Masa aku darjah enam, ada buat pertandingan debat antara kelas. Biasalah, aku pasti tercalon sebagai salah satu dari 3 orang yang akan berhujah untuk kelas kami. Bukan kerana aku petah bercakap, tapi aku mampu menyebut perkataan dalam bahasa Melayu baku dengan betul dan fasih (biasalah, aku orang luar yang bersekolah di negeri Kelantan. Orang Kelantan boleh diteka dari loghat pertuturannya. Itulah yang menjadi identiti anak watan Kelantan yang sememangnya perlu dibanggakan. Kasih sayang mereka pada bumi Cik Siti Wan Kembang tak pernah hilang)
Format pertandingan. Satu kumpulan pencadang. Satu pembangkang. Setiap orang diberi peluang berhujah sekali, memberikan usul-usul menyokong hujah jua mematahkan hujah lawan. Dan ketua kumpulan akan menggulung hujah masing-masing di sesi akhir debat.
Hari itu. Kami diberi tajuk "Hari ini Membentuk Kerajaan. Esok Turun Harga Minyak" . Cheh. Tidaklah. Kami cuma murid sekolah rendah. Belum boleh berhujah soal yang begitu rumit. Sedangkan mereka yang pegang jawatan besar kat Universiti pun belum tentu dapat berhujah dengan baik persoalan ini. Tanya soalan pun dah failed.
Tajuk kami "Televisyen Lebih Banyak Keburukan Dari Kebaikan”" Kumpulan kami jadi pencadang aka penyokong kepada tajuk ini. Aku bantah. Macam mana nak sokong sebab aku sendiri memang minat giler tengok tv. Sanggup ponteng kelas tambahan petang sebab nak layan Maero Attack, Chiaki si Pramugari, juga siri-siri Ultraman, Semut Merah, Gaban, Robotech dan bermacam lagi.
Pujuk guru kelas kami. Kamu boleh. Semua perkara ada baik dan buruknya. Ia bergantung kepada cara bagaimana kamu melihat dan mentafsirnya. Lagipun, ia cuma sesi perdebatan di sekolah sahaja. Kamu tidak akan dicop sebagai anti televisyen. Tanpa menafikan kebaikan di sebalik televisyen, kamu lontarkan persoalan tentang keburukannya, kelemahannya. Pesan cikgu lagi. Ingat. Berhujah tentang keburukan televisyen sahaja. Bukan lawan debat kamu.
Nota:

Masa sekolah menengah. Aku juga aktif dalam sesi debat. Jadi tukang jaga loceng.
"Ting" sekali di awal sesi untuk permulaan hujah.
"Ting" sekali sebagai tanda peringatan untuk masa berhujah hampir tamat.
"Ting...ting" dua kali sebagai tamat masa berhujah. Segala hujah selepas itu tidak diambil kira. Malah kena tolak markah pula.
12 ulasan:
Dulu ada masuk debat. Tajuk : Kelebihan Media Cetak.
Haha.
aku suka cerita suria perkasa hitam.
Aku ingat aku sorang je layan Maero Attack. Rupanya ada juga makhluk yang layan. Hehe...
Gua pun masuk debat.
Wakil sekolah yang dikata underdog.
Memang pun, gua kalah pusingan kedua. Haha...
Siapa punya ide entah pilih gua.
Tapi walaupun team gua kalah, gua tak serang pendebat, gua guna facts & figure! Haha!
masa darjah 6 aku pon penah jadi wakil debat sekolah. tajuk yang sama dan jadi wakil yang sama (pencadang). tapi kalah akhirnya. kalah sebab aku kot (penghujah pertama & penggulung hujah). aku ni harap bising je dalam kelas tp dpn orang menggigil macam kena bercakap depan hantu. hahahhaa...
hehe.. citarasa program televisyen kau diwaktu pulang sekolah tu sama laa dengan aku.. agak2 kalau maero attack di ulang tyg semula dlm tv mahu ada aku halfday keje hari2..
boleh lah debat ngan sabrie...hehehee...
ting tong!
Masa debat dulu kalau air liur dok bertepet kt tepi bibir, en kemat sapu dengan lidah jgk ke..
amyz:
sekarang nie kalau budak sekolah rendah buat debat, leh pakai tajuk kelebihan weblog berbanding media cetak..
neeziee:
motor dia best...
ah tok:
wakil sekolah..hebat tu
cikin:
amacam sekarang, ada berani berdebat di khalyak ramai????
penoreh getah:
biar dari tempat berbeza, kita berkongsi kegemaran yg sama
cikdinz:
hehe..nak depat ngan naib cancelor lah dulu
tasik merah:
tong ting
anonymous:
lap ngan lengan baju jer..hehe
same la kite...minat glez ngan maero attack 2...terngiang2 g lagu tema dier smpi skrg...
kemat layan maero attack yer...
hihi... sama laaaa:)
syida:
summersault berpusing..heheh
skidg8:
zaman kanak2 semua hampir serupa
Catat Ulasan