Kata orang, bulan 5 nie bulan kasih sayang. Sebab tu banyak hari2 istimewa diraikan dalam bulan 5 nie. Dan orang2 yang lahir dalam bulan 5 nie pun kebanyakannya penuh dengan sifat kasih dan sayang.
Perasaan kasih dan sayang fitrah semulajadi dalam diri kita yang bergelar insan. Cuma kadang2 ia tak terluah. Tak ditonjolkan. Bukan sengaja disorokkan. Cuma tak tahu nak menyampaikan. Maka terjadilah istilah melihata dari jauh, memendam penuh kerinduan.
Salah ker sorok perasaan kasih sayang tu. Tak per kan kalu kita simpan dulu. Tapi kenapa. Tunggu si dia datang. Siapa? Bila? Di mana?
Kata orang, tak perlu perigi mencari timba. Biarkan kumbang sahaja memilih bunga kesukaannya. Manis madu bunga tak sama. Iyer ker. Knapa nak diikutkan kata orang. Sedang hati pilu dan resah dimainkan perasaan.
Aku. Penakut yang amat sangat. Berhadapan dengan situasi ini. Meluahkan ungkapan. Cinta. Rindu. Dan Sayang. Terasa mahal harganya. Tidak boleh diucapkan berulangkali. Iyer ker. Akan jatuh harga ker. Akan susut nilai ker. Entah.
Kadang2 terasa malu. Kerana jadi penakut. Tapi lebih memalukan mereka yang mempermainkan ungkapan itu. Kerana cinta dikorbankan segalanya. Kerana cinta tergadailah semuanya. Atas nama cinta, kamu merelakan segalanya. Membenarkan dengan rela mereka meneguk madu yang kamu jaga selama ini.
Aaah.. bicara cinta ini boleh saja jadi gila.
Kata orang, bila dua insan bercinta mendirikan rumahtangga, kisah novel mereka tamat, kehidupan sebenar baru bermula.
Kini..menghitung hari...mengikat tali cinta pada sebuah perasaan sayang yang dirindui...
23 ulasan:
cinta? ;))
wow first time aku tengok ko romantis
melankolik.
Apapun.... Aku masih teruna sunti... Tidak mahu dicemar lagi oleh kata cinta!!!
KALAU SUKA KATA SUKA, KALAU BENCI KATA BENCI..... KATA MACHO....
-DAYAT-
suka.. entri nih... hiks.. pandai gak awk mengayat eh...
menghitung hari ek.. ;p
power lah mengayat.
Leh jd cikgu la mcm ni.
Tahniah.
moga hari itu datang dengan lebih pantas.
maka rindu kamu akan terbalas :)
fuh, bahasa puitis + dramatis + melankolik. ehehehe. saya suka last section tu. dgn berumahtangga, novel cinta berakhir dan bermula kehidupan cinta yg sebenar.
*nak kawennnn
Wah..encik kemat sedang meniti hari bahagia nampak gayanya
"Dan orang2 yang lahir dalam bulan 5 nie pun kebanyakannya penuh dengan sifat kasih dan sayang."
hah? ye ke? hai meh?
hehehhehe.......
jiwang tak hengat! hehehhee
ohh nampaknya kemat ni ayaq dah naik kepala...
aku cuma kenal a few saja yang dgn berumahtangga, novel cinta berakhir dan bermula kehidupan cinta yg sebenar. yang lainnya kisah cinta mereka berakhir dengan perkahwinan dan setelah berkahwin, perasaan cinta itu hambar. semoga ko maintain kan perasaan cinta dan kasih itu hingga akhir hayat ye kemat! mengucapkan ayat2 cinta setiap hari dapat membuatkan perasaan kasih itu semakin melimpah..btul..cubalah try! :)
kira kemat,jgn tak kira..:)
sesekali perasaan itu perlu diluahkan..
Cik kemat, mentang2 menghitung hari ko kata bulan 5 baguih, bulan kasih sayangla, etc.
Makcik anne nak tunggu bulan 6, tengok apa jadi....silap gaya 'password' pun lupa
penuh makna entri nih....hehhe
tahniah:)
;)
Kemat sedang menghitung hari utk bertunang atau majlis akad nikahnya??? :D
Semoga bertemu cinta sejati...
Indah hidup bila kita disayangi dan menyayangi.. :D
Semoga selamat...
cinta:
:)
kingbinjai:
terpengaruh denganm ideologi kamu
zizie:
harap2 tak terbalik
azhar ahmad:
jgn berputus asa dgn cinta
dayat:
err.sebenarnya...kamu suka kau kan dayat..haha
cikpudica:
buah cempedak di luar pagar
achik:
hehe
ise:
nnti ko leh la ucapakan selamat hari guru kat aku
chikadior:
hmm..:)
imanmawaddah:
moga2 amiinn..
de5lin:
bulan 5 gak ker..bila
izinni:
sekali sekala
kurma2biji:
dah lama dah..hehe
kure2dlmperahu:
tq..nasihat penuh berharga
skidg*:
tak penah lupa nie
cikin:
pada siapa
makcik anne:
heheh..apa add blog
13 may:
banyak maknanya
wani:
terima kasih
zwitt:
:))
sikenit:
nantikan pengumumannya
Catat Ulasan