2-3 kali awek che'gu pesan. Masukkan separuh penutup sahaja pelembut fabrik dalam bilasan terakhir cucian baju kerja aku. Mudah nak digosok dan baju berbau wangi.
"Separuh penutup sahaja tau. Sebotol tu tahan 15 kali cucian" awek che'gu mengingatkan aku setiap kali aku mula mengumpulkan baju kerja kotor untuk dibasuh. Awek che'gu bab-bab nombor dan sukatan ni, dia memang cekap sikit. Mungkin itu juga sifat perempuan. Berbeda dari lelaki yang selalu buat lebih kurang, tak ada masa nak sukat-sukat. Kadang-kadang lebih. Kadang-kadang kurang.
"Aikk.. banyak lagi pelembut fabrik ni" kata awek che'gu. Yang membuat inventori barang rumah yang perlu dibeli.
"Abang guna sikit sangat kot. Patut dah abis dah ni"
Aku sengih sahaja. Sebenarnya, aku lupa terus nak gunakan pelembut fabrik tu.
6 ulasan:
ni dinamakan penggunaan secara ekonomi. haha.
jimat..
Haha..kalau mcm ni bukan setakat 15 cucian, 25 cucian pun tak abis lagi..hihi :D
berhemah.
ko guna downy yek..?
.
so bila tak guna pelembut fabrik senang tak nak gosok baju??
amyz:
kena berjimat beb
fizz:
heheh
nizamsani:
standard
tasekM:
yup, wangi kan
shasha:
tak banyak beza pun sebenarnya
Catat Ulasan