Jumaat, Oktober 22, 2010

Esok, Jika Kau Jatuh Cinta

Esok, jika kau jatuh cinta
Jangan kau lupa
Pada lusa, tulat dan hari-hari berikutnya
Untuk terus kau suburkan ia
Dengan kasih sayang dan rasa percaya


Esok, jika kau jatuh cinta
Lapangkanlah dada untuk menerima
Bersedialah untuk merasa
Bahgia, kecewa, suka dan duka
Itulah intipati ramuan cinta


Esok, jika kau jatuh cinta
Kenangilah saatnya
Di mana dan bagaimana ia bermula
Permulaan pada sebuah cerita
Yang bakal mengubah hidup kamu seterusnya

Esok, jika kau jatuh cinta
Lafazkan seikhlasnya, ikrarkan penuh setia
Cinta kamu dan dia
Dibina atas landasan ketetapan-Nya

Esok, jika kau jatuh cinta
Kami turut tumpang gembira


6 ulasan:

Amy Z! berkata...

:-)

jgn lupa cemburu, dugaan cinta itu sebenarnya penguat cinta juga.

nizamsani berkata...

esok jika kau jatuh cinta.
lusa belum boleh buat seks lagi.

nikah dulu.

MushroomCute@Mariea berkata...

Hargainya...

shasha berkata...

dimanakah kan ku cari cinta??

sila jawab abg kemat..

adLedash berkata...

saya suka~

Kemat berkata...

amyz:
cemburu boleh tapi jangan terburu-buru

nizam:
lu tulis s...., blog gua jadi hit

mushroomcute:
selamanya

shasha:
ia ada bersama kamu... hilangkan rasa ragu, kamu pasti ketemu

adledash:
macam fesbuk..hhaah