Manisah, anak bongsu dari lapan beradik dalam keluarga Pak Abu. Manisah binti Abu hari ini baru berusia lima tahun. Manisah tidak berpuasa. Manisah belum diajar lagi tentang kewajipan berpuasa. Pernah juga sesekali diceritakan Pak Abu pada Manisah tentang amalan berpuasa, bila Manisah asyik bertanya. Kenapa perlu tunggu azan untuk makan. Padahal selama ini, tiada siapa pernah pedulikan tentang azan. Bila tiba Ramadhan, azan tiba-tiba cukup penting dalam kehidupan keluarganya.
Manisah walau tak berapa faham pengertian puasa suka dengan kehadiran Ramadhan ini. Hujung minggu rumahnya pasti penuh bila seisi keluarga berkumpul berbuka bersama. Pasal hidangannya usah cakaplah, air sahaja ada tiga warna.
Hari ini. Pak Abu beli buah oren sunkist. Ada sepuluh biji semuanya. Manisah suka oren sunkist. Masam manis. Kaya dengan vitamin C (kata iklan kat tivi). Bukan sahaja Manisah. Seluruh keluarga Pak Abu suja akan oren sunkist. Lebih-lebih lagi tiga orang anak terakhir Pak Abu. Termasuklah Manisah.
Manisah walau baru berumur lima tahun pandai juga ilmu kira-kiranya jika dilihat dari cara dia mengagihkan oren sunkist itu untuk setiap ahli keluarganya.
"Sorang satu kan abah" ujarnya pada Pak Abu yang tersenyum melihat Manisah begitu seronok menjinjing beg plastik berisi oren sunkist.
Manisah hari ini tidak berpuasa. Segera dimakannya sebiji oren sunkist bahagiannya. Manisah belum puas. Mula-mula dimakannya bahagian Pak Abu juga Mak Abu. Selepas mereka benarkan Manisha mengambil bahagian mereka. Dan juga dua biji lagi. Dan oren sunkist menjelang petang itu cuma berbaki 5 biji.
"Eh, macam mana nie" tegur kakak Manisah. Anak Pak Abu yang ketujuh.
"Ala... kita kongsi la. Dua orang sebiji" balas Manisah yang nyata belum puas makan oren sunkist.
6 ulasan:
sakit perut nanti makan oren byk2...
eh..tah tah manisah ni abg kemat masa kecik2 tak?
x sakit perut ker banyak sangat tu
apa maksud cerita manisah dan oren sunkist ni kemat?
Tergantung jer jalan cerita. tak berapa nak paham
shasha:
hampirada bau bacang laa..hehhe
zonaku:
itu belakang cerita
lan rambai:
ntah..
tanpa nama:
haha..saya pun bingung fikirkan kesudahannya..percubaan yang tak menjadi
Ok tu. 'Berbuka Puasa Dengan Mak Utih' paling menyentuh kalbu. T.kasih atas ingat en. kemat. Teruskan menulis yer
Catat Ulasan