Isnin, April 23, 2007

Hujan

Hujung minggu jumpa Lepat kat Shah Alam. Dah lama tak melantit. Sesi MLM (meeting larut malam) dimulakan tepat jam 11 malam. Mula berdua, kemudian bertiga, empat dan akhirnya menjadi lima.

Macam2 cerita keluar. Kalah Astro. Cerita kami lebih variasi. Ada masam, manis, pahit dan kelat. Dari hal politik ke hal akademik. Cheh, tipu. Kan senang mengaku kamu borak pasal pompuan. Sekali sekal pasal saingan EPL di hujung musim.

Sambil2 bercerita, sempat juga kenakan Lepat yg baru sebulan kahwin tu. Iyelah, sejak kahwin, susah betul nak jumpa. Ada saja alasannya. Malam tu, Lepaat kami tahan hingga jam 1 pagi.

"Wah, engko sekarang, syok la kan. Ada org jaga. Tambah pulak akhir2 nie asyik hujan jer malam2. Lena la engko tido." kata kami seakan mengejek diakhiri tawa mengekek-ngekek.

"Tido, mana leh tido malam2 masa musim hujan sekarang"

Kami mula berimaginasi yang pelik2. Tapi kerut di dahi Lepat mematikan khayalan nakal yang cuba kami ilhamkan tu.

"Eh, apsal pulak. Hujan la best kan" kami cuba pancing Lepat.

"Aku sekarang menyewa kat Taman TTDI Jaya la.."

Ooo.. kesian Lepat. Sejak jadi pengantin baru dia dah pindah kat TTDI Jaya. Bila hujan lebat ckit jer, dah kene berjaga2 takut banjir. Selain isteri, nak kene sayang pada kereta dan harta2 kat dalam umah juga. Alahai....

19 ulasan:

Pa'chik berkata...

kesian lepat...

TedungS berkata...

betul la, tkde kete nnt susah tu

Tanpa Nama berkata...

kesian.
pk positif. hehehehhe

Tanpa Nama berkata...

Eleh kemat. pandai kenakan org yer. esok2..turn dia, haha..masak dikenakan dek dorang...haha

Tanpa Nama berkata...

hahak.
nakal.
lepas ni incet kemat pula kena sakat ek.
tunggu ;)

Tanpa Nama berkata...

kasihan si lepat.. kena la tunggu projek tebatan banjir siap lagi 5 tahun...
ko bila lagi? hahaha...

Intan and The Boys berkata...

ish..ish..
tak baik kenakan orang..
takpe,takpe, time nyakat kemat plak nanti akan menjelma..
siap la ko kemat!
kuakuakua!!!

Amyz! berkata...

Pindah rumah saja lah!.

CIda berkata...

kemat ni kalau posting, takda perkataan gadis ke perempuan ke, mmg tak sah.. :P

ZaKiN berkata...

hahahahhaha.. cian lepat!! Pindah kan lepat kat bukit angkasa nih.. gerenti tak risau lagi.. ekkeke!!

achik berkata...

pasni mesti en kemat plak susah nak join MLM... hehe ;p

Azhar Ahmad berkata...

Hummmmm, jangan berumah di kawasan banjir, kalau takut barang berharga hanyut!!! Hik hik hik

Tanpa Nama berkata...

tak lama lagi kita sakat kemat pulak!

khairyn berkata...

hehehe.

Jadikan cerita Lepat sebagai pengajaran. Cari rumah tinggi sket, jadi tidur time hujan takkan tertanggu. :)

CikguAndey berkata...

Tu dia. Sebulan dah kawin debaran tak hilang. Tiap-tiap malam adalah malam pertama. Eh, ada kena mengena ke komen aku ni

13may berkata...

hehhe...kim salam kat Lepas;)

Unknown berkata...

soh la lepat pindah tempat lain.. shian dia

Tanpa Nama berkata...

kesian bini lepat yer..patutnya time2 hujan cenggitu...err..takpelah.lenkali citer yer..

Kemat berkata...

pa'chik:
aahh dia dah biase

tedungS:
hoho

ise:
harap2 adaer yg positif

skidg8:
jgn knekan sy plak nnti ek

akirasuri:
sy mennati..oohh tidak

orochi:
aku tgh wat tebatab banjir nie..hhaa

kurekuredlm perahu:
huh..raminya nak tolong balskan dendam

amyz:
tgh tunggu rumah yg dibelinya siap..

ida:
ye ker..err kbetulan jer kot..hahha

maniqkayangan:
bukit angkasa..tinggi sangat, dia gayat

acik:
hmm..tengok dulu..sklai skala ok apa

azharahmad:
tak leh berumah kat johor lah yer..hikhik

cikkema:
janggaaaa.......n

khairyn:
ambil iktibar..

payakubor:
ada sipi2..leh diterima

13may:
ulps..

penyubiru:
jangan heboh2..