Khamis, Mei 13, 2010

Siri Membaca Isi Hati Dari SMS

Awek che'gu selalunya akan sms. Mohon kebenaran nak kemana-mana selepas waktu sekolah. Atau minta dibelikan barang.

Aku. Akan balas. Via sms. Ringkas. Kadang-kadang cuma taip huruf K. Sahaja.

Awek che'gu tahu. Aku tengah sibuk lagak Pak Menteri. Atau tiada mood.

Kadang-kadang. Ada juga sms yang dibalas panjang-panjang. Ayat macam dalam novel cinta.

Awek che'gu tahu. Aku tengah goyang kaki kat pejabat. Atau baru dapat selesaikan kerja penting. Atau ada mood untuk bercerita. Atau dia memang tahu. Tahu apa? Itu kamu tak perlu tahu

4 ulasan:

shasha berkata...

hehehe....dia tahu bro sgt jiwang...

Amyz! berkata...

hehe.
biasala.

tapi kalau dibalas dgn ayat ringkas, tambah dengan "i love u"~

lagi manis. :-)

achik berkata...

tapi geram je bila kita sms panjang2 orang tu cuma balas 'k' je.. rasa nak hempuk! ;p

Kemat berkata...

shasha:
harap dia senang dengan karenah saya

amyz:
iya... sangat manis

achik:
haha... rasa rugi kredit pulak ek...