Isnin, April 09, 2007

Jujur

Dahaga pula. Lepas Jumaat sebelum masuk opis, kami minum lagi. Duduk ramai2 dikerusi panjang yg tersusun cam dewan makan sekolah dulu. Sambil2 bincang dan ulas tentang isi ceramah sebelum dan selepas solat tadi. Ceramah di dalam dan di luar masjid kg terakhir orng Melayu di ibulota ini.

Tiba2 terasa cam ada getaran. Hmm, handphone aku vibrate kot. Sebelum Jumaat tadi dah tukar ker silent mode. Entah2 bos cari. Tengok handphone hak milik opis di poket kiri tiada tanda panggilan diterima. Handphone sendri di poket kiri juga sepi. Tanya kat kawan sebelah. Mana tau handphone dia yg berbunyi. Bukan nak jadi busybody. Entah2 ada panggilan penting.

"Tak der la, Mat. Apehal " kata kawan disebelah disusuli pertanyaan bila melihat kerut di dahi aku. Tak de apa2. Cuma terasa cam ada vibration td. Ingat ada handphone bunyi ker aper.

"Ooh.. aku kentut tadi" jujur dia membuat pengakuan di hari Jumaat nie.

Aku tak jadi marah, tapi gelak.

Kentutnya tak kedengaran tapi kuasa dalamannya mencetuskan gegaran kecil.Hehhe

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kawan yg jujur camtu la yg patut kita cari. heheh...

Tanpa Nama berkata...

pengakuan berani mati. berani kerana benar! hehe

Tanpa Nama berkata...

kata orang:

Bercakap benar walaupun pahit, erk...busuk!

heheh!

zwitterion berkata...

haha

Aku Ramarama berkata...

macam-macam ragam..

achik berkata...

hahaha.. jujur betul :)

Tanpa Nama berkata...

ada-ada saja...hahahaha. Jam dlm n3 tu rosak ek? ;)

khairyn berkata...

hah! Dia boleh jadi pemimpin yang berdinamik kerana dia berani dan ikhlas hahahaha

Tanpa Nama berkata...

berapa skala richter kemat?
hehehe..

Tanpa Nama berkata...

Salam.

seorang yang jujur. kirim salam padanya ek :)

CikguAndey berkata...

hahaha. Nasib baik takde bau. Kalau tak gerenti kau tak gelak

Pa'chik berkata...

bukan pen?

Aku Bukan Bidadari berkata...

hhehehe mesti x bau kan??

Tanpa Nama berkata...

kehkehkehkeh.... mcm2 daa

Azhar Ahmad berkata...

hahahahhahah... terpaksalah pi ambik air semayang.... semula

Kemat berkata...

cikin:
bagus tul dia kan..

cik kema:
bukan senang nak ngaku tgh2 panas tu

mudin001:
sentiasa benar

zwitt:
:)

nilam:
manusia

achik:
susah nak jumpa org camni sekarang

juss-wan:
jam tu terikut waktu filipine lak

khairyn:
pemimpin yg berani mengaku kelemahan..bagus kan

ise:
0.7 jer kot hhehe

akirsuri:
sudah sampaikan..dia kirim salam balas pada kamu

payakubor:
kalau ader bau aku belah terus jer

pa;chik:
pen?

aku bukan bidadari:
nasib tak der

benggong:
kawan2 kamu dulu juga

azhar:
heheh

shimahz berkata...

hehe.. jujur betol