Kengkadang Menggigit Sesekali Tergigit. Cuba Menyengat Adakalanya Tersengat. Walaupun Perit Menahan Sakit, Hanya Mampu Menjerit Di Ruang Sempit Dalam Kehidupan Yang Kian Menghimpit.
Selasa, April 29, 2008
Kari
"Ok. Cuma tengah mabuk layan kari" Aku. Merujuk kepada gerai nasi kandar yang dikunjungi di malam hari.
"Tak kisahlah. Makan puas-puas. Jangan jatuh hati dengan anak mami sudah"
"Anak mami". Aku cuba berfantasi. Tapi tak jadi. Otakku dah sebu dengan aroma kari.
Sabtu, April 26, 2008
Suri
Dia perlu ke sekolah lagi Sabtu ini.
Ada bengkel pemantapan guru-guru.
Nampaknya,
Aku kena jadi surirumah lagi Sabtu ini.
Basuh baju, kemas rumah.
Err... nak masak apa tengah hari nanti yer...
Khamis, April 24, 2008
Mimpi
Di tengah malam bulan mengambang
Katanya
Dia bermimpi
Bertemu pari pari
Tidak berjari
Di kaki
Selasa, April 22, 2008
Cinta Adam
“Aku cinta dia. Sepenuhnya. Seluruhnya. Tapi dia bukan milikku. Hatinya semakin jauh tiap kali aku cuba mendekati”
Lalu. Pilihan apa yang kamu ada.
Mencari cinta yang baru atau terus cuba meyakinkan dia tentang cinta yang kamu bawa.
Datang pungguk. Berbisik.
“Tak perlulah bersusah payah untuk meraih cinta. Bukalah hatimu untuk si dia yang mencintai kamu. Yang setia menanti. Dalam rindu”
Dan Adam. Tamatkan cinta yang diburu. Beralih pada cinta yang setia menunggu.
Jumaat, April 18, 2008
Lari
"Lari"
"Larian BHP Orange 9km"
Kasut dah ada. Baju dah ada. Stamina. Selalu pegi balik keje aku kena panjat tangga kat rumah flat kami. Kira dah bersenam la tu.
"Tak cukup". Kata Man dia berjogging setiap kali petang pulang dari kerja. Juga dihujung minggu.
"Kita mesti practice berlari atau jogging, baru tak semput" hujah Man.
Ahad. 13 April 2008. Jam 7 pagi. Aku tunggu Man kat depan The Curve, Damansara. Tak nampak pulak kelibat dia. Aku sms Man.
Man balas. Ikut SMS. Jam 11 pagi. "Mat, maaf. Aku lupa nak practice bangun awal pagi di hari Ahad"
Semua orang letih bila berlari, tapi tak perlu la meletihkan orang lain nak kutip sampah yang kamu buang tu kan....
Inilah sebab aku tak menang. Atau berada di kelompok hadapan. Aku patuhi undang-undang jalan raya. Kena kurangkan kelajuan di sini.
Rabu, April 16, 2008
Beras
Aku yang baru saja keluar dari bilik air sedikit tersentak. Diam seketika sebelum kembali menyambung kata-kata. “Eh, macam mana pulak boleh habis. Kerajaan dah kata bekalan mencukupi”
“Itu peringkat nasional. Nie beras kat rumah dah tak der nie”
Aku kembali terdiam. Kalau tak der beras nak makan aper pulak malam nie. Nak makan kat luar pun, duit kat dompet tinggal beberapa keping jer. Itu pun yang kaler biru. Malas pulak nak pegi cari ATM malam-malam nie.
Soal beras tiada bukan perkara yang boleh dipandang remeh.. Bila dah lapar sebab tak makan, orang akan jadi lebih cepat marah. Atas alasan nak cari makan, kita sanggup lakukan apa saja. Mungkin kerana kita dah biasa hidup mewah dengan makanan. Di negara orang, ada yang mati kebuluran tak makan. Di negara sendiri, ada yang sakit berpunca dari pemakanan.
Macam tak percaya. Rasanya aku masih ingat pelajaran Geografi dahulu. Akan makmurnya negara ini dengan limpahan hasil pertanian. Padi diusaha secara meluas di beberapa negeri.
Mungkin kerana perubahan corak hidup dan sosio ekonomi. Tiada lagi yang mahu turun ke bendang. Kalau berselut pun, cuma kanak-kanak yang sibuk mencari ikan laga. Apakah kerana pagar yang makan padi, bekalan yang dicari semakin kurang hari ke hari.
Dalam kebingungan, aku terima SMS.
“Balik rumah jap malam nie. Ada sedara datang dari Baling” tulis mama.
“Jom” kata aku pada awek che’gu.
“Mana”
“Beras takder. Tak leh masak. Kita makan kat luar”.
* Malam tu, kami makan kat rumah mama jer. Alah..setakat 4 km jer jarak rumah kami. Bukan jauh pun.
Khamis, April 10, 2008
Hatiku Bukan Kristal
Gambar nie sedikit membuatkan diri aku musykil. Dan tertanya-tanya. Rasanya tempat nie dah dirasmikan dan dibuka untuk lawatan, tapi masih ada kerja-kerja yang belum diselesaikan.
Atau sebenarnya pameran ini dibuka untuk pelajar kejuruteraan awam. Juga yang nak berjinak-jinak dalam dunia kontraktor.
"Cheh... tak siap lagi la nie" marah awek Che'gu. Kami datang jauh2 setelah mendengar perkhabaran di media arus perdana akan keajaiban di taman ini. Mujur hatiku bukan kristal. Kalau tidak sudah tentu hancur berderai apabila hasrat tak tercapai.
Mujur papan tanda ini jujur menceritakan apa yang berlaku.
Alang2 dah sampai, pusing jugaklah. Tengok monumen2 masjid. Ada yang dah siap. Ada yang sikit lagi nak siap. (aku guna ayat promoter kat saner)
Maaf. Tak diletakkan replika dari masjid mana. Kertas catatan tempoh hari hancur dalam mesin basuh yang baru kami beli.
Akhir sekali...
Aku tak tahu kaitan replika masjid dengan mainan nie. Tapi benda nie ada sekali.
Nota : Gambar ini diambil masa cuti sekoalh bulan 3 yang lalu. Sekarang nie mungkin dah siap. Aku tak tahu. Tanyakan pada MB Baru kamu.
Selasa, April 08, 2008
Sepi
Nyata kesunyian bukan keadaan yang aku gemari. Sekurang-kurangnya buat masa ini. Namun, apalah yang nak diharapkan pada bilik sempit ini. Yang di mejanya penuh kertas bertaburan. Tak tersusun.
Isnin, April 07, 2008
Pesta Buku Antrabangsa KL 08
Bagi yang belum sempat mengunjunginya, intai-intailah jalan ke sana. Pesta buku akan berlangsung sehingga 13 April ini.
Oh ya, income tax ada sediakan insentif rebat RM1000 bagi pembelian buku/majalah.
Rabu, April 02, 2008
Hutang Lagi
Dapat gaji, perkara pertama harus diselesaikan hutang yang sepatutnya. Bayar duit kete, sewa rumah, bil utiliti, pinjaman pelajaran, takaful. Juga hutang dengan kedai mamak, kawan-kawan atau sedara mara. Ada lebih buat simpananan. Macam kau simpan dalam tabung masa kecil-kecil dahulu. Ada lagi baru kita enjoy..kata Nora Danish.
“Nah.. hutang kamu. Aku bayar tunai. RM300”
“Oh… terima kasih. Tapi kan, mula-mula sekali kau pinjam RM180, pastu tambah RM75, pastu RM50 dan kemudian yang terakhir sekali minggu lepas RM40. Betul kan”
“Aha. Betullah tu”
“Bukan ker jumlahnya RM345”
“Ngko nie, nama jer kerja pegawai kerajaan. Ngko dah lupa ker, mulai 1 April 2008, Kerajaan dah perkenalkan Mekanisme Penggenapan supaya pembayaran akan dapat dibuat dengan lebih cepat dan mudah”
“Ya. Itu aku tahu. Tapi itu untuk 5 sen yang terdekat. Bukan kepada ratus yang terhampir”
“Hehe. Yer ker. Sajer jer wat lawak April Fool. Esok lusa aku langsai la baki tu.”