Isnin, Julai 31, 2006

Jom Bersenam

Lepas Subuh pagi Ahad, aku keluar jogging ngan housemate kat Bkt Dumbar, x jauh dari flat kami. Tapi, x delah awal sgt. Subuh aku Ahad lepas pun dah nak smpi ku hujung, tapi msih dalam julat waktu yg dibenarkan. Kira belum syuruk lagi. Ya, aku akui. Aku perlu memperbaiki ketepatan waktu dalam solat ini.
Aku dapat rasakan kamu x percaya aku kluar jogging di Ahad pagi. Aku x tipu kali ini. Mungkin aku pernah tipu/goreng 2-3 kali dlm blog ini... err mungkin juga lebih, tapi pg Ahad kami benar2 berlari2 anak mengelilingi Bkt Dumbar.
Dah lama kami simpan azam nak berjogging di pagi hari. Tp kami cukup sayang nak meninggalkan hobi tido di hari minggu. Pagi Ahad itu, kami korbankan segalanya dgn harapan mampu menyegarkan mata tika jogging bersama2 anak2 gadis Penang. Angan2 kami x kesampaian. Hanya bbrp kelibat ank dara yg kelihatan. Itu yg membuatkan semangat utk terus berjogging sedikit luntur. Kamu juga sukar melihat mereka yg berkulit sawo matang. Banyaknya bangsa Cina yg sememangnya terkenal dgn keprihatinan mereka menjaga kesihatan.
Bkt Dumbar x lah hebat sngt sbg tpt jogging. Udaranya x sedingin Cameron. Tamannya x sehijau Tasik Perdana. Namun Bkt Dumbar mampu membuatkan kamu berpeluh & mengeluh keletihan. Ada 2 track jogging yg diselangseli dgn pit stop aktiviti regangan. Jua tpt batu timbul untuk urut kaki secara reflekskologi(camner eja nie, cam salah jer).
Seronoknya Bkt Dumbar ada sekumpulan pengamal senaman Tai Chi dan kamu boleh turut menyertai tanpa sebarang yuran keahlian mahupun pakaian seragam. Dgn gerakan perlahan & aturan pernafasan yg tepat, kamu akan terasa seolah2 mata2 urat itu terbuka. Wah, cam belajo kungfu plak. Ada gerakan yg dinamakan membelah awan, menangkis hujan, menolak taufan.. Kamu semua jgn memain ngan aku, dah banyak hikmat aku pelajari kini.
Balik jogging, kami singgah sarapan pagi. Aku makan macam santapan t/hari. Nasi lemak lauk ayam, roti bakar sapu mentega dan kacang serta telur separuh masak. Balik umah, kami terlena hingga jam 2 petang kerna keletihan.

Jumaat, Julai 28, 2006

Akademi Al-Quran

Pernah dulu sewaktu hangatnya demam rancangan realiti tv ini, terdengar suara2 mencadangkan agar konsep ini diterapkan pada pemilihan tilawah Al-Quran. Agaknya masyarakat ketika ini begitu menghayati penerbitan yg dikatakan realiti.
Akademi Al-Quran lahir di tengah kekalutan rancangan realiti yang lain dan cuba menerapkan pendekatan realiti yang lebih sopan, berilmu dan bercorak keagamaan. Dengan tema "Ke Arah Melahirkan Generasi Al-Quran", rancangan ini mendapat perhatian ramai walaupun promosinya tidaklah sehebat program realiti tv yg lain.
Aku sndri hanya menyedari kewujudan rancangan ini tanpa disengajakan. Mulanya, aku tertarik pada gaya Farah Deeba menjadi penyampai dan pengantara untuk AQ. Namun bila kamu mula melihat emosi dan kesungguhan peserta2 ini untuk mendapat tempat di AQ, kamu pasti terharu. Kamu dapat melihat ada yg menangis gagal menempatkan diri sebagai peserta di akademi yg bakal membantu mereka mendalami ilmu Al-Quran ini. Aku ingatkan kat rancangan realiti nyanyian sahaja ada ibubapa marah2 dan sedih atas kegagalan anaknya jadi penyanyi.
Setiap minggu 4 peserta dari 12 peserta AQ akan memperdengarkan bacaan dengan diadili oleh 3 orang hakim yang menyemak ketepatan tajwid, fasahah, qiraat serta menilai kemerduan suara dan lenggok lagu. Aku cukup kagum dengan kemampuan para peserta menghayati qiraat yang pelbagai itu seperti Bayati, Nahwand, Rast, Hijaz, Sikah dan Soba. Aku sememangnya tidak mengetahui kaedah bacaan seperti itu.
Malam tadi, adalah final untuk AQ. Kamu pasti dah tahu pemenangnya adalah Abdullah Fahmi walau pada awalnya aku menjangkakan imam masjid Kelana Jaya, Syukri akan mengungguli saingan.
Moga AQ akan diteruskan. Moga minat itu terus berkembang. Moga jiwa ini sentiasa subur dan penuh cinta pada kalam Tuhan.

Rabu, Julai 26, 2006

Tipah Tertipu

Petang Selasa. Tutup PC awal ckit. Pegi town. Gaji dah masuk. Utang kete dah bayar tengah ari td. Duit sewa umah dah kasi kat housemate. Duit org tua, kalu jadi balik KL minggu nie, aku hulur la nanti.

Kul 6 aku dah ader kat dlm Mydin. Eh.. shopping kat Mydin maner ader standard.. x kisah lah.. wat aper nak jaga standard, kamu beli barang yg samer di sini tapi harganya lebih murah dari shopping mall berhawa dingin itu. Mydin juga berhawa dingin. Cuma sedikit sesak susun atur barangnya. Lagipun aku cuma nak cari barang penjagaan diri atau tolietries kate mama aku.
Banyaknya pilihan, kamu bisa rambang mata. Mula2 angkat sabun mandi detol (aku kje kat tgh panas dan penuh berdebu, kne beli sabun yg anti bakteria), pastu amik syampu rejoice (pergghh..pasni rambut aku pasti hitam berkilat, x yah susah2 nak wat rawatan minyak panas), minyak rambut byrlcream (seharian bekerja, rambut aku pasti tegak sentiasa tegak cam iklan), bedak Dashing (iklan Dashing kata bedaknyua utk lelaki bergaya, jadi aku beli la), Ubat gigi colgate (dari kecik aku slalu dipesan mama beli colgate, baginya smua ubat gigi jenama colgate. Ayat tipikal mama bila ubat gigi dirumah abis, "nanti jgn lupa beli colgate yek" walaupun kadangkala yg diguna kat umah sebelum itu jenama Darlie) dan juga pembersih muka Fair& Lovely (kononya leh putih la muka ini). Oh ya..sebelum lupa, aku dapatkan juga pencukur misai Gillete(aku dah x nak simpan misai lagi, buang segala kenangan pasal misai).
Tiba2 mber opis merangkap jiran sms mntak aku belikan sabun serbuk pencuci baju. Mula2 masa lalu area sabun serbuk pencuci, ingat nak angkat Fab kaler kuning tu jer. Entah dari maner mai sorang anak mami promoter kat Mydin tu sruh aku try pakai Kao Attack. Memang kat KL mama pkai Attack, bersih dan wangi tp untuk kegunaan bujang mahal sgt brand nie. Anak mami tu pujuk aku lagi. Katanya ader promosi dapat bekas cucian aka laundry basket. Seperti biasa aku mudah terpengaruh ngan benda2 free nie. Oppss..kali ini aku tidak tergoda ngan anak mami itu yer, aku beli kerana promosinya.
Balik umah mlm td, aku hantar sabun serbuk pencuci Kao Attack itu ke rumah jiran bersama baldi dan isinya. Dengan bangga aku merasmikan penggunaannya sesambil bercerita betapa untungnya aku berbelanja dapat laundry basket free. Tapi tiba2 aku jadi blur tgk laundry basket aku yg kechik tu. Aku tgk balik kat packing sabun tu. Ciss..tipah tertipu la. Aku bukan dapat laundry basket tapi...

Selasa, Julai 25, 2006

Bulan Rejab Dah Tiba

Esok 26 Julai 2006 (Rabu) bersamaan dengan 1 Rejab 1427. Yer ker. Aku cuma merujuk kepada kalender kat bilik aku. Aku tak pandai nak tengok bulan. Maksud aku bentuk bulan. Bagi yg mengetahui, proses untuk merukyah hilal akan dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam pada 29 Jamadil Akhir yakni hari ini. Aku sedar, aku patut mempelajari ilmu ini. Err.. sesiapa yg arif boleh ajarkan ya.
Teringat masa aku belajar Arab kat sek menengah dulu, ustaz ada bagitau Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan bulan Rejab membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Bulan Rejab begitu sinonim dengan peristiwa Isra' dan Mikraj. Selain peristiwa besar ini, Rejab juga menandakan pembebasan Baitul Muqaddis oleh Salehuddin Al-Ayubi dari pemerintahan tentera salib pada 27 Rejab 583 H sebelum ditawan semula oleh Yahudi pada 1387H dan menandakan kewujudan negara Israel yang hari ini terus menerus melancarkan serangan dan propoganda psikologi ke atas negara2 Islam. Kita mungkin perlu mengambil iktibar akan kemenangan tentera Islam dalam Perang Tabuk yg juga berlaku sekitar bulan Rejab sebagai azimat perjuangan kita menegakkan agama ini.
Aku tidak mahu bercerita panjang lagi tentang bulan Rejab dan keistimewaanya. Aku kira kamu semua lebih arif dari aku ini. Malunya aku Rejab hanya diingati kerna selepasnya menyusul Syaaban, Ramadhan dan Syawal. Aku rasa budak sekolah rendah lebih cekap menyusun atur bulan2 Islam berbanding aku.
Aku menulis tentang Rejab kerana bagi aku ia satu peringatan. Menggantikan puasa Ramadhan yg tertinggal thn lalu. Err.. ada ker.. Bulan Rejab juga sebagai persediaan kita dengan amalan sunat seperti puasa, qiamul-lail, bersedekah menanti kedatangan Ramadhan yg dirindui.

Isnin, Julai 24, 2006

Siri Mat Rempit 1: Aku Yg Ada Helmet Tiada Motor

Mlm td, tgk berita NTV7, polis ada wat operasi banteras kegiatan lumba haram sekitar KL. Kagum seketika aku tgk mat2 rempit itu memecut laju melawan arus di tengah kesibukan jalan raya menyelamatkan diri dari kne tangkap. Bila tgk seorg mamat nie mase nak elak kne tangkap, motornya jatuh berlanggar dgn kete dr arah bertentangan. Lebih syahdu, awek yg digendong bersamanya turut terjelepuk menyembah bumi. Giler betul mereka ini semua. Tak sayang nyawa.

Nasib aku x jadi mat rempit. Yelah, udah awak x der motor. Takkan nak merempit naik beskal plak. Tapi penah gak join mat2 rempit sebagai pembonceng sahaja. Sememangnya aku bercita nak memiliki moto mase kat 'U'. Sekurang2nya mase thn 3, thn akhir pengajian aku. Namun faktor kewangan mematikan angan2.
Nasib aku punyai sebuah helmet. Itupun asal usul kewujudannya bukan milik aku. Aku rembat tanpa niat (err.. salah ker.. sori ler tuan punya helmet, minta mahap yer). Berbekalkan helmet yg satu, aku tumpang sesape sajer ke fakulti. Mujurlah roomateku amik subjek hampir serupa ngan aku. Senanglah nak menumpang selalu.
Namun adakalanya, kelas kami tak sama. Itulah kengkadang aku miss kelas. Nasib baiklah bukan selalu. Cuma 3 kali dalam seminggu.
Lebih malang lagi, bila final sem, aku kne wat tesis programming. Mampus. Udahler komputer xder. Kne la guna yg kat lab saje. Susahler nak cari mber yg nak lepak fakulti dari pagi smpi ptg. Ader la 2-3 org yg senasib ngan aku. x der moto jua komputer. Time tu la aku mula gunakan bas kampus. Kengkadang segan gak, sbb bas kampus nie penuh ngan aweks jer. Aku kan pemalu.
Nota kaki: Entri ini khas untuk roomate aku yg banyak berjasa En Mohd Azwan bin A. Aziz dgn moto Yamaha SSnya.

Ahad, Julai 23, 2006

Basuh Baju Di Ahad Pagi

Ahad pagi. Seronoknya hari cuti. Hari minggu boleh buat kamu lupa diri. Kamu tido sampai matahari dah meninggi. Kecuali kamu ada temujanji. Maka, Ahad pagi itu, bilik kamu semerbak bau minyak wangi. Jenama omputeh buatan Semenyih.

Ahad pagi. Hari ini. Kami gotong royong kemas rumah. Cuci pinggan dalam sinki, cuci bilik mandi, kemas almari. Lagu dangdut jadi pilihan sesambil kami menurunkan poster bola & jadual World Cup dari dinding tamu. Juga keratan akhbar tentang Ct.
Ahad pagi. Dulu2. Cukup aku benci bila melihat baju2 kotor dalam baldi. Banyaknya tidak terperi. Cuci baju bukan hobi. Mana larat nak menyental kesemuanya. Yang putih, yang cerah terpaksalah aku sental sampai bersih. Yang berwarna gelap aku rendam semalaman bersama serbuk pencuci Daia yg wangi. Esok cuma perlu bilas dan jemur. Ya aku sental jugalah sedikit sbg syarat.
Ahad pagi. Kini. Tidak lagi. Opismate merangkap jiran blok sebelah ada washing machine. Dia ajak2 ayam pelawa aku guna wasing machine. Aku tak nak hampakan dia. Maka pagi Ahad, akhir2 ini aku sering berkunjung ke rumahnya bersama baldi dan isinya sekali.
Ahad pagi. Kini, esok dan selamanya. Selagi kami berjiran di flat ini. Aku sentiasa akan menjengahnya di pagi hari. Malah, aku semakin tegar dan taksub akan kecanggihan washing macine itu. Aku dah tak perlu mengetuk pintu di pagi hari. Aku dah tak payah nak sms kedatangan aku bersama baldi. Aku dah ada kunci. Pagi atau petang, siang atau malam, Ahad atau bila2 aku senang, aku dah boleh pergi memasuh baju di rumahnya dengan salinan kunci rumah yang diberi.
Ahad pagi. Hari ini. Aku tidak benci lagi bila lihat baju kotor dalam baldi. Malah aku lebih gembira bila terjumpa duit RM50 dalam kocek seluar jeans lusuh yang lama tidak berbasuh itu. Tak perlulah aku beratur cucuk dinding keluar duit. Cukuplah sementara menanti hari gaji.

Sabtu, Julai 22, 2006

Conteng Lagi

Lama benar aku tak menulis sedangkan jari2 ini terketar2 menahan desakan untuk terus menari di atas papan kekunci ini. Bukan sengaja aku tahan godaan itu. Kehilangan seketika ini tiada kaitan dgn pengumuman Ct & Datuk Misai Lebat itu. Sudah takdir Ct, tidak dapat memiliki aku,(hah..hampehnya ayat ni).

Rata2 seminggu ini, kisah CT jadi perbualan hangat. Siapa tak knal CT. Budak sekolah rendah hingga ke yg berpangkat datuk/nenek dapat mengecam mudah wajah ini bila terpampang di kaca tv. Biar albumnya tidak pernah kamu beli, kecuali men'download' dari mp3, popularitinya memadamkan kisah tragis tsunami & keganasan Israel sepanjang minggu ini.

Kecenderungan masyarakat utk terus membicarakan ttg CT bukan sesuatu yg pelik. Kisah Ct trus jadi pilihan di akhbar dan saluran tv, malah mailbox aku turut dilimpahi dgn gambar2 peribadi Datuk K dan keluarganya. Kecanggihan IT terbukti. Entah di mana entah siapa paparazinya.

Mungkin kamu bersetuju, mungkin jua kamu marah, kesal tentang keadaan sekeliling ini. Tapi sukar untuk kamu menafikannya. Di kantin sekolah, cikgu2 bercerita tentang rekaan baju perkahwinan CT, di pejabat2 besar golongan intelektual bergelar eksekutif itu turut berbicara akan kesesuaian perkahwinan dari 2 zaman ini.

Dengan menulis kisah CT aku juga sudah menjadi sebahagian dari mereka. Aku juga terperangkap dalam jaringan dunia hiburan ciptaan ini. Cukuplah. Aku perlu bebaskan diri dari kisah2 sebegini. Selamat Tinggal Ct. Moga kamu berbahgia selamanya.

Nota kaki:
Aku menulis kisah Ct kerana mimpi malam tadi. Aku tak bermimpikan Ct. Aku mimpikan Karam Singh Walia menjadi wartawan untuk lintasan majlis perkahwinan Ct. Seperti biasa Karam berpantun " Seperti kata org2 tua, janaganlah kamu menyanyi di dapur, kelak kan mendapat suami tua."

Ahad, Julai 16, 2006

Sekadar Menconteng

Hmm.. lepas solat Asar tadi aku bergegas ke tpt kje. Tak, aku tak bekerja ari nie. Cuma ada 3 urusan yg aku kira lebih sesuai dan selesa aku laksanakan di tempat keje.
Pertama
Menyemak arah kiblat. Aku berpendapat di umah flat aku tinggal, surau dah jadi petunjuk terbaik arah kiblat aku. Dan pasti ada juga insan lain yg akan menyemak ketepatannya hari ini. Di tempat aku kje, kerap kali berlaku pertukaran arah kiblat. Jgn salah faham yek. Arah kiblat tak pernah berubah. Semuanya merujuk kepada arah kaabah yang satu. Tapi di tempat aku kje, diawal2 kami mula memasuki tanah lapang ini, sering berlaku salah tafsiran pada bacaan kompas itu. Maka ptg ini, tepat jam 5.28 ptg ikut time jam henset aku, kami pacakkan kayu di antara kawasan lapang berhampiran bilik2 kecil tpt kami jadikan ruang solat. Lagak sang ahli falak, kami mengesahkan akan ketepatannya sesambil berkongsi ilmu kaedah lain menentukan kiblat jika kamu tersesat dalam hutan, di tengah lautan dan pada malam yg kelam, atau ketika kamu berpusing2 dalam kapal terbang buatan omputeh itu.
Kedua
Aku kira hari Ahad adalah saat terbaik untuk menambah koleksi entri memandangkan aku tidak terikat dengan tugasan kerja sebenar. Dari Sabtu pagi aku dah pasang niat nak hebahkan citer perlawanan bowling ramah mesra antara rakan2 kerja di Penang ini. Tapi sebab aku gagal memenangi hadiah tempat pertama hingga ketiga jua hadiah lucky draw, maka aku rumuskan saja di sini perlawanan itu berlangsung dlm suasana riang ria, mesra penuh semangat kesukanan. Rugi juga sebab aku bercadang interframe dlm blog sndri bersama trofi, tapi disebab'n aku lebih suka membaling ke dalam longkang dari cuba menjatuhkan pin2 yg tegak berdiri itu, tak dapatlah kamu melihat En K.... yg comot itu. Untuk team Gol & Gincu, kita cuba lagi tahun depan (sumpah bukan aku yg cadangkan nama nie untuk team kami).
Ketiga
Aku nak selesaikan sedikit urusan kerja ofis. Aku kira untuk seminggu hadapan aku banyak dok di luar di tengah panas dari dlm bilik kecil berhawa dingin ini. Maka kesempatan hari ini adalah untuk aku menaip seberapa banyak perkara berkaitan Urusan Seri Paduka Baginda itu. Jgn risau, tetap akan ada entri untuk minggu hadapan. Aku harus menjaga hati pembaca tegar blog ini seperti Cik Siti Nur...... . Juga pembaca yg lain. Terima kasih semua.

Jumaat, Julai 14, 2006

Semakan Arah Kiblat

SEMAKAN ARAH KIBLAT
MELALUI KAEDAH ISTIWA' MATAHARI DI KA'BAH
16 Julai, Ahad ni(5.28 PETANG)

APAKAH ITU ISTIWA' MATAHARI?
Istiwa utama matahari atau istiwa A'zam di Ka'bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut isiwa matahari (mel syams) akan bersamaan engan nilai latitud Mekah, di mana Ka'bah terletak.
Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Ka'bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.
PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak
tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM
(contoh: Waktu di televisyen)
5. Ketika Istiwa' matahari berlaku, bayang objek tegak (yang berlawanan) akan menunjukkan arah kiblat.
6. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, maka bayang tiang akan jatuh ke arah timur, oleh itu bayang yang menghadap ke arah barat (Ka'bah) merupakan arah ke kiblat.
7. Setelah semakan dibuat dan jika terdapat sebarang pembetulan, sila berhubung dengan Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri.
ULASAN :
Istiwa' utama matahari di Ka'bah (istiwa a'dzam) merupakan fenomena dimana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. (matahari berada tepat di atas Ka'bah).
Di Malaysia, fenomena ini berlaku 2 kali dalam setiap tahun iaitu pada :-
1. 28 Mei 2006 (5.16 petang)
2. 16 Julai 2006 (5.28 petang)
Bagi masyarakat umum atau imam/nazir masjid dan surau boleh memanfaatkan fenomena ini untuk menyemak dan menentukan arah kiblat samada di rumah, masjid atau surau dan mana-mana tempat sembahyang.
Panduan ini aku terima dari emel. Hmm elok juga kita semak ketepatan arah kiblat kita.

Khamis, Julai 13, 2006

Joga Bonito

World Cup dah lamer abis meskipun fenomena mengantuk di opis masih terbawa2 lagi. Kat kdai kopi, surat khabar juga perbulan menerusi ym masih lagi menjadikan bola sbg topik hangat utk diperkata'n. Segala barangan jualan termasuk makanan dikaitkan dengan World Cup ini. Malah kat tempat aku muncul nama2 melayu-omputeh versi World Cup. Kamu ada Azizidane, Mat Rooni, Hazrol Gonzales dan juga Jens Leman
Kegagalan pasukan pilihan aku (Jerman,Spain,England,Argentina) masuk ke final sedikit mengecewa'n. Sebaik saja pasukan kamu kalah, pasti bertalu2 sms dan panggilan masuk dengan kutukan dan ejekan bak budak sekolah rendah. Siapa sangka Itali dan France mampu mara disebalik kritikan dan cemuhan. Seingat aku tiada org yg aku tanya menyatakan sokongan pada Itali keculi sorang. Amoi kat opis aku. Awal2 lagi dia ramal Itali juara. Ya, dia amoi yg pndai menilik yg pernah aku crita kat blog nie dulu.
Di atas padang, banyak kenangan yang telah kamu saksikan. Baik yg manis jua yg pahit. Sana sini bercerita tentang hikmat tandukan kepala Zidane, gol2 cantik rembatan jarak jauh, kegagalan pemain tersohor spt Lampard, Ronadinho mempamerkan aksi menakjubkan. Namun masih ada sentuhan ajaib dari nama2 yg tidak kamu sangkakan seperti Pirlo, Ribery, Lahm, Rodriguez, Hargreaves. Mungkin mereka mendapat suntikan kata2 sang isteri mereka akan dibenarkan kahwin satu lagi jika menang perlawanan itu. Mungkin kata aku. Jumlah kad kuning dan merah yang dicatatkan adalah sebahagian rekod yg dirakamkan selain jaringan terbanyak Ronaldo mengatasi gerd Muller.
Di luar padang tidak kurang hebatnya. Laki pompuan, tua muda smua beria2 nak berbicara tentang bola walhal ada yg hanya mengenali Beckham dan Ronaldo. Tak kurang yang mempersoalkan knapa Ronaldo bermain utk Portugal sedangkan mereka tidak menyedari Cristiano Ronaldo dan Ronaldo adalah 2 insan yg berbeza.
Aku jua tak nak terlepas berbicara ttg perlawanan ini semua. Biarpun malam sebelumnya aku hanya sempat menyaksikan pemain2 bersalaman sblum bermula perlawanan dan terjaga bila azan Subuh dilaungkan utk aku menutup tv yg sekian lama terpasang. Bila yg lain bercerita, aku pun sibuk nak berikan pendapat ttg perlawanan yg hanya aku saksikan dalam mimpi. "Standard la Gerard, score rembatan jarak jauh dia" yakin aku memberi komen padehal mlm itu Gerard score menerusi tandukan.
World Cup juga menyediakan alasan mudah untuk si suami kluar mlm hari. Kat tempat aku, kami tubuhkan Pesucur bg memudahkan modus operandi ini. Ahli2 Pesucur akan berkumpul di kdai mamak terpilih bagi menghangatkan suasana perlawanan. Kami gila kerna World Cup walau tidak segila dulu yg sanggup berconteng muka warna pasukan pilihan. Masih terbayang lagi, kami berlari2 dikejar warden kerana ponteng aktiviti surau Subuh hari itu hanya kerna menanti Roberto Baggio menyepak tinggi bola melepasi palang pada 94. Itulah bola yang hanya diminati lelaki tapi jarang sekali difahami wanita.
Pilihan Fifa Pilihan Aku
Golden Ball Zidane Cannavaro
Golden Hand Buffon Buffon
Pemain Muda Podolski Messi
Pasukan Portugal Jerman
Memberangsangkan
Golden Boot Klose Klose
(Kamus)Pesucur: Persatuan Suami2 Curang

Rabu, Julai 12, 2006

Ripleys: Percaya Atau Tidak

Apa kata sesambil membaca entri ini kamu cuba gerakan mudah ini. Mula2 kamu buatkan bentuk bulatan secara pusingan arah jam menggunakan kaki kanan kamu. Ok.. teruskan untuk beberapa ketika. Dah dapat rentak dia kamu lukiskan nombor 6 di udara menggunakan tangan kanan sambil kaki kanan masih berpusing arah pusingan jam. Nah..sekarang kaki kamu dah bertukar arahnya kan. Unbelievable. Believe it.

Isnin, Julai 10, 2006

Bertunang Juga.... Akhirnya



Rahsia yg selama ini terpendam terungkai akhirnya. Pilihan hati diketahui jua seisi keluarga. Segalanya bermula pada petang itu. Petang 08.07.06. Tepat jam 3. Mungkin jika di Kuala Lipis, bersusun kereta mewah mengiringi Mercedes Hitam untuk mengetuk pintu rumah wali perempuan.Tapi kali ini, rumah yang didiami 'bunga' itu dikunjungi dengan kereta2 buatan Malaysia kelahiran Tanjung Malim.

Sememangnya kehadiran rombongan ini dinanti. Bersama 7 dulang tembaga dan ahli2 keluarga. Yang menanti tidak kurang juga. 9 dulang telah disedia. Menunggu saat dan masa. Menyambut yang 7, membalas dengan 9.

Mula bicara tentang perkhabaran di kampung. Jua perkhabaran yang menanti dan dinantikan. Tak lupa khabar tentang perjalanan ke rumah yang menemukan 2 keluarga ini. Segalanya diberitakan baik. Segalanya dikhabarkan selamat.

Sungguh halus bicara Melayu. Hajat dihati disuarakan tanpa sebarang paksaan peneriamaan. Yang mendengar pula berulang kali menyatakan kesanggupan menunaikan hajat yang sekian lama tersimpan. Mudah benar mereka menerima. Mudah benar mereka bersaudara. Mudah benar mereka menyimpan hajat yang sama.

Maka petang itu terikatlah janji. Cincin sudah disarungkan. Pertunangan sudah disahkan. Moga janji dapat ditunaikan. Moga Tuhan beri keberkatan.



Selamat Bertunang Adikku... Nurul Huda Binti Ahmad

Rabu, Julai 05, 2006

Kepulangan Yang Dinanti

Hari ni ajer dah 4 kali mama talipon. "Jangan lupa yer. Nanti amik rias pisang kat kampung. Kalau ader umbut tepuh bawak skali. Kalau sempat, pi jenguk kebun kat belakang kubur tu. Ader rezeki leh makan 3-4 biji durian. Sekarang tengah musim nie” pesan mama. Kejap adik lak sms, bertanyakan jeruk dan buah pala.

Hmm, baru minggu lepas aku balik KL. Nampaknya hujung minggu nie kne balik lagi. Tapi kepulangan kali ini lebih penting. Dan aku tak keseorangan. Mak Teh, Pak Teh, Mak Nah, Mak Mah di kampung turut ingin serta dalam perjalanan pulang kali ini. Seperti biasa, kete aku akan dipenuhi segala macam buah tangan dari kampung. Segala jenis daun ulam dan umbut aku kaut. Ada rezeki, buah2an dikebun leh aku bawa balik. Kurang2 kelapa tua mesti ada 3-4 biji. Pendek kata segala macam hasil tanaman kat Baling tu aku angkut. Oh ya.. jangan lupa rempah masak hitam kat Pekan Kupang dan belacan.

Mak Teh dah aku bagitau malam tadi. Kami nak bertolak lepas Maghrib malam Jumaat. Mak Teh beria2 benar nak ikut aku ke KL. Bukan Mak Teh tak pernah ke KL. Awal tahun lalu Mak Teh dah ke KL tengok anak menantunya. Tapi kedatangan Mak Teh ke KL kali ini amat penting. Lebih penting dari rombongan Mak Cik Kiah ke Sukan Komanwel dulu. Mama yang minta aku jemput Mak Teh ke KL.

Aku??? Awal2 lagi aku dah mntak cuti. Biarpun satu hari. Cukuplah. Aku cuma nak berada di KL sehari lebih awal. Sehari sudah cukup untuk kamu menguruskan segala keperluan. Kerana kami punyai Mak Teh. Mak Teh pakar dalam masakan. Mak Teh kreatif dalam membuat hiasan. Mak Teh cekap mengatur segala perancangan.

Di kota besar yang penuh dengan golongan cendiakawan, kamu masih perlukan orang2 seperti Mak Teh. Tak perlu kamu canang satu taman. Tak perlu kamu kumpulkan satu kariah masjid. Mak Teh, Pak Teh, Mak Nah, Mak Mah mampu menyediakan segala keperluan dalam satu malam.

Aku cuma berharap segalanya selamat. Perjalanan kami pergi dan pulang. Urusan yang kami rancangkan. Moga2 semuanya mendapat keberkatan-Nya. Aku sendiri dah tak sabar untuk pulang. Kepulangan kami kali ini amat dinanti.


Isnin, Julai 03, 2006

Yang Kalut Di Fikiran

Tpt jam 12 mlm kete aku melintasi jambatan Pulau Pinang. Kalu akhir thn dah leh selebret epi new year.. tak pun smbut merdeka atas jambatan. Pergghh..lamer gak..6 lebih aku tolak dr KL..kul 12 bru smpi. Apa idaknyer dekat 7 perhentian aku masuk pit stop.. berenti solat.. tido.. pi tandas... mnum Tongkat Ali. Aku tak makan. Sudah jadi kebiasaan. Dah sampai Penang trus cari nasi kandar 12 malam.
Slalunya kalu drive sorang2 memang banyak kali aku berenti rehat. Biar lambat asal selamat. Lagipun drive sorang2 jarak jauh nie banyak dugaan. Jalan highway yg lurus kengkadang nampak bengkok. Kamu mudah mengantuk.
Masa perjalanan balik KL ituari aku terserempak ngan kete lamer kaler hijau nie. Kalu tak silap model Morris..(ader ker model nie, cam namer pensel 2B laks). Mase tu siang ari jam 3. Slalu kalu tgh ari makan berat mesti ngantuk giler punye. Tapi, biarpun tgh ari itu aku cuma alas perut ngan roti sekaya..rase ngantuk tetap ader.
Dalam pemaduan sedikit khayal, tiba2 aku dikejutkan ngan kehadiran kete hijau model lamer nie yg datang dari arah bertentangan. Adala dlm 30 meter jarak kami dipisahkan. Tindakan refleks aku bertukar dari lorong laju ke lorong sebelah kiri mengelakkan pertembungan. Aku sedikit cuak dan mengucap panjang. Mata sepet terus membulat segar. Kete hijau itu aku lihat berlalu tanpa sebarang rasa bersalah atau cuba mengelakkan pertembungan.
Setelah 10 minit berlalu, aku mula terfikir. Knapa lak tiba2 kete tu leh muncul kat depan. Kat highway nie jalannya sehala. Dan knapa pula aku tak dengar kete2 lain kasi hon beri amaran pada kete kaler hijau yg datang arah bertentangan. Aku sndri kaku x sempat beri hon apatah lagi high beam tanda amaran. Mulala datang citer2 karut dalam fikiran. Betul ker apa yg aku tempuhi tadi atau sekadar mainan perasaan di kala fikiran di awang2an. Inikah citer yg aku dgr dari pemandu2 bas ekspress tentang kete yg pernah eksiden di highway kembali menghantui di jalanan. Gambaran dari cerita2 itu bermain2 dalam kotak fikiran.
Kekacauan fikiran dan racauan jiwa membuatkan aku berenti di R&R Sg Perak. Tenangkan fikiran. Tunaikan kewajipan. Pemanduan seterusnya aku sambung dengan penuh berhemah. Kete hijau itu terus hilang dari ingatan. Hilang bersama rasa geruh dan seram.
Keesokan harinya, aku terbaca kat paper. Kisah kete hijau memandu dalam arah bertentangan di highway. Giler tul la pemandu nie. Entah camner dia tersalah masuk laluan. Udahler memandu kat lorong paling laju. Nasib baik x der kemalangan. Perghh..hilang segala kemusykilan. Akan kehadiran kete hijau model lamer di arah bertentangan.
Seketika, aku terfikir dan berfikir. Kenapa mudah benar hati ini terusik dengan segala cerita yg menakutkan tatkala didesak keadaan sedemikian. Kenapa mudah benar kepercayaan itu datang. Kenapa kebenarannya tidak dipersoalkan. Apakah ini tanda lemahnya pegangan. Iman seperti lalang. Nipis bak kulit bawang. Persoalan yang aku tahu jawapan tapi malu untuk diungkapkan.