"Awak jarang menulis kebelakangan ini"
"Iya. Mungkin kerana saya banyak bercakap"
"Bila bercakap, awak tidak boleh menulis"
"Banyak bercakap, buat saya kurang mendengar. Tidak menjadi pendengar membataskan ilham saya tentang cerita yang boleh disampaikan"
"Bukankah dengan bercakap, meluahkan rasa akan mencetuskan idea dan memulakan pendebatan tentang suatu perkara yang boleh dijadikan cerita"
"Mungkin bagi kamu. Tidak untuk saya. Tanpa mendengar, sukar untuk ditafsirkan apa yang tersirat. Pekikan hati kedengaran umpama bisikan halus di telinga"
Kadang-kadang. Kita perlukan kesunyian. Untuk mendengar suara hati sendiri dan mereka di sekeliling kita. Maaf kawan. Andai bicara kamu tidak diambil endah. Aku masih belajar. Mengenali diri sendiri.
4 ulasan:
Kadang-kadang kita memang ada love-hate relationship untuk menulis. Adakalanya terlalu banjir melimpah-limpah, adakalanya terlalu kemarau kering kontang. Kan?
hmm...takpe..bulan puasa ni mesti saya byk mendengar...sebab nak jimat tenaga daripada bercakap...ahaksss
hhhhhhhhmmmmmmmmmmmmm
biskut & kopi:
aha.. perlu sediakan takungan tika ia banjir dan melimpah.. baru boleh dimanfaatkan semuanya...
shasha:
jom kita jalankan kempen jadi pendengar yang setia
zonaku:
errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Catat Ulasan