Selasa, Julai 29, 2008

Mari Bercuti

Sekali sekala layan cuti memang best. Bagi merawat fikiran aku yang bercelaru dan jiwa yang mula memberontak dalam hal berkaitan kerja. 2 hari (kelmarin dan hari ini) memang tak cukup. Ingat nak sambung lagi satu hari. Sebab adik aku masih belum tamat 'course medic' dan aku tak kenal mana2 doktor yang boleh bagi MC dengan alasan 'sakit malas kerja', rasanya esok perlulah bangun mandi di awal pagi untuk pergi kerja.

Hari pertama. Aku selesaikan segala urusan berkaitan peribadi yang sudah sekian lama tertangguh e.g wat alignment kete, pegi klinik, bayar bil, kemas rumah, layan wanita hari ini dan lain-lain lagi.

Hari kedua. Lepas setel 'check up' kete awek che'gu, terus gerak gi Kolumpo. Mula2 ingat nak pekena ayam kampung kat Kg Baru. Entah kenapa tiba2 terasa nak ke library sebaik sajer nampak bangunan kaler biru kat Jalan Tun Razak tu.

Rasa macam budak sekolah pulak pergi lepak kat library. Sekarang Perpustakaan Negara pakai mykad jer. Senang. Untuk yang ingin mendaftar dan baharui keahlian.

Aku geleng2 kepala. Macam manalah aku terfikir nak ke sini. Kalau bujang dulu lainlah, leh usha dan ngorat awek 'ulat buku'. Tiba-tiba ada sorang awek tegur aku. "Bang, lenkali tak leh pakai jeans yang koyak nie. Selipar jamban pun tak leh pakai. Kena kemas sikit masuk library". Heheh. aku cuma senyum sambil angguk tanda setuju. Bukan pada lamarannya. Tapi tegurannya. Nasib awek petugas library tu tak halau aku keluar.

Sebelah petang, hati masih tak tenteram. Dah 4 hari aku tak berblog rupanya. Terus gerak pergi cc kat kawasan rumah aku.

Wah ramai sekali budak budak bawah umur. Budak sekolah rendah pun ada. Rasanya dalam cc nie, aku sorang jer dok layan blog, masuk website sana dan sini, lain lain (yang 95% budak2 sekolah) sibuk dok layan main game. Aku lak rasa malu. Tak ikut trend depa. Mesti budak2 nie kutuk aku. "Apa la brader nie, baca paper kat pc, tak happening langsung"

"Takpelah Ini zaman korang. Zaman aku dah berlalu. Nasib skill main game 20 sen aku dah berkarat, kalau tak nak gak aku ajak diaorang berentap. "

Aku tak berapa kisah diaorang lepak kat cc. Yelah. Mak bapak diaorang pun tak kisah. Kenapa aku yang perlu ambil peduli. Yang aku tak tahan, asyik-ayik mencarut jer budak-budak nie. Kalah main game jer mencarut. Kena tembak jer mencarut. Aku jegil2 biji mata pun diaorang tak paham. Aku bukan la baik sangat. Masa kerja kat construction site bertahun yang lalu, aku boleh maki dalam 3 bahasa. Cuma sekarang jer dah tak dipraktikkan lagi.

Kalau UMNO dah PAS nak bermuqabalah atas sebab penyatuan bangsa Melayu, aku rasa perlu difikirkan juga 'generasi baru' dalam pembentukan kini. Ke mana arahnya. Hilang atau terbilang.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

he...pki jeans koyak n slipar jmbn g lib...sempoi..:-p

Tanpa Nama berkata...

Mak bapak tak sempat nak ambik peduli, sibuk sangat mengejar harta dunia. Jumpa sekali sehari kat rumah pun dah kira beruntung.

Alahai~

akirasuri berkata...

Hahak!
Awat tak ajak awek Chegu pi deting sekali dekat library.. Terasa macam zaman kampus gitu..

Heheh.. :)

Amiene Rev berkata...

Rupa-rupanya jika kita berasa tidak tenteram, adalah kerana kita sudah lama tidak berblog.

Hm... ajaran si lipan ini bagus juga dipraktikkan!

Tanpa Nama berkata...

errr....kena pakai smart² ke nk masuk library?? kalo camtu mereka² yg ala² selekeh..yg minat membaca tp cuma mampu beli slipar je utk ke mana²...xleh masuk library aaa??

::mcm ada diskriminasi di sini::

Tanpa Nama berkata...

macam kat library kampus aku jugak. kena pakai kasut bertutup atau sandal bertali belakang. no selipar jepun.

Tanpa Nama berkata...

bukan diskriminasi atau apa2 yg sewaktu dgnnya tapi library kan tempat mulia....gedung ilmu jadi kena sesuai dgn keadaan la.
bukan perlu smart pun cuma kena kemas. Semua library mcm tu.

Unknown berkata...

game 20 sen tu game arcade ke? aku gila arcade kapal terbang tu..

Kemat berkata...

syida:
hehe

phu ying:
zaman mendatang pasti lebih kuat dugaannya

akirasuri:
hehe..cinta kuliah...

amienerev:
nat wat camner dah ketagih berblog..hehe

fafarafa:
bukan diskriminasi, nak jaga keharmonian library...

cikin:
ko rasa kalau kat negara Jepun depa bagi pakai tak selipar Jepun

azriey:
pakai jenas aku rasa ok lagi, tapai kalau ada yng pakai menjolok mata, camner yg lain nak membaca

penoreh getah:
aha... ada berani..2 kupang jer modal

Cinta berkata...

memang sedih..selalu juga dengar remaja mencarut(shit, dam it, puki, cilaka, cibai, siak, babi!)...huhu kan lebih bahik beristigfar, memuji Allah atau mensyukuri Allah..erk..leh ke guna tika men game ek? :D

Kemat berkata...

cinta:
berzikir memuji kebesaran Allah itu yang sepatutnya