Sabtu, Februari 27, 2010

Belum Jadi Ustaz Lagi, Baru Sedikit Keinsafan Diri

Asar. Azan baru sahaja tamat berkumandang. Aku masih di perkarangan rumah. Berbaju melayu, berkain pelikat dan berkopiah putih. Tergesa-gesa menghidupkan enjin kereta.

"Wah ustaz, nak ke surau ker?" tanya en jiran. Yang tiba-tiba muncul. Menjengah dari pagar sebelah.
"Eh, jangan panggil ustaz. Saya pun baru jer nak 'start'. Jom sekali"

Sepanjang pagi Maulidur Rasul, banyak duduk di depan tv sambil berselimut tebal (demam). Terkesan juga dengar tazkirah dan ceramah yang disampaikan. Jarang-jarang aku memakmurkan masjid. Asyik nak memberontak jer hidup nie. Sampai tertukar, antara keutamaan dan kemahuan.

Selasa, Februari 23, 2010

Rahsia Diari Biru III

Hari ini. Hari Keempat. Tanpa cinta. Tawarnya masakan tanpa garam.

-Mat Bon -

Sabtu, Februari 20, 2010

Dari Blog Husna


Hari itu hari Khamis. Pelik juga. Bila buka mata. Jam 8 pagi. Ayah masih ada. Berdengkur di penjuru katil. Dengan kain pelikatnya. Cuti agaknya. Biasalah ayah, asal cuti jer mesti tidur. Jangan harap la nak pergi motong getah awal pagi cenggini.

Mama pun ada kat rumah pagi tu. Masih bercuti. Syok juga jadi cikgu nie. Banyak cuti. Ingat dah besar nanti nak jadi cikgu macam mamalah. Anak murid ramai. Sampai pencen pun orang akan panggil cikgu. Jurutera macam ayah tak best, asyik sibuk jer. Balik malam dengan wajah rungsing dan kepenatan jer.

Jam 9. Ayah dah mandi. Dressing ayah lain macam. Mesti nak keluar nie. Mama pun sama. Cantek betul hari nie. Saya jer. Masih pakai baju dok kat rumah. Walau dah mandi. Tak ranggi lah kalau keluar berjalan pakai macam nie.

Sambil kemas beg pakaian saya, mama dan ayah sibuk berborak. Pasal cerita kat wayang. Saya tak pasti wayang tu apa. Tapi sepupu saya yang pernah pergi wayang ada bercerita, kat situ tv dia besar punya. Takkanlah mama dan ayah nak pergi tengok tv besar. TV kat rumah nie pun dah jarang-jarang tengok.

"Ok. Dah siap. Jom" kata mama. Pada ayah. Cepat-cepat, saya hulur tangan. Minta dukung. Nanti kena tinggal. Tapi, baju tak tukar lagi nie. 

Dalam kereta. Dah mula simpan angan-angan. Kat manalah ayah nak bawak kitaorang berjalan hari ini. Dah nama angan-angan. Susah nak jadi kenyataan. Ingat dapat ikut mama dan ayah, rupanya kena pergi taska hari ini. Alahai. Hari ini. Ayah nak 'dating' ngan mama. Macam orang-orang muda. Jalan berpegangan tangan.

Petang, balik dari taska. Ayah bawa pergi taman. Mungkin ayah rasa bersalah, tinggalkan saya pagi tadi. Walau tamannya cuma kat depan rumah, jarang dapat pergi. Mama kata, nak pergi kena tunggu ayah. Tapi ayah balik dah malam. Petang tu, ayah benarkan saya cuba semua permainan kat situ. Seronok sangat. Mungkin lepas nie, kena tunggu ayah bercuti untuk pergi lagi. 

Oklah. Tak boleh nak online lama-lama. Nanti mama marah pula. Buku pun tak baca lagi hari nie. Ayah lupa agaknya nak ajarkan saya. Tapi jangan lupa, janji ayah nak belikan baju baru, sebab saya jadi anak yang baik, tak menangis ditinggalkan pagi tadi.

Sayang mama. Sayang ayah juga.

Khamis, Februari 18, 2010

Hari Di Mana Dia Mulakan Hidup Baru Dengan Dunia Baru

 

Tahniah. 
Buat adik perempuan aku.
Yang hari ini.
Sudah ada teman baru.

Untuk ditanyakan pendapat.
Ketika perlu membuat pilihan.
Untuk diminta bantuan.
Jika kereta rosak di tengah jalan.

Untuk diluahkan perasaan
Tika hati resah gelisah
Untuk diminta pinjamkan kad kredit
Buat bayaran di atas talian
Apapun,
Kamu.
Masih adik manja kami

Kami yang dahulu
Masih ada untuk kamu
Begitu juga
Harapan kami untuk kamu
Selamat Pengantin Baru
Kami doakan kebahgiaan kamu

Rabu, Februari 10, 2010

Surat-Surat Cinta

Tulis Mat Bon. Dalam surat cintanya pada Esah

"Engkau. Umpama bulan. Cantik berseri. Mengindahkan malam"

Mat Bon tak peduli. Kalau suratnya tak berbalas. Seperti surat-surat terdahulu. Yang penting baginya. Segala isi hati. Perasaan. Pada Esah. Perlu diluahkan. Itulah yang dipelajarinya. Tentang ilmu cinta.

Esah. Macam selalu. Meluat dengan surat yang diterima. Tapi masih sudi membuka dan membacanya. Bukan ingin diketahui isi hati. Mat Bon, jejaka yang mendambakan cintanya. Tapi ingin membaca kata-kata puji. Untuk dirinya.

Petang itu. Tak seperti selalu. Surat cinta Mat Bon berbalas. Biar cuma surat. Bukan cinta. Tapi ini cuma permulaan. Kata Mat Bon pada kawan-kawan. Yang sering mengikuti kisah perjalanannya mengejar cinta Esah.

Dan surat Esah tertulis

"Engkau. Juga seperti bulan. Pipimu yang berjerawat. Seperti permukaan bulan yang tak rata"

Mat Bon kurang pasti. Kenyataan itu kutukan atau isi hati Esah terhadapnya. Biar kawan-kawan turut tumpang ketawa membacanya. Tapi dihatinya, ia suatu tanda. Cintanya mula berbalas. Kalaupun ia kutukan, ia tetap indah. Pujuk Mat Bon dalam hatinya.

Isnin, Februari 08, 2010

Cinta Perlukan 'Chemistry'

"Betul ker cinta perlukan chemistry" tanya seorang rakan. Yang masih bujang. Belum berpunya.

"Mestilah. Cinta perlukan ikatan. Ada chemistry. Ada ikatan" balas aku. Lagak sang arjuna cinta.

"Macammana nak cari chemistry dalam cinta tu. Susahlah. Dah ramai aku berkawan. Kata mereka. Kami tiada chemistry

"Hah. Engkau dah bertanya pada orang yang seharusnya. Kemat si Raja Percintaan" sambil tersenyum lebar (tanda bangga diri). "Aku boleh tolong engkau dapatkan chemistry. Taklah susah sangat. Yang penting kena usaha. Dan doa agar campuran chemistry engkau tu betul" sambung aku lagi selepas meneguk teh tarik di gelas depan.


"Cayalah Mat. Ini macam kawan. Aku belanja engkau makan. Err.. camner dapat chemistry dalam cinta engkau. Kongsilah sikit" 


"Senang jer. Aku kawen ngan cikgu kimia" 

"Cheh"

Jumaat, Februari 05, 2010

Mencari Hikmah Pada Jumaat Penghulu Hari

Belum jam 7 pagi. Awek che'gu dah telefon. Mesti nak berpesan tentang Husna. Yang perlu disampaikan kepada pengasuhnya di taska. Demam Husna sedikit kebah. Tapi kami masih memerhati. Dan berhati-hati.

"Kereta rosak la selepas tol Sg Besi. Betul-betul kat depan Nirvana tu" kata awek che'gu.

Segera aku angkat Husna yang masih lena tidur. Dan kami bergegas keluar rumah. Singgah di taskanya. Meninggalkan pesan tentang perihal ubat dan keperluannya yang lain pada pengasuhnya.

7.20 - keluar dari tol Sg Besi. 
7.45 - sampai di tempat kejadian. Jalan di sekitar Desa Petaling. Macam selalu. Sesak. Dan kereta awek che'gu menambah alasan pada kesesakan itu. Setelah puas dicuba, sah clutch dah abis. Panggilkan tow truck guna khidmat Etiqa Autoassist. Dah bayar insurans mahal-mahal, kecemasan beginilah gunanya (percuma towing 50km pertama).
8.00 - kami bertukar kereta. Minta awek che'gu terus ke sekolah guna kereta aku. Memang dah terlambat. Nak bercuti, dah 3 hari awek che'gu ambil cuti jaga Husna. Kali ini aku pikul tanggungjawab urusan kereta ini.
8.45 - Tow truck sampai. 10 minit selepas abang-abang jaga highway datang tolong kawal trafik (terima kasih.... maaf kami sesakkan keadaan pagi ini)
9.15 - sampai bengkel. Belum buka. Minum dulu. Kata driver tow truck
9.45 - tokey bengkel sampai. Kat warung kami minum. Alas perut kata tokey bengkel. Baru leh kerja.
10.00 - bergerak ke bengkel. Belek-belek. Sah masalah clutch. Barang tak ader. Order baru dulu
10.45 - Barang sampai. Tokey belekbelek spare part yang dihantar. Jenis yang dihantar tak ngam. Tak leh masuk. Tokey kedai marah-marah. Kat telefon. Pada kedai  yang dia order tadi. Aku marah-marah. Kat dalam hati. Cam selalu.

11.15 - Barang sampai. Terus dikerjakan.
12.30 - selesai. wang bertukar tangan.

Lepas solat Jumaat, ingat nak makan. Tokey buat pagar telefon. Nak repair pagar rumah. Mood kerja dah tak ada. Minta tokey pagar datang rumah. SMS enche bos. Minta EL. Separuh hari dah hilang pun

Dapat pesanan. Hujung minggu ini. Perlu berkampung di pejabat. Siapkan tugasan. Alahai,



Rabu, Februari 03, 2010

Hari Ini Masih Suram

Doa ayah.
Pada Tuhan.
Moga kamu cepat sembuh.

Rumah kita.
Suram.
Tanpa senyumanmu sayang.

Isnin, Februari 01, 2010

Terjah (edisi rumah Kemat)

Selamat Hari Wilayah. Pada yang membayar zakat pendapatan di Wilayah Persekutuan, pasti seronok bercuti hari ini. Hari ini aku kira hari yang menggembirakan bagi kebanyakan orang Wilayah Persekutuan Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur. Wilayah Pembangunan Iskandar dan Wilayah Celcom pun leh tumpang gembira jika mahu.

Cuti hari nie. Hajatnya nak berekperimentasi dengan kamera di luar. Kenangkan Husna yang tak berapa sihat, aku layankan karenahnya di rumah sahaja sambil2 godek entri lama dan terjumpa permainan tag "5 benda dalam rumah kamu yang paling menarik". Dah lama sangat kene tag. Bukan tak sudi membalas, cuma masa tu aku masih bujang. Dan harta yang aku ada dalam flat sewa bujang itu cuma almari pakaian jenis kain (beli kat pasar malam), bantal dan tikar sebagai alas tidur. Macam mana nak buat tag 5 benda paling menarik. Leh jatuh saham aku yang masa tu masih tercari-cari awek yang sudi temankan makan mee goreng bawah pokok ketapang kalau sekadar tunjukkan bantal dan tikar alas tidur jer.

Hari ini. Sambil mendokong Husna keliling rumah, sempat aku senaraikan 5 benda dalam rumah yang paling menarik.
Tuan-tuan dan puan-puan. Saya bongkarkan 5 benda paling menarik di rumah Kemat.

1. Shower + Water Heater
Kalau dulu, aku mandi pagi sepuluh minit. 9 minit termenung. Setengah minit pasang air. Setengah minit lagi mandi.

Sejak ada pemanas air nie, selamba jer sepuluh minit tu dok bawak shower. Kalau tengah layan lagi, sempat gak abiskan nyanyi 2-3 lagu M.Nasir.








2. Penghawa dingin.
Malas nak ambil gambar. Korang google jelah air cond 1.0hp jenama York. Bendalah nie adalah 2-3 kali buat aku hampir terbabas Subuh di hujung minggu.Selain memudahkan Husna tidur, bendalah juga berjaya meningkatkan pendapatan TNB setiap bulan.

3. TV
  Koman sangat kalau aku cakap rumah aku tak ada tv. Macam mana nak layan gossip Melodi di hujung minggu. TV rumah aku tak adalah besar sangat. Korang tengok saiz remote control pun dah tahu.
 












4. Talian internet
Kalau benda ajaib nie tak nyala berkelip-kelip, sasau aku dibuatnya.
5. Err.. aku letak empat jelah. Malas nak bercerita lagi. Tapi ada satu benda yang aku tengok jiran kiri kanan semua dah pasang. Bikin aku jeles jer. Aku tengah buat akaun kira imbang. Kalau ada baki lagi memang hujung bulan nie aku rembat jugak.


 
Kalau tak cukup bajet gak, aku gantung kuali dulu lah.