Akhir tahun 80an, dalam kelas Alam dan Manusia, kami belajar tentang pokok parafit. Yang menumpang dan mengambil faedah dari pokok yang ditumpangnya seperti sumber makanan dan pencahayaan. Contohnya pokok dedalu.
Pagi tadi, dalam kesesakan jalan raya ke tempat kerja. Aku lihat senario yang biasa kamu lihat. Ambulans yang dipandu laju dengan siren amaran yang mohon diberikan laluan bagi kelancaran perjalanan. Dan diekori rapat di belakangnya 'kereta parasit' yang cuba mengambil kesempatan.
Kengkadang Menggigit Sesekali Tergigit. Cuba Menyengat Adakalanya Tersengat. Walaupun Perit Menahan Sakit, Hanya Mampu Menjerit Di Ruang Sempit Dalam Kehidupan Yang Kian Menghimpit.
Isnin, Januari 28, 2008
Kereta Parasit
Rabu, Januari 23, 2008
Madu
“Ini memang 100% asli. Kalau tak percaya. Letak kat tempat panas. Kalau dia ‘meletop’ confirm asli”, kata pak cik tu tika aku dok belek-belek botol madunya. Dia boleh baca rasa curiga aku terhadap kualiti madu yang dijual itu.
Khamis, Januari 17, 2008
Pindah
Ini yang pertama. Selepas tahun baru hijrah. Baru berkesempatan mengemaskini laman yang ditinggalkan, tapi tidak pernah dilupakan. Tugasan yang datang silih berganti, memaksa aku mematuhi tarikh akhir yang diberi tidak memberi banyak peluang untuk aku mencatatkan sesuatu di sini.
Aku tinggalkan di sini, gambar-gambar. Yang mungkin dapat membantu aku bercerita. Tentang apa yang dilalui. Akhir-akhir ini. Oh ya. Kami dalam proses perpindahan. Bermula dari mengecat, membersih dan mengemas rumah, ia meletihkan tapi menyeronokkan. Sekarang, kami rasa kami lebih berdiri di atas kaki sendiri.
Selasa, Januari 08, 2008
Minyak
“Hitam” kata aku. Merujuk kepada warna minyak masak dalam kuali besar itu. Yang entah berapa kali diulang guna menggoreng ayam kesukaan ramai.
“Tepati seruan Kerajaan bang. Konsep kitar semula dan berjimat cermat. Lebih-lebih lagi masa minyak susah nak ada kat kedai sekarang nie” ujarnya tanpa dipinta.
Wow. Kamu memang warganegara yang baik. Menuruti segala saranan Kerajaan dengan penuh berhemah. Bijaknya dia. Meminimumkan perbelanjaan, memaksimumkan keuntungan. Dalam kesempitan, ada kesempatan bagi yang cuba mengambil peluang.

Isnin, Januari 07, 2008
Jalan Menuju Puncak
“Ia bermula dari bawah. Memang payah” kata En Bos. Ketika aku merungut tentang beban kerja yang meningkat. Segalanya mau cepat dan tepat. En Bos meneruskan ceramah meningkatkan semangat aku di awal tahun ini dengan analogi panjat gunung.
“Masa tengah dok panjat gunung, rasa letih sekali, kalau boleh lain kali dah tak nak panjat gunung lagi. Tapi bila dah sampai ke puncak, segala rasa penat lelah hilang. Kepuasaan yang dirasai berdiri megah di puncak gunung sukar digambarkan. Dan tika itu, kamu bercita-cita nak panjat gunung lagi. Lagi dan lagi”
Hmm… patutlah ramai suka berada di puncak. Ada kepuasan yang menanti. Dan mereka impikan puncak lain. Lagi dan lagi.
Sebagai mereka di peringkat bawahan, kami akur tugasan yang diamanahkan perlu diselesaikan. Cuma sejak kebelakangan nie, asyik benar kene kerja hari Sabtu. Sekali sekala mungkin ia dapat diterima. Hidup ini perlukan pengorbanan. Termasuk berkorban masa cuti untuk tugasan pejabat. Tapi, masa bersama keluarga juga perlu diutamakan. Sekurang-kurangnya diseimbangkan.
“Sabarlah. Kamu masih di bawah. Jauh lagi perjalanan sebelum sampai ke puncak idaman. Kamu tak akan faham kepentingan pengalaman dan pengetahuan yang kamu kutip sepanjang perjalanan, sehinggalah kamu sampai di atas nanti. Biar jatuh bergolek, kaki tersadung akar yang berbelit, selagi kamu terus melangkah, kamu pasti ke hadapan”
Kata kawan, “ Perjalanan kita semua ke puncak. Ada yang tiba di puncak yang tinggi. Ada yang berhenti di puncak yang rendah. Itu semua atas kemampuan diri. Menangani cabaran, menggalas harapan, memikul tanggungjawab yang diamanahkan”.
Di puncak yang sempit, kadang2 kita berseorangan. Biarlah dilembah ini sahaja, asalkan berteman kiri dan kanan. Aku suka disini. Cuma, biarlah ramai yang meneman. Sama-sama kita usahakan. Capai apa jua yang disasarkan.

Rabu, Januari 02, 2008
Azam & Mimpi
3 hari kami berkampung. Membincangkan pencapaian 2007. Dan sasaran kerja 2008. Sabtu tengah hari. Baru dapat dibuat rumusan. Tentang segala yang dibincangkan.
Lega. Selesai satu perkara. Kecewa. Tugasan ini meragut peluang aku untuk hadir dan beramah mesra di majlis perhimpunan hala GEJU. Macam Lebai Malang, aku sampai tika mereka sibuk berkemas mahu pulang.
Sasaran pencapaian ofis telah sama-sama kami bentukkan. Selepas ini, sama-sama bekerja ke arah matlamat yang digariskan. Berjaya aatau tidak, penghujung 2008 akan membongkarkan.
“Kamu. Dah ada azam baru. Untuk 2008” Tanya salah seorang dari mereka. Soalan tipikal di penghujung & permulaan tahun.
Aku Cuma senyum. Tiada jawapan. Kerana dalam fikiran sendiri bermain seribu pertanyaan. Kebelakangan ini, terlalu sibuk untuk berfikir tentang nasib diri sendiri. Apakah keutamaan aku tahun depan. Apakah impian yang ingin dijelmakan sebagai kenyataan. Azam apa untuk diri, keluarga, agama, masyarakat, bangsa, negara. Entah.
Pelikkan. Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu apa yang diinginkan. Punyai kereta, ingin pula menaiki motosikal ke tempat kerja. Jentera beroda dua yang mampu mencelah-celah dalam kesesakan untuk kita tiba sebelum warnanya merah. Bila hujan, terkenangkan untungnya mereka yang berkereta. Tak perlu menumpang teduh di bawah jambatan.
Selalunya, aku ciptakan azam dan kemudian aku mimpikan bagaima ia akan terlaksana. Kali ini, biarlah aku mimpikan dahulu azam yang ingin digapai. baru difikrkan cara melaksanakannya. Bolehkan.
Aku akan berkampung lagi. 3 hari. Dengan harapan Sabtu tengah hari nanti. Dapat dirumuskan. Hasil perbincangan. Bukan tentang aku.
Mari. Sama-sama bermimpi. Tentang hari-hari indah. Esok. Lusa. Selamanya.

Langgan:
Catatan (Atom)