Lampu bilik tidur kami. Macam lampu disko. Segan nak menyala. Lip-lap. Lip-lap. Macam kunang-kunang pun ada. Pening kepala juga dibuatnya. Tapi aku biarkan sahaja. Masih ada satu lagi yang bernyawa. Lagipun kat bilik tidur tak perlu terang. Baru romantik [sebenarnya aku malas nak pergi beli mentol/starter baru, ambil tangga, tukar yang baru. Maka berminggu jugalah kami begini. Sampai hari ini].
Dan malam tadi. Lampu di bilik termenung yang kechik tu pun buat perangai juga. Berjangkit agaknya. Lip-lap. Lip-lap. Tapi yang ini, memang buat aku panas hati. Mana boleh nak konsentrasi kalau pencahayaannya begini. Balik kerja ni, kena terus singgah kedai cari barang. Dah terang baru syok kan.
7 ulasan:
oo... leh jangkit2 yer
abg kemat...bole tukarkan yg kat bilik air saya tak? dah 2 bulan mandi pakai lilin nih...hahahahahah
haa...dah 2 buat pangai baru nak tukar ye. hehe.
salam. elo kemat.. lama aih tak tinggal jejak~ (maaf ye kemat, lari dr tajuk lak...~)
***baik tukar lampu tu,kemat...buat pening pale je nanti..~
salam... senyum selalu kerana bila senyum leh menambah cahaya.. klu marah leh hilang cayaha terus.. sbb klu marah pakai terbang la lampu tu ke dalam tong sampah hehehe...
zonaku:
diaorang adik beradik gamaknya..haha
shasha:
pakai lilin romantik tu
puterikure2:
heheh
skidg8:
bila balik sarawak cikgu
(pun larik tajuk jugak)
faridmw:
aku senyum dalam gelap, orang tak nampak la..heheh
Catat Ulasan