Jumaat, April 20, 2007

Lari

Minggu lepas, ari minggu.... tak macam ari minggu, minggu2 yang selalu. .. Ari minggu, minggu2 yang selalu, aku sambung tido sampai matahari sedikit tinggi. Biasanya selepas abah gerak untuk Subuh, aku berhijrah sambung tido dari depan tv ke bilik kecil bujang itu selepas menunaikan solat Subuh.

Tapi minggu lepas, rutin sedikit berbeza.

Minggu lepas, ari minggu, lepas Subuh, aku bergegas ke Damansara. Dengan seluar track panjang, kasut futsal dan t-shirt pagoda, aku dah bersedia nak mulakan sebuah larian. Menjadi pelarian kepada sebuah acara larian BHP the Orange.

Dah lame sebenarnya aku tak join acara berlari ramai2 nie. Entah tiba2 bersemangat pulak nak sertai aktiviti cenggini. Mungkin terpengaruh dengan mereka2 yg dapat title Datuk dengan berenang, jenjalan kat kutub dan meredah lautan gelora. Tapi setakat lari 9km memang la tak kan dapat title Datuk. Kurang2 berlari keliling Msia ker.. tp kne la praktis ngan jarak pendek cam 9km nie.

Aku tak sangka dapat habiskan gak acara larian nie. 9 km tu. Walaupun sebenarnya aku cuma lari 5 km, lagi 4 km tu jalan2 sambil borak ngan peserta pompuan yang dah tak larat nak berlari. Paling best, dapat sebijik beg galas + beberapa cenderamata mini sebab tamatkan larian. Kira ok la tu.

Ingat lepas nie, nak join Big Walk plak. Ape kata korang ikut aku sekali. Jenjalan sesambil makan angin kat Dataran Merdeka 29 April nie.

p/s : Satu2nya kasut sukan yg aku ader adalah kasut futsal pasar malam tu. Belasah je la walau sakit tumit sebab tapak dia nipis sangat.

20 ulasan:

izinni berkata...

waaa ...semangat nak sembang sebenarnya tu. hehehe

BIG WALK?! hmmm cukuplah mengcover bendalah tu dulu ... besides rasa macam tak nak jumpa orang MM dalam waktu terdekat ni. hehehhe .. tapi part paling best time biggie .. dapat goodie bag yang lebih2 tu, t-shirt pegawai ... ada 10 helai dalam collection tapi semua tak buleh pakai sebab lengan pendek. huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

nk join gak.
x der gambo ke kemat. leh usyha2 awek kt dlm tu.
ekekekeke

achik berkata...

cayalah!! 9km tu.. lama giler x join benda2 camni.. last masa zaman sek men dulu je kot.. tu pun merentas desa je pun.. huhuhu ;p

CikguAndey berkata...

Lain kali bawak kemera la kemat. Sambil jalan-jalan sambil snap gambar awek

13may berkata...

wah! semangat semangat!!!

khairyn berkata...

hahaha... saya cadangkan masuklah Biggie (The Big Walk). Best. Jalan 10km tu tak de menda, walaupun sakit dari pinggang ke bawah, tapi tetap best.

first time masuk in 2005 lepas beberapa bulan antar surat resign kat opis.

izinni,
t'shirt pegawai tu pak aku buat guna pi motong. hahahaha. Sekarang tinggal 3 4 lai je

Tanpa Nama berkata...

wah! ini acara senggang sebelum bernikah ke? aktiviti meningkatkan staminakah? ha ha ha.

berlari-lari sangat serunut! lagi pula kalau sambil lari sambil boleh cuci mata kan.

ha ha ha.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Cayalah...

Big walk tu nanti lebih prestij, lebih ramai selebriti termasuk kau...he he he......

Pa'chik berkata...

sekarang ni, kalau nak lari sepajang 9km tu, muntah kaler apa tak tau la aku...

Tanpa Nama berkata...

join big walk tu dapat baju free tak?? hehe..

kingbinjai berkata...

penat la lari weh! aku suka duduk

banggugar berkata...

salam,
lari...
terai la buat larian kawin plk.. bhsa mudahnya kawin lari..hehehehe
(",)

Azhar Ahmad berkata...

Bigwalk... Alahai lama tak join... Dulu masa badan bukan belon.. join gak....

Unknown berkata...

dah lama aku tak berlari larian.. malas rasanya eheh

Tanpa Nama berkata...

ok kemat. kita jumpa di dataran.
walaupun tak daftar big walk...:)
eh,boleh ker?

Tanpa Nama berkata...

waa..bersemangat sungguh incik kemat ni ekk. penah gak join aktiviti camni. tp xmenang pon. excited sbb bleh dpt mcm² je. heheh.. :D

Intan and The Boys berkata...

aku dah terlalu berat untuk berlari2..dapat ku bayangkan betapa huduhnya melihat lemak2 ku yang bergoyang semasa berlari-larian..huuuu...

Tanpa Nama berkata...

Waaa... hebat aaa.
Aku kalau join big walk cenggini aku suka tengok semangat orang tua tua yang berlari tu. Punyala semangat.

Tanpa Nama berkata...

YEAH! GO, KEMAT GO!..sorak kasi semangat.

Waktu sekolah dulu, lari cross country macam nak pengsan dibuatnya, berangan nak dapat piala, bila sampai di garisan penamat, muntah semua isi perut..serik betul!

Kemat berkata...

izinni:
kasi kat saya la t-shirt tu

ise:
tak larat nak berlari sambil bawak kamera

achik:
lari slow2 jer achik

payakubor:
akan dipertimbangkan

13may:
majulah sukan utk negara

khairyn:
wah, kamu pun ada t-shirt lebih..mintaaakkk...

akirsuri:
nak kne bina stamina nie

blackpurple:
aku selebriti..tidak..selebet ada la

pa'chik:
tahan..tahan..jgn muntah dulu..kat depan ade awek cun tu

penyubiru:
dapat baju, tapi kamu bayr yuran 10 hinggit, kita tak berapa free laa..

kingbinjai:
duduk lama2 lenguh gak king

bang gugar:
kahwin lari... letih tu, sampai ke siam

azhar:
skrg pun boleh lg la bro

lindosh:
ini kira bersenam la nie

skidg8:
kamu sediakan air banyak2 ek..

cikin:
jom sekali lagi

kurekure dalam perahu:
masih boleh..kita jalan slow2 laa..

mazudi:
aku suka tengok anak gadis, mereka juga bersemangat dan menaikkan semangat aku juga

juss-wan:
chaiyyok.