Isnin, Oktober 30, 2006

Kisah Satu Malam

Satu malam. Permulaan malam. Malam yang panjang. Aku terima satu sms. Dari kawan sekerja di kota berlumpur. Khabarnya berita gembira. Tentang keluarganya. Yang kini bertambah satu lagi. Ramadhan mereka bertiga. Syawal ini mereka berempat pula. Biar smsnya tiada suara, aku boleh rasa emosi cerianya. Aku boleh nampak senyum dibibirnya. Hati aku seakan turut mahu tertawa bersama. Mendengar berita kelahiran puterinya.

Satu malam. Malam yang sama. Beberapa tika dari sms pertama. Aku terima satu sms lagi. Dari kawan tempat keje lama. Khabarnya kisah duka. Ex –bos aku telah kembali menghadap Ilahi. Kemalangan jalan raya meragut nyawa. Seorang ayah dari anak2nya. Seorang bos dari pekerja2nya. Dari sms bisu, aku mula terbayang suasana pilu. Aku boleh nampak air mata di wajah2 keluarganya. Hati ini turut sayu. Biar arwah bukan lagi bos aku. Perkenalan kami cuma seketika. Aku hormatinya. Dari dulu dan selamanya.

Satu malam. Malam yang sama. Malam permulaan dan pengakhiran. Perjalanan hidup insan di bumi Tuhan. Aku tadah tangan mohon kebaikan dan keberkatan. Pada satu kelahiran. Juga memohon rahmat-Mu terus berkekalan. Pada mereka yang telah pergi mengucapkan salam. Pada kehidupan dunia yg sementara.

Satu malam. Malam yang sama. Malam penuh keinsafan.Ada kejadian ada hikmah. Ada peristiwa ada pengajaran.

Satu malam. Malam yang sama. Aku lafazkan penuh keihklasan. Ucapan tahniah atas kelahiran puterimu, saudara ZR. Ucapan takziah buat keluarga ex-bos, En Rosli.

Selasa, Oktober 17, 2006

Syoknya Raya

Hmmm, dah tak sabar rasanya. Lagi seminggu nak raya. Orang kata, time raya nie paling seronok budak2. Depa dok pulun kutip duit raya. Ye ker.. tapi baik tua muda, aku kira semua epi bangat time hari rayer nie. Tambah2 yg dapat cuti lebih balik kg.

Err..camner persediaan raya kamu semua. Raya kat maner thn nie. Aku baju raya, awal2 mak dah siap jahitkan. Kuih raya pun dah berbalang mak aku siapkan. Duit raya utk sedara mara, keluarga pun dah aku asingkan bajetnya dari gaji bulan nie. Harap2, raya thn nie meriah seperti selalunya.

Thn nie, kami beraya di kampung tercinta. Baling, Kedah. Ya, aku anak kelahiran Baling yg penuh sejarah itu. Biarpun cuma pekan kecil, aku bangga jadi anak Baling.



Minggu lepas, balik KL masa weekend, ayah minta aku hiaskan umah ngan lampu kelip2. Ckit jer. Kawasan depan umah. Tapi kamu tahulah, umah aku berkonsepkan "house in teh garden". Nak patah pinggang aku mengalihkan pasu2 bunga yg berat tu untuk kerja2 memanjat memasang lampu kelip2 itu.



So saper2 yg driving jauh2 tu, berhati2 di jalanraya. Usah pandu laju2. Ingatlah insan tersayang. Kang kene saman rugi jer.. (Tipon umah pagi tadi, tanya pasal satu kad raya yg aku tungu2. Kata mak surat untuk aku yg sampai cuma satu. Surat cinta dari kawanku si Sarjan Misai itu. aduh saliha betul.lari bajet raye thn nie)



Raye ke4 aku dah balik KL. So saper2 area Sg Buloh mai la sinngah teratak buruk kami. Ada batang buruk, semperit, tat nenas dan sarang semut jua air sirap daun pandan.

ok. Salam Eidfitri kengkawan. Andai kata ada tersilap kata terkasar bahasa, dengan penuh rasa rendah diri, aku pohon kemaafan.

Jgn lupa bayar zakat tau.

Sabtu, Oktober 14, 2006

Liepan Setahun Jagung

Kira-kira setahun yang lalu, tanggal 20 Ramadhan 1426 tahun hijrah, blog liepan ini diilhamkan kewujudannya di alam maya ini. Bermula sebagai sebuah catatan kisah perjalanan hidup, lakaran hati dan cetusan minda sang pemilik, blog liepan mula membina langkah. Dari merangkak terus bertatih dan kini masih bertatih mencari arah.

Setahun yang dilalui cukup menggembirakan hati sang pemilik blog. Lantaran sokongan dan semangat yang diberikan oleh rakan2 bloggers, pembaca, pengunjung dan pengkritik. Namun, sampai bila, sejauh mana langkah perjalanan blog ini dapat diteruskan masih tinggal persoalan. Andai masih ada yg sudi berkongsi semangat dan iltizam, perjalanan ini akan aku teruskan.

Pasti ada yang tertanya, sejauh mana kebenaran kisah yang dipaparkan. Setulus mana peristiwa dikhabarkan. Mengapa ada cerita duka lara, ada mimpi gembira, ada berita sedih dan menakutkan, ada jenaka sinis, tak kurang jenaka yg mempamerkan kebodohan dan kelemahan diri.

Teman2 sekalian.

Apa yang tercatat dalam kanvas blog ini adalah pengamatan sang pencerita dari pancainderanya, mata yg melihat, telinga yg mendengar, mulut yg berbicara, hati yg cuba menduga, jua deria rasa sakit, pedih, lembut, panas, sejuk serta akal yg cuba mentafsir makna kehidupan dari warna persekitaran. Dan jari2 ini cuba merencanakan peristiwa2 itu pada sebuah papan penceritaan.

Mungkinkah blog liepan ini mampu membuka satu demensi baru dalam perjalanan kehidupan tukang karutnya. Selama ini, dia terlalu takut untuk bersuara. Selama ini, dia terlalu malu untuk berbicara. Selama ini dia terlalu pasif untuk memulakan sebuah perkenalan. Selama ini, kisah2 itu dipendam dalam diri, disimpan dalam hati.
Kini, dia mampu berhujah biar cuma sepatah. Dia mampu berbicara biar gagap dan kadang2 hilang punca.

Tapi, dalam keghairahan dia berbicara. Dia lupa. Ada hati yang terluka. Ada jiwa yg menyimpan rasa. Kerna kata2nya. Kerna tulisannya. Kerna sindirannya. Kerna nasihatnya.

Untuk hati yang terluka, dia pohon kemaafan dari dalam. Tiada niat menjatuhkan air muka apatah lagi mencalarkan maruah berharga. Dia hanya menulis. Bukan kerna nama. Tapi kerna cita2.

Dan selama ini. Dia menulis apa yg disukainya. Apa yang boleh memanfaatkan diri sendiri. Dia lupa. Apa sebenarnya yang dicari mereka diluar sana. Apa kehendak pengunjung setia. Benarkah mereka gembira dengan segala yg diceritakan.

Teman2 sekelian.

Dalam bertatih, kadang2 kita terjatuh bila tersadung kaki tersalah langkah. Sudilah apa kiranya kalian tunjukkan jalan buat penulis muda ini. Agar dia mampu berdiri dan berlari. Menggembirakan hati2 yang berkunjung dengan gaya dan ceritanya.

Terima kasih kawan. Untuk setahun yang kalian ceriakan.

Rabu, Oktober 11, 2006

Sahurku Cuma Kurma (entry yg tertangguh)

Aku cukup liat nak bangun sahur. Sayang aku pada bantal dan tilam amat tinggi. Tapi, mengambil kira keberkatan sahur itu, aku bangun jua biar sekadar meneguk air yg kosong.

Kat Penang, hosmet aku lah harapan untuk aku bangkit sahur. Dia kul 4.30 dah bangun. Dan aku kebiasaanya hanya bersahur di hujung waktu. Masa awal2 besahur kat Penang, aku tapau gak nasik, pastu panaskan guna microwave yg kat umah tu. Tapi bila asyik x abis jer nasik tu biarpun hanya separuh aku tapau, aku dah maleh nak bungkus. Setakat sahur kurma, roti dan air suam jer.

Pagi semalam kul 4.30 pagi, hosmet dan ketuk pintu bilik aku. Aku bangun jugak biarpun mengantuk. Humang aihh..awalnyer hang kejut aku. Alang2 dah bangun aku terus sahur dengan kurma sebiji. Ingat nak bancuh air susu. Sementara tunggu air masak, aku masuk bilik dulu. Baring2. Dan zzzz....

Tiba2 aku dengar suara org baca Al-Quran. Aku terjaga. Alamak. Dah subuh ker. Arrgghh.. lupa lak nak minum air sahur tadi. Rasa cam tak best lak makn tak minum air. Nyesal lak pegi baring kat bilik tadi. Nasibla. Sahurku cuma kurma sebiji.

Khamis, Oktober 05, 2006

Puasa di Miri

Pernah. Ketika Ramadhan tahun 2003. Aku kerja di Miri, Sarawak. Di sana kami berbuka hampir 45 minit lebih awal dari waktu semenajung.

Dan aku. Mula bermain sms. Sebaik masuk waktu berbuka. Di Miri, Sarawak. Yang 45minit lebih awal itu. Pada adik di KL.

SMS pada adik " Sekarang, masuklah waktu berbuka puasa bagi Miri dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. Nie aper dok baca sms lagi. Tak nak bukak poser ke"

Toot..toot.. adik aku balas "Hampeh tul"

Malam aku sms lagi pada adik. "Nanti mintak tolong gerakkan angah untuk bangun sahur."

"Kul baper nak bangun" tanya adik.

"Agak2 15 minit nak imsak gerak la" ujar aku.

Dan pagi keesokkannya. Adik call untuk gerak sahur. Tepat 15 minit sebelum imsak waktu di Kuala Lumpur dan kawasan2 yg sewaktu dengannya. Dan aku yang masih di MIri hanya mampu mengucapkan terima kasih kerana menyedarkan aku, bangun untuk solat Subuh.

Rabu, Oktober 04, 2006

MP3 Player

Balik Penang, hosmet aku tunjukkan MP3 Player baru dia. Jenama Creative. Rega dalam RM200++. Teruja aku. Dah lamer ngidam nak beli MP3 player nie. Leh guna untuk rekod minit meeting pastu transfer ke pc. Nak wat minutes senang ckit. Tapi bajet x der. Dulu ade survey kat e-lelong. Dapat satu made in china, x sampai seratus tapi kne tipu laks. Dah bayar barangnyer x sampai2. Susah nak caya online shopping nie.

Hosmet aku bilang, dia beli MP3 player sbb senang nak tau waktu buka pose. Siap ada azan lagi. Mula2 aku ingat dia bukak channel radio, so konpem la leh dgr azan. Tapi hosmet aku bgtau, tak payah tukar ke chanel radio. Sesambil denganr lagu, masuk time solat jer leh dengar azan. Pergghh islamik tul MP3 player dia. Hadhari version kot.

Petang tu, kat umah flat kami sementara tunggu berbuka, aku mintak ngan hosmet nak test MP3 player. Nak dgr azan Maghrib.

Aku pelik gak. Maghrib dah dekat, tapi lagu kat MP3 x der tanda2 nak berenti pun. Hosmet bgtau asal masuk waktu jer mesti azan. Dan bila masuk jer waktu Maghrib, hosmet tanya, hah ko dengar azan tak. Maner ader. "Tu yang tok bilal dok azan kat surau flat bawah umah nie". Cis, kne tipu lak aku. Memang la leh dengar azan sbb kat flat kami tu ada surau. Ingatkan betul2 azan dari MP3 player nie.

Nota: Sekarang dah jarang nampak orang ke hulu ke hilir bawak walkman kan...ader lagi ker org guna walkman nie

Ahad, Oktober 01, 2006

Man Rock

Man Rock adalah peminat sejati muzik2 rock. Biarpun arus muzik tanah air kerap dilanda demam genre muzik yg berbeza seperti hip hop, dangdut, pop, ska, rap tapi Man Rock tetap ngan irama rock nya, dari dulu lagi, ketika aku mula kenal Man Rock nie kat sekolah menengah. Baginya "janji rock"

Malam minggu semalam, Man Rock ajak aku temankan dia lepak kat Uptown Kota Damnsara. Aku ok jer dgn syarat dia kne datang amik dan hantar aku. Jam 11 mlm Man Rock dah sampai ngan Honda Accordnya kat depan umah aku.

Sepanjang perjalanan dalam kete ke Kota Damansara, aku dengar orang mengaji Al-Quran. Aku pikir Man Rock pasang radio sbb selalunya dia layan lagu rock jer dalam kete. Aku tertanya lagi err ada pemimpin besar meninggal dunia ker sbb radio pasang orang ngaji jer nie. Aku tanya Man Rock kalau dia tahu kisahnya.

"Aper, hang ingat aku tak leh pasang cd orang baca Al-Quran ker", getus Man Rock. Aku arif benar perangai Man Rock nie. Biarpun dia nampak selekeh ngan baju hitamnya, dia rajin solat. Wah..nampaknya Man Rock lebih menghormati dan menghayati Ramadhan ini berbanding aku. Biar jiwa rocknya kental, Man Rock tak penah lupakan agama tak seperti sesetengah org yg sanggup minum darah kambing hitam dan bakar Al-Quran.

"Err..kat Uptown nanti ader jual cd Quran gak ker.. kensel la plan nak beli lagu raya" ujar aku pada Mat Rock.