Khamis, Mei 29, 2008

Soal dan Jawab

Kadang-kadang kita tertanya-tanya
Kenapa, mengapa
Dia begitu, seperti itu, berbuat begitu

Tapi selalunya
Kita tidak lontarkan saja
Soalan itu terus padanya

Kita lebih senang
Membuat anggapan sahaja
Dan biarkan ia menjadi tanda tanya

Mungkin kerana malu, segan
Atau malas nak banyak bicara
Biarkan sahaja dia begitu, seperti itu, berbuat begitu

Lalu
Apa saja yang menjadi persoalan
Kekal tanpa jawapan

Rabu, Mei 28, 2008

Kencing Malam

Di petik dari koleksi petua mengelakkan anak kencing malam

1. Jika anak anda selalu saja kencing malam, cubalah jangan memberinya minum bila hampir waktu tidur atau latihlah ia bangun bila merasa hampir hendak kencing. Sekiranya caranya tidak berjaya ibu-ibu boleh gunakan minyak zaitun yang disuamkan dan kemudian sapu dibahagian ari-arinya. Cubalah beberapa malam. Jika tidak ada minyak ini gantikan dengan halba yang dipanaskan, balut dengan kain dan tuan di ari-arinya.

2. Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya di sebelah pagi dan sebelum masuk tidur.

Err…. kalau bapak budak kencing malam…..

Selasa, Mei 27, 2008

Love is Cinta

Opppss…. Hampir terlupa. Ada lagi kerja rumah yang belum diselesaikan. Ya, adik-adik, seeloknya kerja sekolah diselesaikan di awal cuti, barulah boleh bercuti dengan hati yang senang. Tidaklah diakhir nanti kelam-kabut nak selesaikan.

Aku kena tagged. Ada la suatu ketika dulu. Dengan aweks nie. Orang Melayu, dijual pantun harus dibeli. Ada yang mengajak belanja makan, jangan ditolak rezeki.

Soalnya berkisar tentang cinta. Mudah. Sebab aku kan raja percintaan. Hahaha. Susahnya soalan dalam bahasa omputeh. Ilmu chenta dalam omputeh aku cuma belajar “I love you”.

1. What does true love mean to you?
Percaya, memahami dan bertanggungjawab.

2. How do you know you're really in love?
Bila kita perlukan seseorang untuk berada di sisi hanya untuk menemani. Biar tanpa bicara kehadirannya menenangkan jiwa.

3. How many times in your life have you fallen in love?
Kamu maksudkan cinta monyet, cinta bertepuk sebelah tangan, cinta tak kesampaian. Barang yang lepas usah dikenang.

4. Have you ever fallen out of true love because you were mad at the moment?
Tidak. Cinta selalunya menenangkan.

5.Do you feel love and physical attraction are the same thing?
Jujurnya soalan ini kurang difahami. Tidak, adalah lebih dekat dengan pemahaman ini.

6. If your true love became ill or disfigured would you continue to love them the same way?
Sudah pasti.

7. Should anyone else be able to tell you who to love or not love?
Bila sudah kemaruk cinta, sukar untuk orang lain menjadi hakim pada jalan yang dipilih. Namun tidak bererti segala nasihat dan panduan yang diberikan dibiarkan begitu sahaja. Kebanyakannya kita menerima apatah lagi yang memberi tunjuk ajar mereka yang kita hormati, cuma bukan dengan tergesa-gesa. Entahlah kerana cinta atau ego sebenarnya.

8. Do you believe people that ended up divorced were ever truly in love?
Kadang-kadang kita tak berpeluang memiliki sepenuhnya yang kita cintai.

9. Would you give up something you want for someone you love?
Yang membahagiakannya itu yang diutamakan.

Isnin, Mei 26, 2008

Cuti Sekolah

Lepas solat Subuh tadi, aku masih bersenggang. Walaupun jam dah pukul 7, tak ader tanda nak bersiap-siap ke opis.

Awek Che'gu tanya. Aku amik cuti ker. Mungkin dia nak ajak aku pegi shopping. Yelah gaji baru masuk.

Aku cakap kot yer pun tak kan awal2 pagi di hari Ahad nie nak pergi. Kedai kain baru JAKEL kat Jalan TAR pun lom bukak lagi.

Tiba-tiba aku melompat dengan pantas bila dia ingatkan aku hari nie hari Isnin, cuti sekolah. Sebab tu dia pun tak bersiap-siap lagi.

Camner aku leh tak perasan lak. Nasib cuti sekolah. Jalan clear. Keluar lambat pun tak sangkut. Waa.. aku suka cuti sekolah…..

Jumaat, Mei 23, 2008

Bila Khatib Berbicara

“Canggih betul kan….”

“Apa yang canggih”

“Khutbah Jumaat laa.. sekarang khatib bukan sekadar baca teks khutbah jer, dah ada slide power point sekali. Canggih betul pengurusan masjid sekarang"

“Err.. masjid mana..kat kampung ngko ker”

“Cheh, nie mesti kes tidur masa khutbah nie. Kat masjid kita solat tadi la..”

“Aku rasa nie kali pertama ko tak tidur masa khutbah kot. Dah lama la masjid sini sediakan slide power point masa khutbah Jumaat. Dah bertahun dah…”

“Heh.. yer ker.. tak perasan… selalu dok kat luar beranda jer..hari nie leh masuk dalam lak..”

Tajuk khutbah hari ini : Cinta Terlarang.

Intisari : Hubungan cinta terlarang yang merosakkan kehidupan. Atas nama dan alasan cinta, semuanya dibolehkan.. segalanya dikorbankan.

Khamis, Mei 22, 2008

Merah Suka Biru Duka

Penyokong kipas susah mati MU tentu senyum bangga hari ini. Walaupun terpaksa datang kerja dengan mata yang merah, mereka puas dan tak sabar-sabar nak bercerita tentang kenangan manis awal pagi tadi. Atau ada yang cuti, amik MC ganti tidur di siang hari.

Untung aku sokong Liverpool, boleh tidur lena malam tadi. Lagipun rumah flat aku tiada Astro. Tak de kuasa aku nak menapak ke kedai mamak semata-mata nak tengok MU robekkan hati penyokong Chelsea.

Subuh tadi, awek Che'gu bagitau ada 2 sms aku terima. Aku suruh tengokkan dari sapa. Nik dan Muz katanya. "Oh.. sudah tentu MU yang menang" kata aku dengan yakin tanpa menyuruh pun awek Che'gu membacanya.

Aku harap Anelka dan Terry tak terima peluru hidup nanti.


p/s : Jom sokong Kedah. Pertahankan Piala Malaysia dan Piala FA.

Selasa, Mei 20, 2008

Tua vs Muda

"Selamat Hari Tua"
ucap adik melalui SMS

entah kenapa
aku rasa lebih berjiwa muda remaja

mungkin kerana jerawat baru
yang muncul tiba-tiba
membesar di ats hidung
di hari ulangtahun kelahiranku

Jumaat, Mei 16, 2008

Selamat Hari Guru

Keputusan peperiksaan SPM aku tidaklah baik. Malah aku segan jika dibandingkan dengan keputusan pelajar-pelajar hari ini. Yang cuma boleh dibanggakan mata pelajaran Matematik.

“Engkau memang la senang. Budak kelas sains. Dah la amik Add Maths. Matematik biasa nie kacang jer” ulas Zam, budak kelas Agama ketika kami membincangkan tahap soalan matematik sejurus selepas keluar dari dewan peperiksaan. Ada benarnya kata-kata Zam. Kami budak kelas Sains tidak harus menjadikan matematik sebagai kayu ukur betapa arifnya kami dalam ilmu kira-kira nie. Add Maths sebenarnya ujian besar buat kami.

Dari celah rakan-rakan yang berpusu-pusu keluar dewan, aku nampak dia. Resah di wajahnya menunggu kami di luar dewan. Aku senyum dan mengangguk padanya. Tanda keyakinan jua terima kasih. Pada dia, cikgu Matematik aku, Puan Gan.

Kamu tahu kan, kebanyakan pelajar-pelajar akan mula hilang pertimbangan di Tingkatan Empat. Tika kamu baru ingin menikmati kegembiraan hidup selepas kejayaan cemerlang dalam SRP/ PMR. Ketika itulah kamu mula merasakan gelodak jiwa remaja yang meminta kamu melanggar segala peraturan dan arahan. Mula ponteng kelas, ponteng sekolah, berjinak-jinak dengan rokok, keluar malam aka fly.. juga sudah berani memanggil junior mengadap di tengah-tengah malam.

Dalam tempoh masa yang kamu gelarkan honeymoon itu, kamu lupakan seketika pelajaran. Kamu kejar kegembiraan dengan mencabar undang-undang. Ada yang terus biarkan kamu hanyut dalam dunia khayalan itu.

Melangkah ke Tingkatan 5, ada sedikit kesedaran. Itupun timbul setelah kamu lihat rakan-rakan lain yang sudah jauh kehadapan. Sedangkan kamu seperi hari ini baru pertama kali masuk kelas. Segalanya asing. SPM sememangnya menakutkan. Ia digambarkan seolah-olah satu satunya peluang. Untuk kamu buktikan keupayaan dan tunjukkan jalan di masa depan.

Dalam aku kesamaran dan hampir hilang segala keyakinan, Cikgu Gan hadir membantu. Walaupun berbangsa Cina, aku tak rasa sedikit pun kurangnya kasih sayang terhadap kami, pelajar-pelajar Melayu ini. Tidak sedikitpun disorok segala ilmu pengetahuan dan rahsia matematik dari kami. Malah, Cikgu Gan tidak jemu-jemu menaikkan semangat dan minat kami dalam matapelajaran matematik.

Cikgu Gan berkongsi pendekatan pelajar-pelajar Cina memahami dan menguasai Matematik dengan pantas dan mudah. Hasilnya, SPM 1995, kelas kami semuanya dapat A1 dalam matematik.

Sehingga hari ini, jika ditanya cikgu-cikgu yang diingati selalu, namanya tak pernah tertinggal dari senarai yang aku sebutkan. Dan selalu jugalah, aku bercerita pada isteri tersayang, Awek Che’gu agar menjadikan semangat Cik Gan sebagai panduan. Aku minta dia mengajar dengan penuih kasih sayang. Jangan sesekali ditinggalkan pelajar yang dilihat lemah dan tidak menunjukkan sebarang keupayaan. Jangan hanya dijulang pelajar-pelajar yang sedia bijak dan rajin.

SELAMAT HARI GURU. JASA CIKGU-CIKGU AKAN KU KENANG DAN JADIKAN AZAM UNTUK MEMBANTU YANG LAIN PULA.

Selasa, Mei 13, 2008

Rahsia Dompet Kemat

Cik Cikin ada bagi kerja rumah. Yang dah lama bertangguh. Biasalah, anak murid yang nakal, esok diminta hantar, minggu depan baru diselesaikan tugasannya. Soalannya tak berapa susah, apa yang ada dalam dompet Enche Kemat. Tak der la banyak sangat. Ia bukan topi silap mata yang boleh keluarkan arnab. Juga bukan spesis Doraemon yang boleh keluarkan apa jua yang kamu harapkan. Sepatutnya ada gambar bagi membuktikan isinya, tapi aku lupa, bukan sekadar memory card, kamera perlukan bateri untuk beroperasi dengan baik.

Untuk kamu yang kepingin tahu apa ada dalam poket belakang seluar aku.Ni haa... aku ceritakan pada kamu. Untuk Cikin, kasi markah yer untuk kerja rumah ini. Berapa bintang...


Duit – kaler hijau ade 3 keping, kaler merah ada 2 keping, kaler biru ada 8 keping, kaler biru gak tapi besar sikit saiz dia ada 4 keping (nie sebelum beli beras balik keje nanti)…

Kad Pengenalan
– penting, zaman pendatang lebih banyak dari warga tempatan terutamanya di KLCC di hari cuti perayaan sekarang nie memerlukan kamu sentiasa berdampingan dengan kad ada cip nie, mana tau silap-silap kena angkut sekali…

Kad Lesen Memandu – aku paling tak suka bila abang polis trafik mintak lesen memandu….gggrrrr…..

Kad Perakuan Nikah – penting. Sbb ada no IC awek Che’gu. Kami lelaki cukup sukar nak hafal nombor-nombor nie, maklumlah lelaki marhaen seperti kami tidak tikam nombor.

Kad ATM Maybank- Aku sayang kad ini bila nilainya banyak

Kad ATM Bank Islam - Aku sayang kad ini bila nilainya banyak

Kad hutang Maybank – Aku benci kad ini bila nilainya banyak

Kad hutang HSBC – lom penah guna. Itu ari ada awek cun datang promosi kat opis. Wangi giler awek nie. Aku syak dia baru jer sembur perfume sebelum masuk bilik jumpa aku. Disebabkan aku tak nak berfantasi macam-macam, aku isi jer borang permohonan tu.

Kad Bonuslink
– aku simpan cita-cita, kalau point aku dah banyak nanti, aku nak tebus ngan BMW 7 series…

Kunci kete (spare punye)
– penah masa keje Penang, kunci kete aku hilang. Malam tu jugak, aku amik bas balik KL semata-mata nak amik kunci spare kat rumah. Ini kira belajar dari pengalaman la nie…

Kad akses pejabat- antara kad yang berjasa saban hari kecuali hari cuti

Kad kuasa kerja – antara kad yang selalu ditinggalkan kad awek jaga setiap kali cuba dapatkan pas masuk di pejabat/ bangunan tertentu

Kad nama – salah satu sumber rujukan no fax dan alamat opis masa aku kat luar

Transaksi bayar pinjaman kereta bulan lepas punya – untuk kemudahan aku ingat no akaun pinjaman kereta. jangka hayat kertas transaksi nie ada dalam dompet aku adalah satu bulan, akan digantikan dgn kertas transaksi baru. Biasalah, habis madu sepah dibuang

Gambar aku masa kechik
– harta berharga dalam dompet aku. Siapa sangka aku anak yang comel aka bulat aka montel suatu ketika dulu

4 keping setem 3 kupang – aku syak setem nie lebihan masa aku beli secara pukal untuk pos kad kawen dulu..

Kalender poket 2008 – aku baru tau hari nie aku ada simpan kalender poket dalam dompet

* Aku ada satu tag lagi belum dijawab..nanti yer..

Isnin, Mei 12, 2008

Lelaki dan Masak

Kelentang kelentung kelentang kelentung"

Kenapa orang lelaki bila masak mesti bising-bising. Bunyi senduk dan kuali berlaga-laga. Pinggan dan mangkuk juga sama memeriahkan suasananya. Tanya awek che'gu. Atau sebenarnya menegur cara masakan kami, lelaki yang separa mahir skil masakannya.

Oh. Kami perlu beritahu satu dunia. Kami lelaki juga boleh ke dapur. Masak campak-campak. Apa yang ada di depan mata.

"Kelentang kelentung kelentang kelentung"

Jumaat, Mei 09, 2008

Cinta Itu Buta II

Aku terima kad jemputan
Undangan ke majlis perkahwinan
Pengantin lelaki jua perempuan
Keduanya kawan
Dari zaman persekolahan

Terkejut juga mendengar berita
Entah bila mereka bercinta
Tahu-tahu nak dirikan masjid bersama

Atau aku yang buta sebenarnya
Tak dapat melihat kasih antara mereka
Yang bersemi sekian lama

Doa aku pada kalian
Cinta mencintai selamanya

Rabu, Mei 07, 2008

Cinta Itu Buta

Kasihan cinta
Dikatakan ia tidak bermata

Mujur masih punyai hati
Buat panduan diri
Sekalipun kadang ia sangsi
Dengan pilihan sendiri

Namun bila hati sudah mati
Apakah cinta masih boleh terus bersemi

Selasa, Mei 06, 2008

Jeruk

“Jeruk ada”

Itulah pertanyaan yang aku dapat setiap kali aku pulang dari Penang. Itulah satu-satunya buah tangan yang paling ditunggu sekembalinya dari Pulau Mutiara nie.. (ok la jugak.. dari mintak mutiara)

Kat Penang nie, ada dua tempat orang selalu cari jeruk (mungkin Penangites leh sahkan statement nie). Satu kat bazaar Chowrasta. Kat Jalan Penang depan balai polis. Kedai yang jadi tumpuan bawah tangga tu. Satu lagi kat Relau (yang nie aku dengar cakap-cakap orang tapi tak pernah sampai, katanya di sini kilang dia).



Selalunya orang akan cari buah pala. Tapi aku tak berapa layan. Lagi best jeruk salak, pauh, mangga kuning, kulit mangga, betik, jambu, amra dan lain2 lagi la..



Orang kata nak best cari jeruk kampung. Kat maner tu. Aku pun tak tahu. Kat kampung aku di Baling ada, jugak tapi jangan tersilap, sesetengah tu Siam mari…



Entahla… kenapa aku mabuk jeruk pulak. Ngidam ker…

Jumaat, Mei 02, 2008

Poco-Poco

Dalam memo yang ditampal kat papan kenyataan, tertulis aktiviti senamrobik akan dibuat pada hari Isnin depan.

“Oohh... ini poco-poco nie” kata seorang kawan yang sudah menamatkan zaman bujang.

“Huh..poco-poco. Amende tu” tanya seorang kawan yang masih perawan.

“Cheh. Kata kaki dangdut. Poco-poco pun tak tau ka. Itu senaman alaf baru la” ulas kawan yang bukan perawan.

“Hadhari ker” tanya perawan yang malu tapi mahu itu.

“Alah..kita layan jerr....”


"Balenggang pata-pata
Ngana pe goyang pica-pica
Ngana pe bodi poco-poco
Cuma ngana yang kita cinta
Cuma ngana yang kita sayang
Cuma ngana suka biking pusing"