Masa dekat Universiti. Kami tinggal rumah sewa bujang. Jiran kami. Awek-awek universiti. Juga bujang. Anak dara lah maksud aku.
Dan nama berjiran, pasti saling bantu membantu. Bulan puasa, awek-awek universiti merangkap jiran tu ada la hulurkan kuih. "Buat sendiri nie" kata mereka.
Kami. Terima dengan ikhlas. Orang memberi kita merasa.
Sebagai jiran yang baik. Kami sediakan balasan. Agar-agar sirap. Cuma kami tak ada bekas yang sesuai nak letak agar-agar tu. Masa tu, belum ada yang join party tupperware lagi. Kami bikin agar-agar sirap dalam jag plastik. Jag punya lah tinggi, tapi agar-agar cuma 2 inci tinggi. Pandai-pandailah jiran kami tu nak makan macam mana. Kata siswi universiti.
Nota:
- Masa hulurkan agar-agar dalam bekas jag tu, aku terbayang cerita gagak kena masukkan batu untuk minum air.
- Idea Mat Yie lagi hampeh. Konon kreatif la tu letak hirisan cili besar atas agar-agar. Awek-awek tu mengadu "Agar-agar dah la susah nak makan, pedas lak"
4 ulasan:
agar agar dan cili?? biar benar abg kemat..terlampau kreatif tu...
selain agar-agar cili, ada tak agar-agar sayuran lain?terung misalnya.
motip terung?adakah berunsur cinta 100 ela wahai enche nizamsani
shasha:
lelaki bila masuk dapur, kreatifnya terlebih
nizamsani:
errkkk..sayur-sayuran lain dah abis dimakan
tasuke:
atau cinta 100%
Catat Ulasan