Sabtu, Oktober 23, 2010

Orang Bujang. Sayang Kereta Macam Sayang Bini.

Kuala Lumpur. Tengah harinya panas. Sangat.

"Bila parking tengah panas cenggini, cermin tingkap tu, kasi turun sedikit. Baru la tak panas sangat bila naik nanti. Dashboard kereta pun cepat rosak" pesan aku. Pada sepupu. Yang baru beli Kancil second hand.

"Ooooo". Biasalah. Orang baru pegang stereng kereta tak banyak membantah. Apa sahaja tentang kereta yang keluar dari mulut aku. Umpama nasihat berguna. Kalau boleh mahu salin tulis dalam buku nota.

Kuala Lumpur. Petangnya hujan lebat. Sangat.

Terima kasih pada surat khabar yang jadi alas tempat duduk sepanjang perjalanan pulang kami dari Kuala Lumpur petang itu. 

"Kalau dah agak cuaca petang-petang nak hujan, tak yah turunkan cermin tingkap masa parking tadi yer". Ulas sepupu aku. Harap pengalaman kali ini dia tulis dalam buku notanya.
 

4 ulasan:

zonaku berkata...

kalau ada visor x pe la bukak sikit,, hujan x tempias... jgn la kasik pesanan kalau tgk ketanya xder visor...


pemberi nasihat perlu tengok2kan jugak laaaaa

nizamsani berkata...

boleh naik taraf jadi akuarium bergerak.

shasha berkata...

ahaksss....beli la kereta warna putih..tak panas sgt...hahaah

Kemat berkata...

zonaku:
ajar ilmu separuh jalan..hahah

nizamsani:
aku kutip duit sapa nak tengok

shasha:
:)