Jumaat, Mei 14, 2010

Dalam Serawa (Labu) Ada Cinta

Tiba-tiba teringat pada serawa labu resepi mama. Rasa manisnya. Rasa lemaknya. Ternyata berbeza. Buatkan ia cukup istimewa.

Telefon mama. Tanyakan rahsianya. Serawa labu yang bukan sekadar melahirkan rasa gembira dan kepuasaan di sebalik keenakkannya. Tapi berupaya sekali menghilangkan rasa amarah, benci dan iri hati.

"Emmm... kamu balik ajelah hujung minggu nie. Nanti mama buatkan"
Aku. Masih anak manja mama rupanya.

2 ulasan:

shasha berkata...

alahai...bestnya ada mak...

Kemat berkata...

shasha:
insan yang selalu kita lupakan, yang setiap masa teringatkan kita