Si Pembuka & Penutup Tirai
Mase form 1 dulu(bace aku sekolah asrama)... dewan sekolah belum siap..bukan setakat dewan, kemudahan lain cam padang, gymnasium, rumah warden pun lum siap.. tapi disebabkan kemasukan untuk pelajar2 dan juga guru2 sekolah asrama kerajaan itu telah dibuat maka kami terpaksa juga bersesak2 belajar di antara celah kontraktor yg bertungkus lumus (bace sambil lewa) menyiapkan sekolah kami.
Setiap kali ader persembahan/majlis sambutan/keraian seperti Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Hari Guru, Malam Kesenian Islam, Mesyuarat PIBG...segalanya dilakukan di dewan makan. Dan untuk melakukan persembahan seperti nasyid, pantomin pentasnya cuma meja kelas yang disusun rapat2. Kami bebudak form 1 lah yang jadi engineer merangkap kongsikong membina pentas itu..dan pekerjaan ini diwarisi turun temurun bagi setiap mereka yang bergelar student form 1. Dan tirainya...kami gunakan selimut yang digantung pada tali..memang cukup sederhana dan bersahaja tapi kami gembira...yang menyaksikannya pun gembira..
Aku dari dulu hanya minat berada di belakang tabir..sebabnya aku agak malu tapi berminat menyertai persembahan seperti ini dan menjadi sebahagian dari mereka yang menjayakan pementasannya...jadi aku diberi peranan sebagai si pembuka dan penutup tirai..biarpun mereka yang melihat persembahan itu tidak nampak akan kelibat aku kecuali kaki dan tangan aku yang memegang tirai selimut itu..aku perasan setiap kali aku mula membuka dan juga menutup tirai mereka mesti menepuk tangan. Aku fikir mereka suka akan aku. Mereka tepuk untuk aku si pembuka dan penutup tirai...
Kamus:
Kongsikong = buruh binaan/pekerja di tapak bina/general workers
4 ulasan:
hehehe... sama ler cam aku ni low profile je..
Mat..asyik cite belakang takbir je..bila awek nak sangkut!
Ingt sikit..umur tu dah lanjut!!
aku pun suka tirai-tirai ni.tambah2 kalau tirai kelambu.
Anonymous:
aku dah biase hidup di belakang bayang org smpi takut nak kluar tunjukkan muka
Catat Ulasan