Rabu, Julai 02, 2008

Exam : Nota

Bila nak exam, biasanya masa nielah aku baru sibuk-sibuk nak cari nota. Bukan nota sendiri tak ada, tapi aku pun dah tak percaya pada apa yang aku sendiri salin dan tulis. Yelah, dahla selalu ponteng, nota jadi lompang. Kadang-kadang ada tersesat lirik lagu kat nota aku.

Nak tak nak, kena pinjam. Ngan saper. Saper yang sudi tolong. Huh.

Manusia hidup berpasangan. Walaupun aku bukan berpasangan dengannya. Dialah yang selalu tolong pinjamkan aku notanya. Perempuan. Sudah tentu kemas dan menarik sekali notanya. Berwarna-warni. Oh ya, sudah tentu dia Mas.

Mas tak pernah lokek. Asal aku mintak jer mesti dia kasi walaupun pasti akan dileterinya aku untuk berubah sikap setiap kali dipinjamkannya nota.

Aku berubah. Heh. Dalam dia baik tolong aku, selalu jugak aku susahkan dia. Ada sekali aku conteng kat nota dia "Mas sayang Kemat". Konon-kononnya dia yang tulis. Yelah nota dia kan. Mas tak perasan apa-apa masa aku pulangkan notanya. Sehinggalah bila ada orang lain nak pinjam notanya terperasan ayat tu.
Kecoh kejap gossip panas nie. Nasib Mas tau perangai giler aku nie. Walaupun marah, dia tetap maafkan aku.

Sekarang tak susah sangat. Sebab buku banyak. Dan nota bertaip pun ada. Tak cukup dengan pinjam dari kawan-kawan, boleh je muat turun dari internet. Lecehnya, semua nota nie meleret-leret. Macam karangan. Bila baca jer mesti ngantuk giler.

Huh. Kat mana aku nak cari semangat baca nota nie. Kalau baca blook sehari jer dah leh abis. Alahai.

Aku ingat nak paksa awek che’gu baca sama-sama ngan aku. Tak pun suruh dia baca pastu terangkan kat aku. Eh, sapa yang nak amik exam nie. Biarlah, dia kan cikgu. Hoho. Rasa macam dah jumpa sikit jalan penyelesaian.

10 ulasan:

ns berkata...

Tak baik mendera org yang berbadan dua tau...lallallalaaaa..;p

Intan and The Boys berkata...

hehhee...

Tanpa Nama berkata...

kesian Awek Che'gu. kat sekolah jadi cekgu.. kat rumah pun kena jadi cekgu.

btw, baper gaji en kemat bayar pd Awek Che'gu utk tuisyen tu ye?ekekeke..

Tanpa Nama berkata...

exam ptk ke?
ke ambik outcamp?
apapun good luck :)

achik berkata...

apsal nota tak buat point2 je kan.. xyah la jenuh nak baca ayat meleret2.. hehe.. ;p

tasekM berkata...

bro, rebus nota tu... minum airnya... tak payah baca..

ha ha.

ko amik master ker bro?

Sir Mute Key Chicks berkata...

oit.asal cikgu jer kena tolong org lain ker.hahaha

Kemat berkata...

gdiz:
bukan mendera, bekerjasama..

puterukure2:
:)

cikin:
kena belanja makan jer

azriey:
pitikay

achik:
baca yg pendek2 cam power point tu tak paham plak

tasikmerah:
master..huh, tu lagi susah tu..tak lah

semut:
cikgukan umpama lilin

Tanpa Nama berkata...

Salah satu kaedah budak sekolah nak tekel awek ialah dengan pinjam buku awek tu pastu letak surat atau note kat dalam tu bersama dengan kontek number.

Kemat berkata...

mazudi:
heh, tips yg baik