Rabu, Ogos 11, 2010

Ramadhan Dah Bermula.

Insan paling jadi tumpuan malam tadi, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah dah buat pengumuman


"1 Ramadhan 1431 H bersamaan dengan 11 Ogos 2010"


Dari kecil sampai besar, aku selalu tertunggu-tunggu 'scene nie'. Pengumuman puasa dan hari raya. Walaupun kalender dah buat jangkaan tarikh mula puasa dan raya, tapi pengumuman rasmi dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tetap juga dinanti orang.


Jadi, jangan ada yang buat-buat lupa. Selamat Menjalani Ibadah Puasa.


Trivia:
1. Antara cita-cita aku masa kecil, nak jadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Kata mak ketika memberi semangat aku untuk berpuasa masa kecil-kecil dulu "Kena rajin puasa kalau nak jadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja". 


2. Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah dah jadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dari aku kecil sampai sekarang. 

5 ulasan:

shasha berkata...

kaaaannnn...saya pun terpikir yg sama tau..tetap la dok depan tv tunggu pengumuman...

. berkata...

Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah nampak kurus.

Bunga Rampai berkata...

Saya macam tu juga.
Dah jadi kebiasaan, untuk meyakinkan.

Salam Ramadhan :)

Cik DIA berkata...

wajib tunggu...
wajib tonton...

dh jadi macam satu kewajipan plak...

tak lengkap posa ngan raya klau tak tgk pengumumam Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tu...

mmg Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah paling glamour tiap kali Ramadhan dan Syawal...

debaran pengumuman posa dh berlalu...
tunggu sebulan dr skrg tu, pengumuman raya plak...

hihihihi....


(",)

Kemat berkata...

shsha, nizamsani, bunga rampai cik dia:

SALAM RAMADHAN, :)