Dah selesai tugas, kamu hanya perlu flush dan hasil buangan itu akan segera lenyap dari pandangan mata. Hilang bersama masalah dan rasa marah. Satu terapi yang berkesan di pagi hari. Kamu melangkah keluar dari bilik air dengan wajah kelegaan sambil menyanyi tanda kepuasan ketika kamu lupa akan doa adalah yang sewajarnya kamu lafazkan.
Kamu mungkin berfikir tugasan kamu selesai setelah tali pam itu kamu tarik, kamu curah dengan air dari baldi merah. Benar ia bukan lagi urusan kamu. Kamu sememangnya tak pernah pedulikan apa yg berlaku selepas itu. Habis madu sepah dibuang. Kemana perginya buangan itu, di mana berakhirnya riwayat buangan itu, apakah buangan itu selamat sampai ke destinasinya. Ya, kamu sememangnya tak perlu tahu. Peduli apa dengan benda yang kamu sendiri sudah tidak inginkan lagi.
Belum sempat tangan kiri itu kering, abg posto dah selitkan bil pembetungan pada pintu pagar kamu. Di pagi hari. Ya, abang posto itu sudah bekerja seawal pagi tika kamu masih berangan dalam bilik yg besarnya cuma 3 kaki itu. Lagu gembira kamu bertukar nada tatkala mata memerhatikan jumlah yang perlu dibayar. Kamu merungut. Bahan buangan seperti itu pun turut dikenakan bayaran. Walaupun harganya lebih murah dari sekotak rokok yg puntungnya turut kamu buang ke dalam lubang keramat marmar putih itu. Bil pembetungan itu kamu biarkan saja di atas tv 29 inci seperti selalu.
Di warung mamak, sambil mulut meneguk teh tarik dan mata meliar menyaksikan awek2 kota bertudung manis berbaju ketat, kamu berhujah tentang sungai yg semakin tercemar, tentang rumah ibu mertuamu yang bertentangan dengan loji buangan itu, tentang penutup lurang besi yang acapkali hilang dicuri. Kamu dengan yakin mengkritik mereka yang menjaga 'jamban' itu selayaknya turut 'dijambankan' kerana perkara buangan semudah itu tidak mampu dilupuskan. Tapi kamu lupa, mana mungkin urusan jamban itu diselesaikan tanpa kamu jelaskan ongkosnya.
Hari ini kamu masih belum mengerti mengapa perlu kamu bayar untuk semua ini. Tapi bila cucu2 kamu mula menyalahkan kamu pada puluhan tahun yang mendatang atas kegagalan kamu menjaga jamban itu, kamu pasti malu. Kamu bukan lagi warga dunia maju jika mentaliti kamu seperti dulu.

Ini entri kitar semula. Sempena Sambutan Hari Air Sedunia dengan temanya "Sanitasi". Ia pernah diterbitkan di blog ini (juga boleh rujuk ini) semasa kami bereksperimen tentang blog, ideologi dan pengaruhnya.
12 ulasan:
ko ngan neeziee takde plan nak kuarkan album duet lagi ke? ekekekek.
n3 pun main kitar semula gak yek... :)
haa..baru glemer sikit jpp bila en.kemat kuarkan n3 pasal ni.
klasik ni.aku suka.blog aku yang itu pun dah tak wujud lagi.huhu.
Bil indah water rumah sewaku baru je tuan rumah setelkan, itu pon setelah dapat surat lawyer.hehe...
Mcm iklan syarikat pembentungan nasional je.
fuh.. terkedepan betul ni.. ermm.. lps ni kompem lg lama dok 'dlm' tu, sambil berfikir jugek. hehe.
salam-salam :)
tak larat dah sye nak mkn meggi itik sye masak nih...
Terapi eh? Kena cuba nih. ;-p
haha.. alah.. jgn berkira sgt.. :P
Selamat Menyambut hari Air Sedunia. Peace!
cikin:
tak cukup praktis lagi...suara baru tahap anuar zain, tapi kami tak puas lagi, nak kasi power lagi..hehhe
tasikmerah:
jimat...hehe
gdiz:
tanggungjawab...
neeziee:
tu lah..aku linkkan..pastu bila try baru tau dah tak leh bukak
sukabebel:
selesai sudah...
samurai:
kamu teringatkan Gibran...
masy:
lepak lama2..takper..cuma jangan
lupa bayar jer
meo188:
kenapa tak abiskan dulu megi tu
phu ying:
sila sila
qasiehfirdaus:
oo..ini perlu nie
penyubiru:
tanpa air bersih, susah penyu nnti
Catat Ulasan