Rabu, Mei 05, 2010

Double Trouble: Sengal Badan Dah Hilang (pada hari ketiga)

1. Member pesan. Dress in black. Etika ke konsert rock katanya. Dalam almari baju aku, baju hitam yang ada petang tu cuma t-shirt hitam yang ada sajak perawan Pyan Habib. Dengan padanan jeans courdroy kegemaran warna cokelat. Ok. Jeans kegemaran aku sebenarnya Lee Cooper warna biru lusuh yang koyak rabak kat lutut tu tapi tak tahu pulak kat mana awek che'gu sorokkan. 

2. Dari Kajang, sempat aku balik rumah mak petang tu kat Sg Buloh dulu. Dalam kereta, dengar kat radio orang dah mula memenuhi perkarangan Bukit Kiara. Giler awal diaorang nie datang. Member "U" pun ada yang sms dah sampai. Cheh, dulu paling liat datang kuliah. Sekarang sejak kerja, dah ada displin masa.

3. Rancangan asal, nak naik feeder bus dari Pusat Bandar Damansara, tapi haram tak nampak pun kelibatnya. Usai solat maghrib, aku ngan member opis henjut ikut Bukit Damansara naik kereta. Baru sampai atas bukit simpang nak turun ke Pusat Sains Negara, kereta dah bersusun. Memang dah agak, susah nak dapat parking dekat ngan tempat konsert. Double trouble punya pasal, kami menapak lebih 1km.

4. Pertama kali sampai Bukit Kiara. Orang dah ramai. Macam pasar malam. Tak tahu mana pintu masuk.

5. Tengok gaya nak masuk konsert yang kena berebut, aku dah syak malam tu memang full house. Ahli politik memang nangis kalau tengok orang sebegini ramai datang dengar ceramah mereka. Confirm menang pilihanraya.

6. DJ Ismahalil (kalau tak silap, aku tak nampak pun, dengar suara jer, rasa ingat lagi kat suara yang dulu-dulu selalu jerit rrrrreeeennntaaakkkk tepat jam 12 malam kat radio) buat sesi panaskan badan. Masa nie dah tak sabar nak tengok Wings dan Search perform.

7. Satu jam setengah pertama. Rasa macam anak muda. Lepas tu, dah tak larat. Ayeem  (member lama jumpa masa konsert) ajar aku keluar. Cari air. Dia pun dah pancit.  Suasana kat dalam tu memang panas dan sesak. Ada 3-4 orang awek yang pengsan kena usung keluar.

8. Dah keluar, nak masuk balik memang susah. Aku ngan Ayeem panjat palang kat belakang jer. Suara Awie dah Amy tak berapa dengar sangat dah dari sini(suara penonton lagi kuat), tapi enjoy gak sebab nampak pentas. Masa kat dalam tadi aku tak nampak pun pentas. Sekali sekala kena melompat nak tengok aksi atas pentas. Nasib ada skrin besar.

9. Sebab aku memang minat Wings lebih sikit dari Search, aku akan cakap Wings terbaik malam tu.

11. Rasanya, inilah kali terakhir gi konsert rock kot. Lepas nie layan Aizat atau M.Nasir kat Istana Budaya jelah.

4 ulasan:

GDIZ berkata...

apa jadi dgn lirik2 yg dihafal tempoh hr?xjadi naik pentas la ek..hhehe.

Kasut Tumit Tinggi berkata...

stamina dah xsama macam dulu² ye bang. heheh..

shasha berkata...

hhahaha...ini baru betul rock kapak! saya pun suka wings dari search

kemat berkata...

gdiz:
simpan..nyanyi kat dalam kete lak...heheh

kasut tumit tinggi:
heheh.. dan season

shasha:
malam tu, joe ngan eddie lebih ligat kalau nak compare ngan kid