"Eh, hujan ni. Kenapa tak gunakan payung"
"Sedang menguji cinta. Kata orang bila bercinta mandi pun tak basah. Tapi kuyup juga sebenarnya ditimpa hujan ni"
"Haha. Kalau begitu, bagaimana cinta kamu. Lulus. Masih percaya padanya"
"Masih. Seperti selalu"
Kengkadang Menggigit Sesekali Tergigit. Cuba Menyengat Adakalanya Tersengat. Walaupun Perit Menahan Sakit, Hanya Mampu Menjerit Di Ruang Sempit Dalam Kehidupan Yang Kian Menghimpit.
Khamis, Januari 27, 2011
Rabu, Januari 26, 2011
Apa Ada Pada Nama II
"Apa teruk sangat nama kawan abang tu. K.A.T.A.K. Tak senonoh betul lah korang ni" kata awek che'gu. Yang aku syak mencuri dengar perbualan aku kat telefon tadi.
"Eh, mana pulak K.A.T.A.K. Tapi K.A.D.A.K. Kan urban tu"
"Ooo.. ssalah dengar lah tadi. Apa nama betulnya"
"Err..ntah. Tapi nama penuh dia C.I.K.A.D.A.K"
"Cheh"
"Eh, mana pulak K.A.T.A.K. Tapi K.A.D.A.K. Kan urban tu"
"Ooo.. ssalah dengar lah tadi. Apa nama betulnya"
"Err..ntah. Tapi nama penuh dia C.I.K.A.D.A.K"
"Cheh"
Selasa, Januari 25, 2011
Gemilang Yang Bakal Terbilang
Penceritaan oleh Mira Mustafa. Olahan oleh Kabir Bhatia.
Dan ada Tiz Zaqyah. Cukup untuk memaniskan malam Isnin kamu.
Dan ada Tiz Zaqyah. Cukup untuk memaniskan malam Isnin kamu.
Ahad, Januari 23, 2011
Antik Tetapi Cantik.
Pak Abu penggemar barang antik. Dia punyai banyak koleksi barang antik. Pelbagai alatan perkasas rumah dan perabot antik menjadi koleksi Pak Abu. Dari sekecil jam tangan sehinggalah kepada koleksi kereta antik. Sesekali wartawan majalah dan akhbar akan datang menemuramah dan mengambil gambar Pak Abu untuk keluaran majalah dan akhbar mereka. Pak Abu tidak lokek untuk mempertontonkan koleksi barang antiknya. Yang dijaga penuh cermat dan baik sekali. Pak Abu jadi ikon rakan-rakan dikampungnya yang dalam usia warga emas.
Kata orang kampung, Pak Abu berjiwa 'oldies'. Selain mengumpul koleksi barang antik, Pak Abu amat meminati lagu-lagu dan filem-filem lama. Lagu R.Azmi 'Dari Kerana Mata' sering kedengan dimulutnya. Tiada apa yang menghairankan. Pak Abu sendiri sudah berusia 67 tahun. Dah kira antik juga tu. (Haha).
Cuma yang satu ini. Pak Abu ketepikan semangat 'oldies' dan kegemaran antiknya. Bini muda Pak Abu baru berusia awal 20an. (Cewah). Dan ini menguatkan kedudukan Pak Abu sebagai ikon di kampungnya. Bukan setakat warga emas, anak bujang pun cemburu weh.
Khamis, Januari 20, 2011
14 Hari Selepas Adib Ke Sekolah Baru
Adib dah masuk 7 tahun umurnya. Tahun ini juga, dia melangkah ke alam persekolahan baru. Segalanya menyeronokkan baginya. Kawan-kawan baru. Pakaian seragam dan beg sekolah yang baru. Pengalaman yang baru.
Cuma satu. Yang tidak begitu menyeronokkan buatnya. Yang lebih dinikmati ketika di alam tadika. Adib rindukan bintang. Kadang satu. Kadang dua. Kadang tiga. Malah pernah ada sampai empat.
Cikgu Ita, guru tadikanya rajin berikan tanda bintang pada setiap tugasannya. Baik pada lukisannya, mahupun ketika dia menulis abjad A,B,C dan juga nombor 1,2,3. Lagi banyak bintang lagi buat Adib suka hati. Dan bintang itu akan ditunjukkan pada ayah dan ibunya setiap kali pulang dari tadika.
Tapi di sekolah baru. Darjah 1 Biru. Cikgu Anira (yang asyik benar dengan telefon tangan Blackberrynya) tidak lagi berikan bintang. Baik pada lukisan atau tulisan abjad A,B,C dan juga nombor 1,2,3. Cikgu Anira hanya tinggalkan tanda ibu jari dijempul ke atas dengan ejaan L.I.K.E. dibawahnya.
Selasa, Januari 18, 2011
Ahad, Januari 16, 2011
Bungkusan Buat Abdul Kadir
"Encik Abdul Kadir. Ini ada bungkusan untuk encik"
Abdul Kadir kaget. Sepanjang dia menyewa di rumah setingkat yang banyak tingkap itu, belum pernah dia menerima apa jua bungkusan mahupun surat kecuali bil elektrik dan bil air. Sesekali surat dari syarikat pembekal bil elektrik yang memberi peringatan ke atas tunggakan bil yang belum dijelaskan.
Pagi itu. Ia tidak seperti pagi yang selalu dilaluinya. Juga bukan seperti pagi yang diimpikannya. Pagi itu berdiri seorang budak penghantar bungkusan di depan pagar rumahnya. Mungkin pagi itu pagi yang sama bagi budak penghantar bungkusan itu. Tetapi tidak bagi Abdul Kadir. Pagi pada hari dia bercuti yang sepatutnya dinikmati penuh ketenangan kini terganggu oleh kehadiran satu bungkusan.
Lama Abdul Kadir membiarkan bungkusan itu di atas meja makannya. Seperti mana kebiasaan dia meletakkan bungkusan pizza yang dipesan dari telefon bimbit. Walaupun dia teruja benar untuk mengetahui isi kandungan bungkusan berbalut kertas minyak itu, dia masih ragu-ragu. Namanya tercatat sebagai penerima bungkusan itu. Tapi, siapa pula pengirimnya.
Abdul Kadir meneguk kopi dari cawan semalam. Sejuk tapi masih mampu memberi rasa pahit. Kepahitan itu menghilangkan kesangsiannya dan segera kedua tangan mengoyakkan pembalut bungkusan itu.
Dan dihadapannya kini. Ada sekeping hati. Bersama nota tulisan tangan tertulis "Untuk kamu"
Tanpa nama pengirim. Tapi Abdul Kadir tahu. 2 tahun yang lalu, pernah dia memberitahu gadis itu, "Suhaila, yang aku perlukan hanya hati kamu. Hati kamu". Sebelum gadis itu meninggalkannya untuk berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya.
Khamis, Januari 13, 2011
Camca dan Garfu II
Lelaki dan dapur bukanlah hubungan yang kacip sebenarnya. Istilah 'orang dapur' pastinya merujuk kepada kaum hawa.
Dan bila lelaki ini ingin menjadi 'orang dapur', macam-macam perumpamaan pula yang timbul. Merujuk kepada keadaan dapur tersebut. Entahkan seperti di langgar geruda atau pun tongkang yang pecah.
Memasak memang menyeronokkan. Sebab itu ia boleh menjadi terapi bagi menghilangkan keresahan hati. Tapi, bab nak mengemas dan menyusun atur semula yang menyebabkan lelaki gagal menjadi tukang masak yang baik.
Benarlah kata kawan "Lain kali basuh selepas guna, bukan sebelum guna". Hilang selera nak masak tengok kuali dengan sisa masakan terdahulu yang dah bertukar rupa, warna dan bau.
"Err, kita makan kat kedai lah hari nie"
Selasa, Januari 11, 2011
Rambut (Yang Tak Berapa Nak) Sama Hitam
"Abang tak sikat rambut ker" awek che'gu bertanya. Sedang aku kelam kabut cari kunci kereta untuk keluar tengah hari itu.
Melangkah keluar pintu melewati cermin besar di dinding, sempat aku mengerling melihatkan keadaan rambut aku. Hujung minggu memang jarang aku manjakan rambut dengan minyak dan gel. Malas walau kadang-kadang aku beri alasan untuk biarkan ia dalam keadaan semulajadi.
"Ini kan trend anak muda zaman sekarang. Sikat macam tak sikat"
"Bang, orang muda tak ada uban lah"
"Cheh". Nie yang buat nak warnakan rambut cam pelangi nie.
Nota: Heh, takdenya aku nak buat kerja mengarut warnakan rambut nie.
Isnin, Januari 10, 2011
Siapa Menang Weh
Man sms malam tadi. Kecewa betul tak dapat tengok bola antara Manchester United dan Liverpool. Rumahnya tiada ASTRO. Kedai mamak pulak pasang Anugerah Juara Lagu.
"Macam mana game, The KOP boleh pergi tak?" tanya Man dalam sms terakhirnya.
"Err.. aku layan Anugerah Juara Lagu ler".
Rabu, Januari 05, 2011
Dunia Baru, Segalanya Kian Berubah
Kata 'aur'
Dia tidak lagi bersama 'tebing'
Cuma pada pandangan zahir sahaja mereka duduk bersebelahan
Namun semangat bekerjasama telah lama menghilang
Hidup bagaikan enau dalam belukar
Melepaskan pucuk masing-masing
Dia tidak lagi bersama 'tebing'
Cuma pada pandangan zahir sahaja mereka duduk bersebelahan
Namun semangat bekerjasama telah lama menghilang
Hidup bagaikan enau dalam belukar
Melepaskan pucuk masing-masing
Isnin, Januari 03, 2011
Mula Setelah Tamat
Pagi itu
Aku jumpa dia
Berseorangan tidak berteman
Wajah murung hati kosong
Cuma yang masih tersisa
Linangan air mata
Sedu berombak di dada
Menceritakan kisah pilu di jiwa
Siapa kamu gadis muda
Mengapa wajah penuh hiba
Tidakkah tahun baru ini
Menjanjikan sinar baru buat kita
Katanya,
Dia cinta yang ditinggalkan
Setelah maruah diri menjadi korban
Lambang kebebasan hidup keterbukaan
Generasi baru tanpa rasa malu
Gadis muda,
Kamu mungkin sudah dewasa
Namun belum cukup matang untuk mendabik dada
Menentukan haluan hidup sendirian
Tanpa bicara yang tua
Bersendikan adat berpaksikan agama
Gadis muda,
Kau bukan cinta yang ditinggalkan
Kau nafsu buas yang tak pernah puas
Kerna cinta sentiasa bersama
Dan nafsu serakah kawan ketawa sahaja
Gadis muda,
Di teduhan ini
Adalah perhentian
Yang akan dilewati pelbagai kenderaan
Dari pelbagai arah
Menuju ke pelbagai destinasi
Ia bukan stesen terakhir
Penamat kepada perjalanan kamu
Gadis muda,
Berhentilah menangis
Berfikir penuh ketenangan
Disulami keinsafan mengharapkan keampunan
Kau masih punya pilihan
Masih ada kesempatan untuk memperbetulkan kesilapan
Menukar arah haluan jalan
Yang mampu memberikan kamu kebahgiaan
Aku jumpa dia
Berseorangan tidak berteman
Wajah murung hati kosong
Cuma yang masih tersisa
Linangan air mata
Sedu berombak di dada
Menceritakan kisah pilu di jiwa
Siapa kamu gadis muda
Mengapa wajah penuh hiba
Tidakkah tahun baru ini
Menjanjikan sinar baru buat kita
Katanya,
Dia cinta yang ditinggalkan
Setelah maruah diri menjadi korban
Lambang kebebasan hidup keterbukaan
Generasi baru tanpa rasa malu
Gadis muda,
Kamu mungkin sudah dewasa
Namun belum cukup matang untuk mendabik dada
Menentukan haluan hidup sendirian
Tanpa bicara yang tua
Bersendikan adat berpaksikan agama
Gadis muda,
Kau bukan cinta yang ditinggalkan
Kau nafsu buas yang tak pernah puas
Kerna cinta sentiasa bersama
Dan nafsu serakah kawan ketawa sahaja
Gadis muda,
Di teduhan ini
Adalah perhentian
Yang akan dilewati pelbagai kenderaan
Dari pelbagai arah
Menuju ke pelbagai destinasi
Ia bukan stesen terakhir
Penamat kepada perjalanan kamu
Gadis muda,
Berhentilah menangis
Berfikir penuh ketenangan
Disulami keinsafan mengharapkan keampunan
Kau masih punya pilihan
Masih ada kesempatan untuk memperbetulkan kesilapan
Menukar arah haluan jalan
Yang mampu memberikan kamu kebahgiaan
Langgan:
Catatan (Atom)