ini juga, dia melangkah ke alam persekolahan baru. Segalanya menyeronokkan baginya. Kawan-kawan baru. Pakaian seragam dan beg sekolah yang baru. Pengalaman yang baru.

Cuma satu. Yang tidak begitu menyeronokkan buatnya. Yang lebih dinikmati ketika di alam tadika. Adib rindukan bintang. Kadang satu. Kadang dua. Kadang tiga. Malah pernah ada sampai empat.

Cikgu Ita, guru tadikanya rajin berikan tanda bintang pada setiap tugasannya. Baik pada lukisannya, mahupun ketika dia menulis abjad A,B,C dan juga nombor 1,2,3. Lagi banyak bintang lagi buat Adib suka hati. Dan bintang itu akan ditunjukkan pada ayah dan ibunya setiap kali pulang dari tadika.

Tapi di sekolah baru. Darjah 1 Biru. Cikgu Anira (yang asyik benar dengan telefon tangan Blackberrynya) tidak lagi berikan bintang. Baik pada lukisan atau tulisan abjad A,B,C dan juga nombor 1,2,3. Cikgu Anira hanya tinggalkan tanda ibu jari dijempul  ke atas dengan ejaan L.I.K.E. dibawahnya.

 

4 ulasan:

shasha berkata...

hahahahah...LIKE!

ns berkata...

;)..I lIKE..

Amyz! berkata...

Kasihan Adib tak dpt bintang.

Sungguh besar pengaruh FB pada cikgu tersebut. T_T

Kemat berkata...

shasha & gdiz:
jangan lupa jempul ibu jari yer

amyz:
guru generasi FB