Khamis, Julai 24, 2008

Lubang Keramat

Pagi-pagi. Dengar suaranya menyumpah-nyumpah. Pada lubang keramat. Gelaran yang diberikan pada lubang dihujung marmar putih itu. Lubang yang kadang-kadang jernih, kadang-kadang berkelodak warna coklat pekat dan kehitaman. Tiada siapa yang ingin memandang.

Pagi itu. Sekali lagi. Lubang keramat itu mengikis hartanya. Satu persatu. Dulu jam tangan ’Petaling Street’. Pernah henpon ’tiga dua sekupang’. Juga cincin batu delima. Terbaru cermin mata bingkai hitam.

Ah. Dia terlalu takut. Mencemar suci tangan kiri. Walhal tangan itu telah lama dikotori.

Cepat-cepat tangan yang satu menarik tali cangkuk. Dan air dari takungan marmar putih menenggelamkan semuanya. Membawa hartanya ke dunia yang lain.

Lubang keramat kembali jernih. Tiada lagi kelihatan. Kelibat harta kesayangan. Yang tinggal cuma kekesalan. Yang baru berdetik.

12 ulasan:

p.e.e.p.a berkata...

yek =P

jagoan berkata...

Tak perlu aku memahaminya kot :D

Brader Black berkata...

cuai sgt ko ni bang.

Chika Chika berkata...

erk.
mula2 tak faham.
baca lagik.
okek.
faham sket.

Tanpa Nama berkata...

waa.. untung ko Kemat. Dapat bergaya dengan barang baru lagi

tasekM berkata...

aku pernah terjatuh cermin mata dlm lubang keramat tu... alahai...

Intan and The Boys berkata...

ciannyeeeeeeee...

ns berkata...

Pengajarannya - sebelum duduk kat lubang keramat tu tanggalkan apa yg ada dulu.Togel jer.

ikhtiarnya- erk..mungkin boleh suh iwk carikan ke..

Tanpa Nama berkata...

isk.. aku pon penah kehilangan hanphone, terjatuh di lubang keramat itu. :(

Miann'z berkata...

baca dua kali baru paham apa itu lubang kramat...hehehehe

adie berkata...

Jgn ko mintak aku bayangkan.NO!

Kemat berkata...

peepa:
yarkss....

ahtok:
terserah anda

sikachak:
bukan aku ler..tapi 'dia'

chika:
kena baca penuh penghayatan..feel..feel..hehe

saad:
'dia'

tasik merah:
amik balik tak

puterikure2:
huhhu

gdiz:
wohooo

cikin:
agak2 ader line tak kat 'dalam tu'..hehe

mianz:
keramat betul tu

penyubiru:
tak perlu bayang, kamu dah tahu